Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ramadan

Kuasa dorongan dalam berkarya

Kita mahu menulis dan berminat menulis, pernahkah kita ceritakan minat dan kemahuan kita kepada seseorang? Apakah respons yang diberikan? Apakah perasaan kita selepas mendengar respons itu? Dengan siapa kita kenal dan bercerita memberi kesan produktiviti karya dan motivasi menulis kita. Semakin kita dengar semakin kita bersemangat menulis dan semakin kita dengar semakin hilang daya motivasi kita. Itu dinamakan kuasa dorongan. Bagaimana mendapatkan kuasa dorongan dalam berkarya. (1) Kenalpasti siapakah rakan-rakan yang positif terhadap kita selepas kita menyatakan hasrat menulis. (2) Senaraikan rakan-rakan dan ahli keluarga yang menambah baik idea kita selepas berkongsi angan-angan karya. (3) Ingat semula siapakan di kalangan mereka yang pernah membaca karya kita, memberi komen membina meskipun karya kita biasa-biasa sahaja. Mereka adalah kuasa dorongan. Mereka bukan kumpulan yang memuji kerana mahu menjaga hati dan memberi harapan kosong, sebaliknya berfikir, "Apa...

Demam anak, ayah tahu sendiri

Diari Ramadan. Lelaki itu menarik kerusi di hadapan kami dan kemudian duduk. Dia menghembuskan nafas seolah-olah melepaskan kepenatan. Satu jam tiga puluh minit berbaki sebelum azam Maghrib, sebelum kami berbuka puasa. Lelaki itu kemudian mencondongkan tubuhnya ke hadapan dan bercerita. Mula-mula dia bercerita mengenai kerjanya pada bulan puasa. Kemudian bercerita mengenai kerjanya esok. Tidak lama bercerita mengenai keluarga. Dia menggosok-gosok keningnya, kemudian mengurut kecil pada bahagian dahi dengan dua jari, lalu bercerita, "Apabila saya fikirkan, kita tidak mampu melebihi apa yang ayah kita lakukan. Meskipun kita sudah bergelar ayah." Saya mendiamkan diri. Dia menyambung cerita, "Saya masih ingat lagi bagaimana ayah menjaga adik kami. Perkara yang membimbangkan dirinya apabila anak jatuh sakit. Jika demam sebelum usia tujuh tahun dapat memberi kesan kepada sarafnya dan boleh mengakibatkan kecacatan." Saya mendiamkan diri. Dia memandang dengan ...

Sepuluh atau penuh? Ramadan si air kosong

Baru pulang dari restoran Cina Muslim. Dipesan air asam kedondong. Dibawa pulang, apabila dilihat bungkusan, diberinya air kosong. Senyum sahajalah. Kedondong 'kosong'. Mungkin bunyinya hampir sama antara kedondong dan kosong sehinggakan itulah yang diberikan mereka. Seingat-ingat saya perkara yang bersama berlaku dahulu, tetapi yang paling diingati ketika bekerja di stesyen minyak di jalan Munsyi Abdullah pada tahun 1999. Panggilan popular kepada kami ialah pump attendant atau 'budak pam'. Tugas kami adalah mengisi minyak mengikut jumlah yang diperlukan oleh pelanggan, membersihkan cermin hadapan kenderaan dan melihat sama ada air bateri dan minyak hitam kenderaan mencukupi. Selain itu perlu memujuk pelanggan membeli air bateri yang diletakkan dalam rak pamer di hadapan. Dengan harapan mendapat komisen lima puluh sen bagi setiap jualan. Teksi adalah ganti nama kepada kereta sewa yang beroperasi di sekitar Melaka. Mereka adalah antara pelanggan tetap kami. Mereka...