Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2007

Perancangan September 2007

Jadual Zamri Mohamad 4 November 2007 Popular Ampang Point. Ceramah Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Pertandingan Resensi Buku

Cara anak-anak muda diajar menyintai buku adalah pelbagai. Di negeri Kedah Darul Aman, mereka mengajar anak-anak muda khususnya pelajar menyintai buku dengan meminta mereka berkongsi cerita buku yang digemarinya. Maka, pertandingan resensi buku diadakan. Kebetulan terjumpa dengan video ini.

Dua anak muda dan semangat berkarya

Saya mengikuti sebuah blog yang ghairah bercerita mengenai Law of Attraction. Secara umum, kita katakan begini, apa yang difikirkan akan mencipta magnet kepada diri. Apa yang difikirkan menjadi doa dan ia melintasi gelombang yang menarik gelombang-gelombang minda yang sama. Saya berfikir tentang penulis-penulis baru sepanjang hari. Ia benar-benar berlaku. Saya bertemu dengan realiti idea. Ketika sedang menunggu waktu berbuka, saya didatangi oleh seorang pelajar, Sains Politik di UIAM. Beliau datang dan sikap mesra beliau menjadikan kami cepat rasa selesa. "Saya pernah nampak saudara," katanya. "Di mana?" tanya saya kembali. "Dalam akhbar beberapa bulan lalu, saya lihat saudara dengan berpakaian baju melayu dan songkok," jelas beliau. Ya, sesi fotografi MPH. Sudah tiga bulan ia disiarkan dalam akhbar KOSMO. Kata beliau, "Saya nampak saudara sebelum ini di sini. Kali ini saya rasa saya mesti jumpa saudara. Saya berminat hendak menulis buku." Sahaba

Nak kahwin, boleh! Merompaklah dahulu.

Dipetik daripada akhbar KOSMO Apa yang berlaku 24 September 2007 lalu? Wanita berusia 20-an yang ditahan selepas bersekongkol dengan sekumpulan tiga lelaki untuk merompak lalu menculik dirinya merupakan perancang utama suspek kejadian itu. Apa yang dilakukan? Suspek yang bekerja sebagai ejen insurans sebuah bank dikatakan telah memaksa empat lagi suspek supaya mengikut arahannya menyamun rumah rakanya pada 19 September lalu Apakah puncanya? Sumber memberitahu, wanita tersebut terdesak untuk mencari wang bagi menampung kos perkahwinan bersama kekasihnya itu. Jadi, apa kata anda?

Galak pegawai kerajaan tulis memoir selepas bersara

Petikan Utusan Malaysia 24 Septermber 2007 Galak pegawai kerajaan tulis memoir selepas bersara Oleh: ROOSFA HASHIM BARU-BARU ini penulis diundang menyampaikan ucapan tentang penulisan memoir kepada pegawai kanan kerajaan yang bakal bersara. Ini satu langkah tawaran paling baik kepada pegawai kanan sektor awam yang akan bersara. Meneliti senarai nama mereka yang menghadiri kursus dengan pelbagai gelaran kebesaran jelaslah kesemua mereka ini telah lama berkhidmat, masak tentang segala selok- belok pentadbiran, kaya dengan pengalaman dan mahir pula dalam memahami segala dasar kerajaan. Jika mereka menulis memoir, tentu kita semua dan pegawai muda dalam sektor awam dapat memanfaatkan pengalaman mereka ini. Memoir atau autobiografi adalah karya yang merakamkan peristiwa yang melingkari kehidupan penulisnya. Sebuah memoir mestilah berusaha menyulam pengalaman penulisnya dengan peristiwa besar dan bermakna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Memoir yang baik juga terpancar pada ciri dan sif

Rezeki kuasa tiga!

Saya memutarkan kembali lagu lama yang berada dalam simpanan. Lagu Nothing Gonna Change My Love For You nyanyian Glenn Medeiros pada tahun 1987. Kisah populariti beliau dilihat sebagai rezeki atas rezeki dan atas rezeki. Penyanyi kelahiran Hawai ini mula pada mulanya merakamkan lagu ini dan hanya disiarkan di stesyen radio dan televisyen Hawai. Kepopularan beliau di Hawai setakat itu sahaja. Sehinggalah seorang juruhebah radio membeli album Glenn di Hawai ketika beliau bercuti. Juruhebah dari Amerika Syarikat memutarkan lagu Nothing Gonna Change My Love For You dan meletup di sana. Amerika menerima baik kedatangan penyanyi dari Hawai ini. Glenn yang pada mulanya dikenali di sekitar Hawai kemudian di Amerika Syarikat juga mendapat tempat di Eropah. Tidak ada pegawai pemasaran atau pegawai promosi yang menghantar albumnya ke sana. Cerita yang sama terjadi sekali lagi. Seorang juruhebah dari Eropah yang sedang bercuti di Amerika membeli album Glenn dan memainkan lagu tersebut di stesyen r

