Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel motivasi

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...

Diari Trainer | Jabatan Perdana Menteri, Jatuh Cinta Kali Pertama

Insya Allah, para penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri akan melihat poster ini di setiap lif dan papan kenyataan bermula minggu ini. Zamri Mohamad akan bersama warga kakitangan penjawat awam bagi sesi Bicara Buku dan Bengkel Mini pada 31 Januari ini. Berdasarkan buku Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga, yang kini menduduki carta ketiga tertinggi pilihan pembaca secara mingguan di POPULAR, penulis yang juga pengasas kursuspenulisan.com akan berkongsi dalam bentuk bengkel mini berkenaan kajian komunikasi perhubungan. Sepanjang hari itu soalan-soalan ini akan dijawab, iaitu Bagaimana mahu didengari ketika berbincang? Mengapa pujian saya tidak mengubah tingkah laku? Mengapa semakin cinta semakin tidak peduli? Buku yang hanya eksklusif diedarkan oleh POPULAR ini merupakan kompilasi tiga buah buku tulisan beliau dan penulis bersama Tuan Imran Yusuf. Kepada kakitangan awam yang berminat mengikuti tip-tip eksklusif pada hari Selasa, 31 Januari ini, hadirkan diri di l...

Diari Trainer | Ayat Penutup Lubang TIndakan

Adakalanya saya mahu ketawa kepada diri sendiri. Apabila berbincang dengan diri sendiri dan dengan trainer lain sehingga memerlukan kita bertindak melakukan sesuatu, saya teringat kata Puan Guru Ainon Mohd., "Saudara berfikir lateral atau tidak?" Jika tidak lateral, kita terperangkap mahu mengikut orang lain dan sibuk mencari salah. Soalan Puan Guru itu satu 'penutup lubang' sebelum terjatuh. Ia berlaku lagi sekali lagi petang ini. Di kursuspenulisan.com , respons kepada penulis yang mahu membetulkan situasi dengan pen, "Apa tindakan kita," berbanding, "Apa tidak kena dengan mereka." Terima kasih Puan. Belajarnya saya daripada Puan sedikit, tetapi moga sedikit itu ingatan besar kepada saya.

Kursus Penulisan | Berani bereksperimen dan mencuba

Seronok membaca hasil tulisan peserta yang melangkaui 'bimbingan trainer'. Mereka mencuba-cuba bereksperimen dengan gaya pendulu berbeza. Sedangkan ia akan didedahkan pada hari ini di dalam kursus penulisan sesi kedua. Ya, keberanian ini yang diperlukan dalam berkarya. Ini bukan sekadar buletin jabatan, ini adalah legasi yang mereka akan simpan untuk keturunan mereka. Menuju ke KL International Hotel bersama-sama 24 artikel pecutan bebas yang dihasilkan semalam. Kerana itu dalam training jumlah tidak perlu ramai, agar mudah dilihat satu persatu. Berani bereksperimen adalah usaha jaya penulis. --- ZAMRI MOHAMAD  merupakan penulis buku dan pengasas  kursuspenulisan.com  . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Kursus Penulisan | Soalnya, adakah kita percaya?

Pada pagi ini saya mengenangkan cerita di bengkel penulisan rencana anjuran FINE Academy semalam. Salah seorang peserta memberitahu dia pernah mengikuti kursus penulisan daripada seorang wartawan televisyen. Itu adalah kursus yang dihadirinya 20 tahun yang lalu. Kemudian beliau hadir lagi sekali lagi apabila impian menulis yang belum tertunai kerana hambatan persoalan-persoalan yang tidak terjawab sehinggalah selepas kursus semalam. Jabatan Pertanian Kedah pula merencanakan bengkel penulisan rencana. Pelbagai situasi dilalui sehinggakan ia mengambil masa dua tahun barulah kursus ini dapat diadakan. Walau apa pun, mereka tetap mahukan kursus ini meskipun mengambil masa. Cerita-cerita mereka ini membuat saya terfikir. Baik individu mahu pun organisasi, sekiranya mereka mahukan mimpi mereka jadi benar, mereka lakukan apa sahaja sehingga memperolehinya. Saya berfikir. Sejauh mana saya memenuhi mimpi saya dan berusaha membantu memenuhi mimpi orang lain sama ada melalui kerj...

Lelaki kecil, lelaki besar dan timbang ikhlas

30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Dua orang lelaki berbual mengenai niat ikhlas. Seorang lelaki bertubuh kecil dan seorang lagi bertubuh besar. Kata lelaki bertubuh kecil, "Sekarang ini tujuan jadi penulis pun bisa dipersoalkan." Bertanya lelaki bertubuh besar, "Mengapa begitu?" Kata lelaki bertubuh  kecil, "Lihat, mahu jadi penulis kemudian mahu dikenali. Mahu dirai-rai dalam majlis. Bina populariti dengan ilmu." Bertanya lelaki bertubuh  besar, "Maka penulis itu tidak ikhlas?" Balas lelaki bertubuh  kecil, "Ya benar. Bukan sahaja penulis sekarang tidak seikhlas penulis dahulu. Malah dalam hal lain pun sama juga. Hari raya aidil adha lalu, seorang kaya mengorbankan sepuluh ekor lembu. Itu pun tak nampak ikhlasnya. Jika ada gadis mula bertudung, apabila orang puji-puji sudah suka." Lelaki besar bertubuh  besar menggaru kepala dan diam. Bertanya lelaki bertubuh kecil, "Kenapa kamu diam...

Tokoh Haji, 85 dan 1000 kilometer

Seorang kanak-kanak datang menghampirkan diri kepada seorang lelaki berserban yang sedang mengemaskan ikatan pada lembu di tiang bersebelahan masjid. Kanak-kanak itu bertanya kepada lelaki berserban, "Kenapa menyembelih haiwan korban dianggap mendekati Allah?" Lelaki berserban menjawab, "Nabi Ibrahim tokoh haji sepanjang zaman. Hidupnya diuji lagi dan lagi. Pada usia 85 tahun, Allah memerintahkan nabi berhijrah melalui lebih 1000 kilometer menuju ke lembah batu tanpa sumber air dinamakan Mekah." "Mengapa ibadah korban ini dikatakan menghampiri Allah kerana..." jawab lelaki berserban itu satu persatu-satu. Pertama Apa sahaja amalan yang dilakukan oleh para nabi adalah amalan yang mendekatkan kita kepada Allah. Maka apabila kita melakukan apa yang nabi lakukan maka kita menghampiri Allah. Kedua  Daging korban diagihkan 1/3 kepada jiran, 1/3 kepada keluarga yang berkorban dan 1/3 diberikan kepada fakir miskin. Maka secara langsun...