Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penulis buku

Iron Man, Kisah orang putih yang bertaubat.

Seperti kereta Kancil, sut Iron Man juga perlu diselenggara selepas digunakan. Gambar diambil dari laman web rasmi http://ironmanmovie.marvel.com/ Kisah orang putih yang bertaubat. Ya, saya ulangi Iron Man adalah kisah orang putih bertaubat. Saya tidak boleh menulis panjang, kelak para peminat siri komik Marvel dan Iron Man akan marah kepada saya. Mereka mahu tahu permulaan, pertengahan dan akhir cerita Iron Man. Jangan lupa selepas kredit, ada babak tambahan pertemuan Iron Man dan General Nicholas Joseph "Nick" Fury yang membawa kepada sekumpulan superhero lain seperti dalam Avenger. Bak kata Nick pada akhir filem, "Kamu ingat kamu seorang sahaja hero super di dunia ini?" Sebagaimana buku, Iron Man adalah harta intelek yang dikembangkan bermula dari sebuah komik hero super pada tahun 1963, dianimasikan dan difilemkan. Konsep dan watak Iron Man dicipta oleh empat individu iaitu; Penulis dan editor bernama Stan Lee Penulis Skrip Larry Lieber Pelukis Don Heck dan Jac...

Buku Rahsia Bisnes Mamak percuma untuk anda

Anda mungkin mempunyai sebab-sebab peribadi ataupun profesional mengapa anda hendak menerbit buku. Mungkin kerana hendak jadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan. Ataupun mungkin sumber pendapatan tetap sebagai penulis sepenuh masa. Mungkin juga anda ada maklumat penting yang ingin dikongsi ataupun ada cerita menarik bagi disampaikan kepada umum. Dan jika anda seorang pensyarah, mungkin kerana hendak naik pangkat. Kebelakangan ini, penulis mula didedahkan dengan cara baru menerbit buku mereka sebagai jalan alternatif. Cara ini dinamakan sebagai terbit sendiri. Penulis bestseller menerbitkan buku sendiri Tahukah saudara, Di Malaysia sudah ramai penulis yang menerbit sendiri buku mereka. Antaranya Azizi Ali, Norhayati Berahim, Dato' A Samad Said, dan ramai lagi. Ramai juga yang menerbit sendiri buku terdiri di kalangan pensyarah universiti dan kolej khusus untuk para pelajar mereka. Sebahagian sudah mencapai tahap bestseller, kini anda juga dapat memenuhi impian menerbitkan buk...