Tip menulis 2-3 buku serentak

Respon kepada Tuan Mohamad Saat Tuan dirahmati Allah. Buat pengetahuan Tuan, saya sendiri lebih banyak memiliki buku-buku kaedah menulis bagi keperluan majalah dan akhbar berbanding buku cara menulis buku. Saya didedahkan kepada teknik penulisan buku apabila menyertai ahli keluarga PTS. Kami didedahkan dengan kaedah KJ Method. Satu kaedah yang diperkenalkan oleh Kawakita Jiro. Kaedah ini mempercepatkan dan meningkatkan produktuviti penulis berkarya 3-4 buku pada satu-satu masa. Ini adakah teknik yang diwajibkan kepada semua penulis PTS dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. Secara umumnya, setiap penerbitan mempunyai pendekatan dan kaedah tersendiri bagi buku-buku yang diterbitkan. Ia bergantung kepada kajian pasaran buku yang dikendalikan oleh penerbit. Pertama, jangan tulis buku yang dicadangkan. Berjumpalah dengan penerbit dan berbincang dengan penerbit. Kebanyakan penerbit menginginkan kertas cadangan bagi mendapatkan idea dan kekuatan buku bagi dipasarkan. Sebagai contoh, dalam amalan

Salah eja, apa jawabnya?

Apa yang saya hendak coretkan hari ini. Tidak banyak perkara melainkan aktiviti rutin. Melainkan satu kisah mengenai nama dan sensitiviti individu. Menyebut dan menulis nama dengan betul adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Jika saya salah menulis nama penerima e-mel, saya akan menghantar e-mel kedua dengan isi yang sama, tetapi namanya dibetulkan. Nama adalah satu panggilan hormat yang diberikan oleh ibu-bapa kepada anak-anaknya. Apa impaknya apabila nama dieja salah. Pertama, penulis nama dilihat sebagai mementingkan diri dan tidak sensitif dengan nama orang lain. Kedua, memberi gambaran bahawa orang yang itu tidak penting dalam hidupnya atau organisasinya. Biasanya orang yang dianggap tidak penting, namanya pasti dilupakan. Ketiga, meberitahu secara tersirat tidak ada hormat diberikan kepada individu yang ditujukan nama tersebut. Macam-macam andaian boleh berlaku. Saya menerima sepucuk surat, memaklumkan program bengkel penulisan pada hari Rabu ini di bawah sebuah unit. Nama

Logo PTS TV dan ujian rancangan

Terkini. Beberapa rancangan terbaru yang disiarkan melalui siaran ujian PTS TV. Selamat Menonton! Iklan Siri Mula Bisnes Restoran PTS Profesional Tazkirah Jumaat Juga klik dan tonton di sini

Bisnes Puasa bisnes berpengaruh

Peniaga berpengaruh kepada masyarakat dengan memberikan yang terbaik kepada orang ramai. Ia menjadi salah cabang kebaikan agar pelanggan mengguna pakai apa yang diaturkan dalam agama. Quran menyebut, " Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. Mencipta matlamat dan tujuan berniaga. Tujuan berniaga sangat dipengaruhi dengan alasan peribadi. Alasan ini menjadi pendorong kepada diri bertindak. Niatkan perniagaan bagi mencari redha Allah dan memperolehi rezeki yang halal. Niat yang baik menjadikan aktiviti perniagaan sebagai pelaburan sebagai bekal di akhirat. Niat yang baik juga menjadikan aktiviti perniagaan sebagai ibadah. Mendoakan kesejahteraan pelanggan Hubungan peribadi dengan peniaga juga boleh terbentuk dengan mendoakan k

