Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buku

Listen menjajah dunia produk dan perkhidmatan

Kuasa perkataan sentiasa wujud dalam penulisan mahu pun lisan. Isu yang rancak diviralkan adalah sebuah  video  melibatkan Sharifah Zohra Jabeen Presiden Suara Wanita 1Malaysia dan KS Bawani, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Mari kita keluar dari kerangka perdebatan isu mereka berdua. Kita melihat bagaimana perkataan ini menjadi medium pemasaran mesej yang berkesan. Pemerhatian Gorila Marketing, impak perkataan listen dan viral pemasaran produk dan perkhidmatan. (1)  Nandos , "All animals got problem? Say what?? Let Nando's speak!" 6 hours ago 9,874 Share (2)  Logitech , "Need we say more?!" 3 hours ago, 365 Share (3)  PTS Media Group , "Listen! Listen! When I speak, listen!" 2 hours ago, 23 share. Perkataan yang mempunyai impak diadun secara komersial. Siapa bilang perkataan tidak ada impak? Tetapi ia adalah impak yang sementara, tetapi cukup membuat orang mengenali jenama kita dalam waktu terhad itu. Dunia buku juga terkesa...

Diari Trainer | Menulis Novel Cinta Usaha Buang Masa?

Alhamdulillah, Festival Penulis anjuran Karangkraf benar-benar memberi impak kepada saya khususnya dalam majlis ilmu yang dianjurkan. Tim kursuspenulisan.com mengikuti forum Lelaki, Novel dan Romantik dianjurkan oleh Karangkraf. Video sebanyak tujuh siri ini mengetengahkan jawapan terhadap 17 persoalan seperti; Sejauh mana komitmen penulis lelaki berkarya selepas ini? Mengapa hanya 15 orang penulis lelaki dalam 300 orang penulis Karangkraf? Adakah wujud tangisan lelaki dalam pembacaan novel? Sejauh mana penulis lelaki akan diingati dalam pasaran? Apakah cara menulis novel untuk lelaki? Mengapa novelis terperangkap dengan cerita biasa-biasa sahaja? Adakah menulis novel cinta oleh penulis baru, satu lagi usaha sia-sia? Apabila menjadi novelis dan penulis skrip serentak, siapakah kita? Apa kata orang Ahadiat penulis muflis tajuk? Karya 'tidak senonoh' diangkat menjadi filem tontonan lelaki? Kata orang novel romantik menjadi cetusan langkah Ahadiat, tetapi.... ...

Eksklusif POPULAR | Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga

"Kuntuman cinta luar biasa sedang mekar dalam hati insan yang saling merindui. Diriku dan dirimu." Sang Roman Pencinta Agung Cinta, Meraikan kasih di langit syurga ( hardcover ) terbitan PTS, edaran eksklusif POPULAR Cinta itu cerita Ke mana cinta Adam dibawa pergi? Bagaimana pula rindu Hawa akan disulamkan dalam hati? Semurni mutiara kasih Khadijah, loretan pelangi kasih Muhammad. Dalam bicara Aisyah diselitkan melodi rindu kepada kekasih langit dan bumi. Cinta itu aku Mereka mencorak cerita cinta yang diredai di dunia dan diraikan di langit syurga. Wajah cinta mereka menjadi wajah cinta kita. Dalam harapan, percayalah ia dapat ditunaikan. Cinta itu dia Ketahuilah, pada matamu ada ketabahan Khadijah, kelembutan Hawa dan kesetiaan Aisyah. Teradun dalam resipi bahagia, dikutip dari sejarah dan dicipta dari kehidupanmu hari ini. Terselaklah satu persatu tip pesona cinta abadi. Melentur hati si dia biar sayang terus mekar dalam setia. Mencambah berkat d...

Berita Harian Singapura | Inovasi Kedai Mamak

Petikan pandangan  Berita Harian Singapura  Ketahanan dan inovasi kedai mamak Oleh Shaik Kadir Shaik Maideen Siapa tidak tahu Mustafa Centre di Little India. Ia merupakan sebuah jenama terkenal di Singapura dan kebanggaan kaum India. Namanya mengharum di India Selatan sehingga sejauh Afrika Selatan. Pusat beli-belah ini bak gedung serba-serbi - daripada rempah-ratus sehingga alatan elektronik. Beroperasi 24 jam sehari. Mustafa, nama pengasas pusat beli-belah ini, memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan: bermula sebagai sebuah kedai mamak (yang bermakna pak cik dalam bahasa Tamil) yang kecil. Ketika itu ia hanya setakat tempat tumpuan kaum India Muslim di sini mendapatkan keperluan mereka. Namun, hasil semangat inovasi dan ketekunannya, Mustafa menjadi gedung besar serbaneka - maju dan berkembang menjadi sebuah perusahaan yang gah hari ini. Baru-baru ini, nama Mustafa disebut-sebut kerana sebab yang kurang elok - melanggar undang-...

Magnet Cinta Top Ten Mac 2007

Bulan MAC 2007 memperlihatkan buku Magnet Cinta dalam kategori sepuluh buku terlaris terbitan PTS Millennia. Alhamdulillah, terima kasih kepada mentor dan ibu yang membimbing dan sering mendoakan, pasukan PTS Publication & Distributor, warga kerja PTS Millennia, kedai-kedai buku, pengedar, wartawan dan para pembaca yang dihormati kerana memberi sokongan kepada buku ini. Semoga catatan rekod ini akan menjadi pendorong untukku menghasilkan lebih banyak buku yang bermanfaat kepada masyarakat. Perjalanan masih jauh, masih banyak perkara perlu diselesaikan. Sekali lagi, terima kasih kepada pasukan PTS bermula dari pengarah, pengurus, editor yang melayan karenahku dan pegawai promosi serta pemasaran yang mencurahkan 200% usaha mereka untuk kemajuan bangsa dengan membumikan ilmu di langit. Semoga Allah redhai usaha ini. Lihat Bulan Mei 2006 Lihat Bulan Jun 2006