Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bestseller

Tip Penulis Bebas | Tip Menjadi Penulis Bestseller

Hari ini rakan-rakan di blog memberi ulasan mengenai buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Kepada rakan-rakan yang baru pertama kali mendengar judul buku ini. Berikut merupakan pengenalan buku tersebut. Tip Menjadi Penulis Bestseller memberi fokus kepada cara-cara menulis buku bukan fiksyen. Ia mendedahkan bagaimana cara menulis buku bukan fiksyen berdasarkan pengalaman hidup dan kerjaya yang akan menjadi semuah buku yang ditunggu-tunggu pembaca. Buku ini telah banyak membantu pemilik blog ini, dalam meningkatkan kualiti penulisan, serta menghasilkan karya-karya berkualiti berbentuk Seterusnya di sini   Aku dalam proses menulis ebook keempat bertajuk ‘Tips Mudah Lulus’. Seterusnya di sini Secara asasnya penulisan yang menggunakan KJ method tidak menggunakan kaedah penulisan secara linear. Kaedah ini dijadikan sebagai panduan untuk penulisan buku bagi ahli keluarga PTS (rujuk Forum PTS). Zamri Mohammad juga menerangkan cara menggunakan kedah ini di dalam buku Tip Menjadi Pe...

Buku Rahsia Bisnes Mamak percuma untuk anda

Anda mungkin mempunyai sebab-sebab peribadi ataupun profesional mengapa anda hendak menerbit buku. Mungkin kerana hendak jadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan. Ataupun mungkin sumber pendapatan tetap sebagai penulis sepenuh masa. Mungkin juga anda ada maklumat penting yang ingin dikongsi ataupun ada cerita menarik bagi disampaikan kepada umum. Dan jika anda seorang pensyarah, mungkin kerana hendak naik pangkat. Kebelakangan ini, penulis mula didedahkan dengan cara baru menerbit buku mereka sebagai jalan alternatif. Cara ini dinamakan sebagai terbit sendiri. Penulis bestseller menerbitkan buku sendiri Tahukah saudara, Di Malaysia sudah ramai penulis yang menerbit sendiri buku mereka. Antaranya Azizi Ali, Norhayati Berahim, Dato' A Samad Said, dan ramai lagi. Ramai juga yang menerbit sendiri buku terdiri di kalangan pensyarah universiti dan kolej khusus untuk para pelajar mereka. Sebahagian sudah mencapai tahap bestseller, kini anda juga dapat memenuhi impian menerbitkan buk...

Magnet Cinta Top Ten Mac 2007

Bulan MAC 2007 memperlihatkan buku Magnet Cinta dalam kategori sepuluh buku terlaris terbitan PTS Millennia. Alhamdulillah, terima kasih kepada mentor dan ibu yang membimbing dan sering mendoakan, pasukan PTS Publication & Distributor, warga kerja PTS Millennia, kedai-kedai buku, pengedar, wartawan dan para pembaca yang dihormati kerana memberi sokongan kepada buku ini. Semoga catatan rekod ini akan menjadi pendorong untukku menghasilkan lebih banyak buku yang bermanfaat kepada masyarakat. Perjalanan masih jauh, masih banyak perkara perlu diselesaikan. Sekali lagi, terima kasih kepada pasukan PTS bermula dari pengarah, pengurus, editor yang melayan karenahku dan pegawai promosi serta pemasaran yang mencurahkan 200% usaha mereka untuk kemajuan bangsa dengan membumikan ilmu di langit. Semoga Allah redhai usaha ini. Lihat Bulan Mei 2006 Lihat Bulan Jun 2006