Saya tidak ada cinta pada awak lagi

Kami bercinta, selama dua tahun. Kami berpisah kerana si dia berkata, "Saya tidak ada apa-apa perasaan terhadap awak lagi." Saya marah dan kecewa. Dia cinta pertama saya. Tetapi kerana hal ini, saya cuba tidak melihat wajahnya di kuliah. Bagaimana harus saya tangani hal ini? Adakah saudara patut marah? Ya saudara patut marah! Adakah saudara patut kecewa? Ya saudara patut kecewa! Adakah saudara patut marah dan kecewa selamanya? Tidak, saudara perlu buat keputusan untuk berhenti pada satu titik. Mari kita lihat persepsi lain. Katakan, dia masih dengan saudara ketika hatinya tidak ada perasaan pada saudara , adakah saudara lebih gembira. Adakah saudara lebih gembira apabila tahu dia membohongi saudara semata-mata saudara tidak mahu lepaskan beliau? Saya yakin, cinta pertama adalah memori paling dalam dan paling kekal dalam minda. Malah kalau ditanya oleh orang yang sudah berkahwin, cinta pertama dan nama orang serta sifat serta perangai cinta pertama tetap sama dan kekal dalam f

Rahsia Bisnes Mamak: Mendalami Semangat Bisnes India Muslim.

Mamak menjadi jenama dalam dunia perniagaan. Jenama semangat berkumpulan, daya usaha bermatlamatkan ibadah dan menjadi pemain tradisional dalam dunia bisnes tempatan. Alhamdulillah. Apa lagi yang perlu saya sebut melainkan ucapan ini. Saya kira ini adalah manuskrip yang paling mencabar. Bercerita mengenai budaya dan bisnes kaum lain. Mujur ada saudara Faisal El Maaniq membantu memberi perspektif beliau mengenai kehidupan keluarga bisnes India Muslim. Saya diberitahu, beliau sedang menghasilkan novel kisah anak seorang peniaga India Muslim. Beberapa petikan daripada novel beliau turut diselitkan dalam manuskrip Rahsia Bisnes Mamak: Mendalami Semangat Bisnes India Muslim. Di sini saya kongsikan sedikit isi kandungan manuskrip Rahsia Bisnes Mamak . Pengunjung memerlukan perisian Acrobat Reader untuk membacanya. Mamak, satu perkataan pelbagai makna. Perkataan Mamak mempunyai pelbagai maksud berdasarkan budaya, amalan, lokasi geografi dan bangsa. Pelbagai maksud Mamak dalam konteks dalam da

Puasa ini untuk pemberi cinta.

Ketika zaman sekolah penulis, ayah akan melekatkan senarai doa dan niat berpuasa berdekatan dengan meja makan. Kami diajar membacanya dalam teks Arab dan kemudian membacanya dalam bahasa Melayu. Lama-kelamaan kami mula memahami apa itu puasa, kenapa perlu berpuasa dan menghafal bacaan niat puasa dalam dua bahasa. Ia menjadi pendidikan awal kepada kami yang masih bersekolah. Sedikit demi sedikit tujuan berniat diterangkan oleh ibu bapa akan anak-anak tahu niat adalah asas kepada amal dalam hidup seorang Muslim. Niat bagi menjadi Muslim yang baik dalam bulan Ramadan ini didukungi dengan doa. Allah memberi janji bagi memakbulkan kehendak hamba-hambanya yang mencari cahaya kebaikan sebagai panduan di dunia dan akhirat. Ganjaran bermula daripada apa yang diniatkan dalam hati. Hadis dilaporkan oleh Umar Khattab dan direkodkan oleh Al Bukhari serta Muslim dalam bab Niat menyebut, "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan." Niat adalah per

Bukan pembeli atau bakal pembeli?

Saya cuba memiliki e-book tempatan tetapi saya amat berhati-hati dengan apa yang dibeli. Maka sample atau bab contoh sangat penting bagi saya memahami apa isi buku tersebut dan melihat kualiti buku tersebut. Apa yang saya ingin lihat dalam e-book? Sejak menjadi penulis, saya mungkin menjadi lebih cerewet. Dua perkara saya ingin lihat dalam bab contoh ialah penggunaan bahasa Melayu yang standard dan isi yang ada selitan kajian, pandangan dan contoh. Maaf, bahasa pasar dalam e-book dengan perkataan-perkataan cakap harian (perkataan seperti ye ke, betul ke, tak kot, entah apa-apa....) yang menjadi teras bahasa penulisan saya tidak akan beli. Baru-baru ini saya cuba membeli sebuah e-book cinta. Tetapi saya tidak dapat membuat keputusan selagi mana saya tidak membaca contoh babnya. Saya dikata sebagai bukan pelanggan Dari emel selaku bakal pelanggan, saya menerima maklum balas. " Untuk makluman anda, kami tidak boleh mendedahkan isi ebook kepada bukan pembeli untuk menjaga etika perni

