Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kursus kreativiti

Kreativiti dan Inovasi Gaya KPT (2)

Kursus Kreativiti dan Inovasi selama empat hari di Selesa Beach Resort melibatkan kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi. Ini adalah kursus kali kedua diamanahkan kepada kumpulan trainer di bawah FINE Academy. Antara perkara yang diberi penekanan kepada para peserta adalah; (1) Bagaimana soalan dapat membentuk respons secara kritik atau kreatif. (2) Aktiviti kreativiti dan inovasi di pejabat dan di rumah. (3) Bagaimana sesi dan proses idea dilakukan oleh Nabi Muhammad. (4) Apakah langkah penyelesaian situasi yang membentuk kecantikan sosial. Kredit foto Cik Puan Nurul Aien Muhaimen Emel jemputan ke info@fineacademy.com.my

Gelombang Kursus Kreativiti & Inovasi MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencetuskan gelombang kreativiti dan inovasi melalui kursus yang dikendalikan oleh trainer di bawah FINE Academy.  Ia diadakan di pulau Langkawi, Kedah. Perkara menarik sepanjang kursus kreativiti dan inovasi (1) Bagaimana memahami dan berinteraksi dengan pihak atasan melalui pendekatan yang kreatif. (2) Seni mencipta lebih daripada satu penyelesaian. (3) Memecahkan tembok stress, situasi dan mencetus idea memudah cara tugas di pejabat dan di rumah. Emel ke info@fineacademy.com.my jika mahu diadakan di organisasi.

Kursus Kreativiti dan Inovasi JAWI dimensi baru

Bengkel Kreativiti dan Inovasi,  Komunikasi Dakwah dianjurkan oleh JAWI. Bengkel ini bertujuan menilai, menyusun dan mengganda semula aktiviti dakwah berteraskan inovasi dan kreativiti. Trainer Zamri Mohamad dan Tuan Yusry Yusopp mengendalikan sesi berikut; (1) Langkah Awal Langkah Daie (2) Membina Komunikasi Kreativiti Dakwah (3) Membina Kecantikan Sosial Media (4) Peta Pemikiran Kreatif (5) Analisa Kes Dakwah bersama Tuan Yusry Yusopp dari tim kajian hadis. Kami sedang melihat keperluan lebih jauh kepada organisasi dakwah di seluruh negara melalui pembangunan kursus pada tahun hadapan seperti berikut; (1) Kursus penceramah berpengaruh menggunakan kaedah CAT (2) Kempen dakwah melalui psikologi pelanggan (3) Viral Dakwah melalui media sosial (4) Kit Dakwah untuk Daie menggunakan Enam Topi Kreatif Semoga Allah permudahkan usaha-usaha ini. --- ZAMRI MOHAMAD  merupakan penulis buku dan pengasas  kursuspenulisan.com  . Beliau juga merupakan tra...

Kursus Ideator Kreativiti Inovasi JPA

Kami berada di atas bukit Cheringin bersama 25 orang peserta terdiri daripada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya, Intan Kedah dan JPA Cyberjaya. Ini adalah bengkel kali ketiga diadakan bersama-sama JPA. Sebelum ini kursus kreativiti dan inovasi diadakan di Putrajaya melibatkan para pegawai tinggi dan kemudian diikuti oleh kumpulan kakitangan cemerlang. Kali ini kami bersama FINE Academy Training bagi menjayakan usaha ini. Kali ini kita bertemu kembali. Mencari, membongkar dan mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam kerjaya dan kehidupan. Memulakan bengkel pada petang itu, saya bertanya kepada mereka, "Adakah Tuan dan Cik Puan percaya bahawa kita kreatif?" Satu persatu latihan mendedahkan tahap kreativiti mereka dan meletakkan mereka dari aspek sedar kepada tahu. Sedar yakni mereka kini bersetuju bahawa mereka kreatif. Tahu bermaksud mereka tahu bagaimana meningkatkan daya kreativiti mereka. Kreativiti...