Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel training

Apabila modul trainer menjadi surat cinta peserta

Pada tahun ini saya kerap menjalankan survey dalam setiap kursus organisasi dan individu dengan bertanya soalan yang mudah, "Mohon bertanya, di manakah modul Tuan dan Cik Puan berada selepas bengkel terdahulu?" Mereka memandang sesama sendiri dan ketawa. Inovasi modul bukan sahaja dari aspek pengisian malah pakejing dan fungsi modul selepas trainer tidak berada dalam kursus. Pada tahun 2011, kami mencuba kaedah modul organik, kesanya, peserta menggunakan modul itu dan terus menulis sehingga setiap kali idea timbul mereka menconteng modul organik itu. Pada tahun ini, saya sedang menguji modul TIP bagi melihat sejauh mana ia akan dibawa oleh peserta selepas bengkel. Kerap saya berfikir, bagaimana modul akan terus dibawa dan tidak dibuang atau disimpan dalam kotak sahaja? Bagaimana saya dapat mengejar peserta meskipun saya jauh daripada mereka? Sementara menantikan modul yang menjadi cara hidup hasil sentuhan Puan Bintu Azizul Zaisara selepas bengkel TAMRIN ...

Kuliah Trainer oleh Dr Billy Kueek

Kuliah Trainer (1) Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya mengikuti woksyop Training and Presenting Like a Pro. Ia dikendalikan oleh Dr Billy Kuek, melalui konsultanya Billy Kuek International. Entri blog ini dan entri blog seterusnya adalah entri yang saya tulis khusus kepada rakan-rakan trainer dan saudara pembaca. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada Dr Billy. Soalan pertama kenalkah kita kepada Dr Billy Kuek? Saya mengikuti woksyop seharinya selepas hampir setiap hari melihat iklan di FB. Dr Billy Kueek lahir di Singapura. Beliau merupakan speaker selama 13 tahun. Beliau sudah menjelajah 40 negara bagi memberi perkhidmatan kepada klien-klien antarabangsa. Dalam bengkel Training and Presenting Like a Pro dia menceritakan kisahnya yang bersifat 'gagal' Ketika sekolah beliau mendapat kepujian bagi subjek bahasa Cina. Subjek selebihanya, F dan E. Termasuk bahasa Inggeris. Apabila dibawanya keputusan itu kepada ayahnya, beliau berka...