Tonton berita TV di internet

Semalam saya perlu menunggu pengumuman tarikh bermulanya bulan puasa di pejabat. Mengikut arkib akhbar Utusan, pengumuman akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada jam 8.45. Tetapi ia diumumkan pada jam 8.15 malam. Saya perlu menunggu pengumuman tersebut di pejabat, ini satu-satunya akses internet yang ada. Saya perlu menghantar berita ke Islam Online, akhbar online yang berpusat di Dubai berkenaan tarikh permulaan Ramadan. Bos saya, Tuan Abdul Halim akan menelefon menghubungi saya memaklumkan tarikh tersebut. Dalam pejabat tiada televisyen dan radio. Saya terlupa, internet juga menyediakan saluran televisyen dan radio. Saya menemui satu laman web http://www.um.com.my/ yang menyediakan siaran RTM 1, RTM 2 dan TV3 serta TV9. Terdapat juga satu laman web yang menyediakan rancangan tertunda. Bayangkan saya menonton Malaysia Hari Ini yang disiarkan awal pagi pada jam 9.30 malam, Pengunjung boleh menonton siaran tertunda baik di pejabat atau di rumah melalui laman web ini http:

Sejam bersama Pak Samad di UIAM

Kedatangan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said atau lebih mesra dengan pangilan Pak Samad ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah bagi memenuhi jemputan Persatuan Pelajar Perpustakaan dan Sains Maklumat, UIAM yang meminta beliau menyampaikan ceramah bertajuk, The Writer is Also a Reader: Reflections on Reading and Writing. Beberapa isi yang sempat saya ambil dari ceramah beliau. Mengapa penulis dahulu banyak nama? Pertama, fanomena seorang penulis dengan banyak nama pada tahun 1956 adalah bersebab. Situasi penerbit akhbar ketika itu kekurangan penulis mendesak para penulis sedia ada menggunakan nama yang pelbagai untuk dimuatkan dalam akhbar. Ini memberi persepsi bahawa adanya ramai penulis yang bekerja dan menulis dalam ruangan masing-masing. Mereka perlu mencipta dari dalam penulis-penulis itu. Bahan yang diterima dari luar tidak sesuai, maka inilah alternatif yang digunakan mereka. Allahyarham Datuk Dr Usman Awang mempunyai 20 nama berbeza dalam dunia pen

Catatan Dr 'Bubbles' Iskandar

Dalam salah satu blog yang saya kendalikan ( http://www.motivasiminda.wordpress.com/ ), seorang pengunjung bernama Dr 'Bubbles' Iskandar ( http://drbubbles.blogspot.com/ )berkongsi pengalaman menarik mengenai dunia buku. Beliau meninggalkan komen; Salam Saudara Zamri, Setelah menonton video ini, saya teringat kenangan melawat Hay-on-Wye, Wales, pekan buku yang terkenal di dunia yang dibangunkan oleh Richard Booth. Di Hay Castle di tengah-tengah pekan itu, ada rak-rak buku bersusun di denai masuk ke kota Hay yang menjadi kediaman Richard Booth .Ia dinamakan Honesty Bookshop. Tiada tauke kelihatan dan hanya tin kosong untuk diisi penny sebagai bayaran kepada buku yang dibeli dari rak-rak itu. Ia boleh ditonton melalui saluran You Tube http://www.youtube.com/watch?v=M-3a-7f7-pc Perniagaan berasaskan kepercayaan tiga kali lebih cepat peningkatan berbanding perniagaan tanpa kepercayaan.

Rekod Jualan Buku Thriller Hantu Tamar Jalis Mengalahkan DaVinci Code

Komen balas dalam isu Rekod Jualan Buku Thriller Hantu Tamar Jalis Mengalahkan DaVinci Code Saudara MKA Minggu lalu saya berkesempatan berbual dengan seorang bekas pensyarah (kini bekerja dengan konsultan perunding) mengenai fanomena hantu. Beliau menulis dan mengkaji secara ilmiah mengenai vampire (sedang mencari penerbit) dan juga mengkaji hikayat raja bersiong. Dari mana datangnya hantu dalam masyarakat Melayu? Menurut beliau, "Hantu adalah mekanisme yang mengawal sosial masyarakat Melayu terdahulu. Dahulu, jarak kawasan dari satu rumah ke satu rumah lain sangat jauh. Sehinggakan melalui kawasan hutan jika hendak ke rumah jiran terdekat. Menggunakan cerita hantu bertujuan menjaga masyarakat dari sudut cara hidup." "Selepas kebanyakan hutan diterokai, masyarakat mula duduk dalam kelompok dan cerita hantu tidak menjadi begitu relevan dan tidak menjadi dalam konteks mengawal amalan sosial masyarakat," katanya lagi. Lebih menarik lagi, bagi sesetengah kaum, hantu tid

Siapa mahu jawabkan?

