Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kursus

Bolehkah penulis Malaysia menulis ebook?

Lima hari lagi kami akan membangunkan kumpulan penulis baru. Mereka seperti kita memiliki laptop di rumah. Laptop mereka giat bekerja menambah uncang dan membina lebih banyak karya. Itu kami mahu lakukan di kursuspenulisan.com.  Tuan Azree Hanifiah, eksekutif ebook yang pernah berurusan dengan KOBO, Apple Store, Amazon dan E-Sentral akan bersama-sama para peserta memberikan asas penulisan dan penerbitan ebook.  Sah hadir, klik di sini

[Februari] Coaching Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak

Mahu tahu cara menulis buku cerita bergambar kanak-kanak? Mahu tahu seni menyediakan buku cerita untuk anak kita? Mahu tahu bagaimana anak kita meningkat kecerdasan dengan buku cerita bergambar? Juga… Mahu tahu bagaimana mengajar subjek menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak? Coaching Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak Ahad 10 Februari 2013 9.30 pagi - 1.00 tengah hari Siapa trainernya? Dikendalikan oleh Cik Puan Fazeila Isa, merupakan mente kepada Dr Virginia Lowe, juri Children's Book Council's Book of the Year Award dan Convenor for the CBCA Crichton Award, Australia. Apa yang akan kami perolehi? (1) Modul Pertama Apa yang saya dan mereka baca Bermula dengan buku cerita bergambar Where the Wild Things Are. Mengetahui jenis-jenis buku bergambar kanak-kanak yang berada di pasaran Menulis dan memahami gaya buku bercerita bergambar yang pernah menerima anugerah (2) Modul Kedua Memfokuskan kek pasa...

Kursus Penulisan Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Alam Sekitar konsisten dalam usaha memberi maklumat kepada masyarat berkenaan isu alam sekitar. Melalui penulisan artikel bagi buletin Impak dan Era Hijau, ia mencapai sasaran ke sekolah-sekolah, institusi dan organisasi bagi memberi momentum kepada khalayak dengan input yang segar dan berimpak tinggi. Paling menarik, buletin yang diterbitkan terbuka kepada sumbangan orang ramai. Artikel yang berkualiti diberikan honorarium dan disiarkan dalam kedua-dua buletin ini. Kami akan bersama-sama dalam peperangan menawan hati dan fikiran rakyat bersama Jabatan Alam Sekitar, membekalkan kemahiran penulisan berimpak tinggi bagi mencetus gelombang ilmu dan kesedaran kepada pembaca.

Sesi 'bercinta' di Jabatan Perdana Menteri

Pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2012 Pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2012 Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meraikan dunia buku dengan menganjurkan bicara penulis, Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga. Buku terbitan PTS edaran ekslusif POPULAR ini menyentuh beberapa isu berkenaan komunikasi dari aspek kajian perhubungan yang dilakukan oleh pakar komunikasi dan kekeluargaan. Mengapa buku seperti ini diterbitkan? Kajian menunjukkan apabila perempuan menjangkau usia 16 tahun, ia merupakan umur bermula mereka membaca karya-karya cinta seperti novel. Ia berdasarkan respons kedai-kedai buku berkongsi dapatan ini. Adalah sukar bagi menghalang buku ini daripada dibaca, jadi apakah solusinya? Ditambah lagi dengan isu lambakan novel cabul, iaitu novel yang mempunyai adegan suami isteri sebagai komponen yang dibenarkan ditulis dalam novel. Sedangkan pada usia 16 tahun mereka membaca novel seperti ini. Buku ini dan buku-buku sebelum dan selepa...

Diari Trainer | Menulis Novel Cinta Usaha Buang Masa?

Alhamdulillah, Festival Penulis anjuran Karangkraf benar-benar memberi impak kepada saya khususnya dalam majlis ilmu yang dianjurkan. Tim kursuspenulisan.com mengikuti forum Lelaki, Novel dan Romantik dianjurkan oleh Karangkraf. Video sebanyak tujuh siri ini mengetengahkan jawapan terhadap 17 persoalan seperti; Sejauh mana komitmen penulis lelaki berkarya selepas ini? Mengapa hanya 15 orang penulis lelaki dalam 300 orang penulis Karangkraf? Adakah wujud tangisan lelaki dalam pembacaan novel? Sejauh mana penulis lelaki akan diingati dalam pasaran? Apakah cara menulis novel untuk lelaki? Mengapa novelis terperangkap dengan cerita biasa-biasa sahaja? Adakah menulis novel cinta oleh penulis baru, satu lagi usaha sia-sia? Apabila menjadi novelis dan penulis skrip serentak, siapakah kita? Apa kata orang Ahadiat penulis muflis tajuk? Karya 'tidak senonoh' diangkat menjadi filem tontonan lelaki? Kata orang novel romantik menjadi cetusan langkah Ahadiat, tetapi.... ...