Hari Ahad, saya tidak membaca akhbar. Sehinggalah rakan saya saudara W. Muhammad Haeqal menunjukkan halaman depan akhbar The Star. Tajuknya, Paying through the nose for tools. Saya membaca sekali lalu laporan berita oleh Royce Cheah, Elizabeth Looi dan Manjit Kaur. Mereka mendedahkan harga alat-alat teknikal yang dibekalkan oleh kerajaan kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seni melaporkan yang menarik, dimulakan dengan soalan. Would you pay RM224 for a set of four screwdrivers? Haeqal tergelak. Siapa pula yang meluluskan kontrak pembekalan barang dengan harga tidak logik ini. Jika dibeli sendiri pun harganya sekitar RM40. Pemutar skru jenama apa pula dengan harga sedemikian. Lainlah jika ia menggunakan kuasa elektrik seperti BOSCH. Apa impaknya laporan berita ini? Orang akan tertanya-tanya siapa yang menjalankan urusan ini, bagaimana ia dijalankan, adakah individu yang diberi tanggungjawab tahu apa yang beliau lakukan. Laporan ini mencipta persepsi pada mata masyarakat. Perse

Saya percayakan saudara

Hati saya tersentuh melihat video ini. Bukan video kematian atau kesengsaraan. Video ini bercerita mengenai sikap percaya. Dalam video ini diceritakan beberapa buah cerita bagaimana sikap mempercayai menjadikan manusia lebih jujur dan memberi impak kepada jiwa. Diceritakan, ada seorang penjual hot dog di sebuah bandar di Amerika Syarikat. Setiap hari, gerainya akan didatangi oleh ramai pelanggan. Keadaan ini membuat mereka terpaksa beratur panjang. Ketika penjual hot dog ini menukarkan baki wang pelanggan, dia melihat di tengah-tengah barisan ada seorang lelaki terpaksa keluar dan menuju ke tempat lain. Lelaki itu kesuntukan masa. Apa yang dilakukan oleh penjual hot dog ini? Mulai hari itu beliau mengubah cara kerjanya. Beliau menyediakan satu bekas berisi wang di sisi troli hot dog. Mulai pada hari itu, pelanggan meletakkan duit ke dalam bekas itu dan mengambil sendiri wang bakinya di situ. Ini mempercepatkan kerja penjual hot dog. Pelanggan sendiri hairan dengan sikap penjual ini. Di

Hantu Melayu kaya raya

Ini adalah respon kepada entri di universiti PTS: Rekod Jualan Buku Thriller Hantu Tamar Jalis Mengalahkan DaVinci Code. Respon saya: Saya adalah pengikut novel Tamar Jalis sejak zaman sekolah. Daripada satu sumber, beliau telah menulis lebih 15 buah novel bagi siri ini. Harganya sekitar RM4.50-RM9.00. Diterbitkan oleh Variapop, penerbit majalah Variasari. Kekuatan Tamar Jalis selain daripada kisah hantunya. 1. Bahasa Melayu yang digunakan Bahasa Melayu standard. Tidak ada bahasa pasar antara beliau dengan datuknya. 2. Petua-petua, adat, kepercayaan dan sosio ekonomi orang Melayu kampung dan bandar diceritakan dengan begitu baik sekali. Malah penulisnya dapat menceritakan dengan jelas beza hidup dan amalan seharian serta budaya Melayu semenanjung dan di seberang. 3. Saya masih tidak boleh melupakan watak nenek kepada Tamar Jalis. Gambaran wanita Melayu yang hebat bagi saya. Walaupun ditinggalkan suami bagi tujuan dan tempoh tertentu, masih tenang dan berani. Malah ada satu episod nenek

Fikir positif dengan alasan

Ada satu perkara yang saya pelajari mengenai berfikiran positif hari ini. Berfikiran positif tidak sekadar berkata, "Aku mesti berfikiran positif." Berfikiran positif hanya berlaku apabila adanya sebab. Sebab menjadikan kita tahu mengapa kita perlu bertindak. Ia memberi kelegaan emosi dan membentuk ruang kita bertindak. Sebagai contoh, seorang usahawan muda percaya bahawa dia boleh menjadi usahawan berjaya tanpa perlu makan gaji lagi. Perlukah beliau berfikiran positif? Ya, tetapi beliau memerlukan sebab bagi menguatkan fikiran positifnya. Usahawan muda ini berfikiran positif bahawa dia boleh berjaya apabila: Pertama Beliau sudah mengenalpasti apa yang hendak dilakukan. Kedua Ada pengalaman diri dan orang sekeliling yang boleh dijadikan rujukan. Ketiga Beliau bila dan bagaimana hendak melakukan. Ini bukan berfikiran positif kosong lagi. Samalah juga dalam perhubungan. Isteri bersikap positif terhadap suami meskipun ada cakap-cakap mengenainya. Mengapa si isteri begitu positif

Tip Karier Wanita Moden

Akan datang Penemuduga cuba mendapat maklum balas melalui gerakan tubuh calon. Apabila soalan diajukan, jawapan lisan dan gerakan tubuh calon akan saling berinteraksi secara selari. Jika adanya pembohongan, kerisauan dan ketidak pastian, bahasa badan dan jawapan lisan akan saling tidak sepadan. Selepas setengah jam menunggu, nama saudari dipanggil oleh petugas di hadapan bilik temuduga. Mungkin juga yang memanggil itu penemuduga sendiri. Bergantung kepada jenis kejutan yang bakal calon hadapi sebelum temuduga sebenar bermula. Sesi temuduga saudari bermula sekarang. Ini adalah pendekatan umum bagi temuduga yang biasa diamalkan oleh organisasi. Muat turun bab percuma buku Tip Karier untuk Wanita Moden (klik) Oleh ZAMRI MOHAMAD & ABDULLAH HASSAN Latarbelakang Penulis bersama ZAMRI MOHAMAD Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agam

Adakah kita ketagihan Bercinta?

Baru-baru ini saya membaca satu buku mengenai Facing Love Addiction. Secara asasnya, rupa-rupanya ketagihan cinta tidak jauh bezanya dengan ketagihan lain. Tanda-tanda ketagihan cinta. Pertama. Dia tidak meletakkan sempadan dalam hubungan. Maksudnya semua benda dia buat asalkan hubungan itu tak putus. Kalau rela kena tumbuk pun tidak apa, asalkan yang tersayang tidak tinggalkan dia. Kedua. Dia menyerahkan semua perkara dalam hidup bulat-bulat kepada pasangan. Tidak ada satu keputusan pun dibuatnya. Semuanya dibuat oleh pasangan. Ketiga. Pergantungan 100% terhadap pasangan. Sebab itu ada yang tidak dapat hidup tanpa pasangan. Sebagai contoh, ada individu yang mengalami tekanan mental apabila suami tinggalkan kerana kematian atau penceraian. Pergantungan terlalu kuat. Keempat. Dia tidak menyediakan asas untuk dirinya sendiri. Sebagai contoh apa akan terjadi jika pasangan tiada, apakah asas untuk beliau bertahan baik daripada sudut kewangan, kekuatan emosi dan fikiran. Dia tidak menyediak

Quill edisi Merdeka!

Quill edisi merdeka Ogos 2007 menampilkan wajah-wajah para penulis tempatan. Dari kiri. Tuan Shamsuddin Kadir, Puan Lee Su Kim, Zamri Mohamad dan Puan Rashidah Mat Noor

Idea gila, nilai ekonomi

Baru sahaja selesai pelancaran Kad Ramadan yang dikeluarkan oleh IIUM Endowment Fund (IEF). Kad Ramadan ini disebarkan sebagai usaha menambah tabung peruntukan membantu pelajar-pelajar miskin dari dalam dan luar negara yang belajar di UIAM. Beberapa perkara menarik dikongsikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid ketika program itu tadi. Hari ini orang memberi derma dalam tiga keadaan. Pertama: Kerana niat hendak membantu Kedua : Kerana takut atau malu jika tidak menderma Ketiga : Kerana Allah Kata beliau lagi, ada empat sektor yang dilihat sebagai pencetus kewangan yang besar bagi mana-mana peniaga menceburkan diri. Pertama : Pendidikan Kedua : Kesihatan Ketiga : Pelancongan Keempat : Jual Beli Pemasaran Ilmu Dalam ucapan, beliau menyeru IEF mencipta perubahan dalam mencipta dana yang banyak bagi pelajar-pelajar miskin. Saranan beliau, IEF mesti menceburi bisnes pendidikan. Beliau memberi pandangan sudah masa dunia akademik dipermudahkan disebarkan kepada masyarakat awam. Sanusi b

Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta

Baru sahaja menghantar manuskrip terbaru kepada PTS Millennia bertajuk Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta Prakata Bukan sekadar iklan, tetapi luahan Seluruh negara melihatnya. Iklan satu halaman penuh yang muncul dalam semua akhbar nasional berbahasa Cina dan akhbar Inggeris The Star pada 18 Mac 2007 bukanlah iklan perniagaan atau promosi perkhidmatan. Lelaki bernama Chan Ki Hap, peniaga berumur 60 tahun telah meluahkan rasa cintanya kepada isterinya, Lisa Wong sempena ulangtahun ke 34 perkahwinan mereka melalui cara luar biasa ini. Bagi pengarah urusan Kamco Aluminium Sendirian Berhad dia mempunyai alasan tersendiri bertindak sedemikian “Saya ingin memberitahu seluruh negara dan isteri saya bahawa saya sangat gembira dan ikhlas menerima dia sebagai teman hidup istimewa.” Katanya lagi, apabila bertemu pilihan hati yang sanggup susah senang bersama-samanya, maka dia percaya sesuatu yang luar biasa mesti diberikan kepada pasangan. Apa yang dilakukan oleh Chan dianggap satu tem

Pilih perkataan yang sesuai

Satu perkataan yang membawa maksud yang sama memberi impak emosi yang berbeza. Sebagai contoh. Wanita Perempuan Betina Ketiga-tiganya merujuk kepada satu jantina yang sama. Tetapi bagaimana ia digunakan, dalam keadaan apa ia disebut dan apakah jenis emosi yang tercetus adalah berbeza.

Terjemah makna, terjemah maklumat

Kursus terjemahan tim projek Jules Verne, bengkel akan diadakan pada jam 2.00 petang Ahad 02.09.07 di Sekolah al-Ikhlas memberi input baru bagaimana terjemahan dilakukan. Terdapat dua kategori teori terjemahan. Pertama, teori makna. Kedua, teori informasi. Dalam sesi yang dikendalikan oleh mentor dan pengarah PTS, Puan Ainon Mohd, terjemahan makna tidak dapat mempengaruhi tindakan dan emosi seseorang. Ia sekadar menterjemah satu perkataan kepada satu perkataan lain. Akibatnya, pembaca hanya tahu makna perkataan tetapi gagal mendapat mesej keseluruhan. Terjemahan maklumat ialah melihat teks secara keseluruhan dan mengangkat mesej yang cuba disampaikan penulis asal dalam konteks pembaca tempatan. Setiap negara mempunyai ideologi tersendiri dan penterjemah mesti tahu tanggungjawabnya menterjemah karya asing tanpa menjejaskan ideologi negara. Sebagai contoh, kegemaran Sherlock Holmes ialah menghisap kokain. Dalam konteks negara, kokain adalah sesuatu yang haram dari sudut undang-undang jik

Telefon dan buku menjadi satu

Chaco, novelis telefon mudah alih (mobile) kini boleh berbangga dengan pencapaian luar biasanya. Novel mobile bertajuk What the Angel Gave Me telah terjual 1,000,000 unit melalui muat turun. Cerita kedua mengenai Magic iLand turut menerbitkan buku-buku mobile dan di Jepun, lima buku teratas yang laris di dalam carta berasal daripada buku-buku mobile sebelum dicetak. Klik di sini Itu adalah antara maklumat yang disampaikan oleh Tuan Syaizul Amal, Pengarah Eksekutif Metadome, penyedia bahan-bahan tempatan bagi siaran TV-mobile di Malaysia. Ketika beliau menerangkan kemungkinan-kemungkinan bagaimana buku dapat dijadikan bahan untuk telefon bimbit, saya semakin teruja dan ingin mengeksplorasi peluang ini. Setakat ini Pustaka Mizan di Indonesia telah bekerjasama bagi menjadikan buku-buku mereka sebagai buku mobile. Di belakang buku, terdapat iklan buku mobile bagi mereka yang berminat memuat turun. Kelebihan buku mobile Meta-Dome, ia tidak boleh dipindah milik dari satu telefon ke telefon l

Buku Kuasa Hijrah dilancarkan

Tahniah kepada Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kerana dua sebab. Pertama anak beliau telah menjadi graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada pesta konvokesyen lalu. Kedua atas pelancaran buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah di Alamanda, Putrajaya pada 31 Ogos lalu. Buku yang dikarang bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof juga memuatkan beberapa petua kejayaan yang diberikan secara terus daripada individu-individu yang ditemui oleh penulisnya.

Niat baik, tetapi ayatnya sakitkan hati

Adakalanya ada individu menggunakan perkataan dan teknik yang salah dalam menyampaikan niat yang betul. Sebagai contoh, saudara dalam perjalanan pulang dan rakan saudara menumpang kenderaan saudara. Kerana keletihan, saudara ingin memberitahunya bahawa saudara akan menurunkan beliau di stesyen LRT terdekat. Bagaimana saudara beritahu rakan itu, Saya beri dua pilihan. Pertama. "Nanti saya berhentikan kamu di stesyen LRT. Jauhlah ke tempat kamu. Kena pusing satu bulatan, jalan sehala melecehkan. Lagi satu minyak kereta saya sudah tinggal separuh tangki." Kedua "Bolehkah jika saya turunkan kamu di stesyen LRT. Bolehkan?" Adakalanya kerana terdapat alasan-alasan tambahan bagi mengukuhkan satu tujuan menjadi satu kenyataan yang menyakitkan hati penerimanya. Seorang ibu menceritakan betapa kecil hatinya beliau dengan sikap anaknya. Anaknya ingin mencadangkan ibunya agar berjimat cermat dengan perbelanjaan kerana bagi tempoh terdekat anaknya hanya boleh memberi bantuan kew

Lagu sampaikan hasrat diri

Macam-macam cara orang gunakan untuk menyampaikan mesej ini, "Saya sukakan awak." Nanti dahulu, ini bukan cerita cinta. Baru suka dahulu. Makin kenal makin dalam rasanya sehingga timbul rasa cinta. Rakan saya, seorang bujang berkongsi ceritanya bagaimana mesej ini disampaikan dengan cara yang kreatif. Beliau kini bekerja di sebuah organisasi yang menjalanka aktiviti berkaitan pendidikan. Satu perkara wajib yang perlu dilakukan beliau ialah memberikan laporan kepada orang atasan. Maka, beliau perlu ke pejabat majikan yang berada di tingkat atas. Majikan beliau dibantu oleh seorang setiausaha. Sudah berkahwin, sudah mempunyai anak, umurnya lima tahun lebih tua daripada rakan saya. Tetapi kini sudah tidak punya suami. Setiap kali rakan saya pergi menemui pihak atasan, setiausaha ini akan memainkan lagu yang sama, lagu dendangan Kris Dayanti dan Anang. Perkara ini disedari oleh rakan saya selepas rakan-rakan sepejabatnya memberitahu beliau, "Kamu sedar atau tidak. Setiap kal

Kita saling memberi dorongan

Saya sering mencari-cari cara bagaimana memudahkan diri dan orang lain melayari blog ini. Sejak tiga tahun lalu, blog ini berubah wajah sebanyak tiga kali. Saya berpandangan, mudah dilayari dan kemas adalah dua faktor bagi mengendalikan sebuah blog. Tambahan lagi, semakin banyak pautan blog dan laman web lain di sini memerlukan saya susun kembali agar ia mudah dicari. Kali ini saya memberi nama baru untuk blog ini. Dahulunya ia dipanggil Motivasimindamu. Saya tukarkan kepada Cerita Orang Biasa: Perspektif Zamri. Ketika menggunakan nama Motivasimindamu, sangka orang saya adalah pakar motivasi, penceramah dan segala macam gelaran bersangkut paut dengan bidang motivasi. Sedangkan saya hanyalah pemerhati yang menulis mengikut perspektif sendiri dan pengalaman orang lain. Saya bukan motivator, saya hanya penulis. Satu lagi blog saya Motivasi Minda yang digerakkan melalui Wordpress masih aktif sehingga kini. Perkataan Motivasi Minda adalah ingatan kepada diri sendiri. Iaitu sentiasa letakka

Blog Red White MPH

Sesiapa yang berminat mengetahui perkembangan MPH dan para penulis dalam aktiviti anjuran mereka, layari redwhitespot.livejournal.com Sebahagian petikan daripada laman blog ini: Would you rather go to a book launch for a 20 year-old who once won a beauty pageant, or would you prefer an international bestselling octogenarian? "If people have a choice, they will normally go to the pretty one. If they don't have a choice, they will go for the quality author," says Rodney, our operations manager who has also written a book. Naturally, we then fished out the very young and attractive author, Lim May Zhee, who established herself as the author of Vanity Bee, and will have her second book launched very soon! Her opinion: "Can I say half-half? Yes, because of human nature! If the author is good-looking, naturally I would want to know more about him and subsequently his works. "But no, because selling a book is different from marketing a CD or a movie. At the end of the