Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tip penulisan

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...

Jodoh ibu dan ayah di atas kertas?

"Ayah, bagaimana ayah bertemu ibu buat kali pertama?" How I Met You Mother adalah siri sitkom yang lama bersiaran dan mendapat rating tontonan yang tinggi. Bermula pada tahun 2005 dan episod akhirnya pada tahun 2013. Setiap episod berlingkar mengenai kehidupan Umpan kepada penonton adalah situasi di mana penonton tidak diberitahu siapakah isteri kepada Ted ketika beliau menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana dia menemui isterinya. Kaedah penceritaan imbas semula digunakan dalam sitkom ini. Setiap episod yang menghampiri jawapan siapakah isteri Ted berakhir dengan tanda tanya yang tidak terjawab. Selama lapan tahun mereka membawa penonton sehingga episod akhir. Nilai dan variasi, persoalan, misteri, keterujaan dan kejutan adalah elemen yang digunakan dalam How I Met Your Mother. Penulisan rencana juga menggunakan rencah ini. (1) Nilai dan variasi dalam setiap rencana yang diketengahkan. (2) Misteri kerana pembaca tidak mengetahuinya secara langsung. ...

Penjual cuka epal pun terbitkan buku?

Bayangkan jika buku terbitan kita berada pada pembalut botol seperti dalam foto ini. Bragg Organic Cider Vinegar Bragg Organic, Apple Cider Vinegar melakukan ke atas produknya. Malah mereka menerbitkan buku dalam kategori yang sama. Pada botol cuka epal ini tertera kulit buku kesihatan dengan tajuk yang sama. Strategi pemasaran bersilang ini digunakan oleh Dr Patricia Bragg yang dikenali sebagai penulis, pendidik dalam bidang kesihatan dan crusader dalam bidang kesihatan. Pembeli produk ini berpeluang membeli buku setebal 136 halaman bagi mengetahui lebih mendalam kebaikan cuka epal. Harga buku dijual $9.95 atau RM30.95. Manakala cuka epal dijual pada harga $3.49 atau RM10.85. Saya membelinya di farmasi Vitacare pada harga RM14.80 Pembuat produk kesihatan dan penerbit buku kesihatan ini telah berada di pasaran bermula pada tahun 1912. Ya, ia menjangkau 100 tahun di pasaran. Pemasaran bersilang yang memanjangkan hayat buku di luar kedai buku. Farmasi-farmasi temp...

Penulis untung kecil, penulis untung besar

Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan? Saya memutarkan kembali lagu lama yang berada dalam simpanan. Lagu itu berjudul  Nothing Gonna Change My Love For You  nyanyian Glenn Medeiros. Ia dirakamkan pada tahun 1987. Kisah populariti Glenn dilihat sebagai rezeki atas rezeki. Penyanyi kelahiran Hawai ini merakamkan lagu itu dan disiarkan di stesyen radio dan televisyen Hawai. Kepopularan beliau setakat di situ sahaja. Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kepada Glen apabila seorang juruhebah radio membeli album Glenn di Hawai ketika beliau bercuti. Juruhebah dari Amerika Syarikat pulang dan kemudian memutarkan lagu Nothing Gonna Change My Love For You di Amerika. Lagu itu meletup di sana. Ia menjadi kegilaan baru para pendengar. Amerika menerima baik kedatangan penyanyi dari Hawai ini. Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kali kedua berlaku. Glenn mendapat tempat dalam dunia muzik di Eropah. Tetapi tidak...

Sedihnya hati mengenangkan manuskrip yang hilang (1)

Ada tiga situasi yang berlaku di kalangan penulis yang menyebabkan mereka kehilangan manuskrip yang sedang ditulis. Pertama Seorang penulis yang bergandingan dengan tokoh motivator negara kerugian sejumlah manuskrip baru dan kehilangan salinan manuksrip-manuskrip lama yang ditulis lebih lima tahun. Ia berlaku apabila komputer riba yang dicuri selepas keretanya dipecahkan di sebuah kompleks membeli belah. Kedua   Seorang penulis kehilangan manuskrip selepas komputernya diserang virus dan perlu diformat semula. Salinan pada thumbdrive juga mengalami keadaan yang sama.   Ketiga Sebuah penerbit kehilangan sejumlah manuskrip apabila komputer riba para pengurusnya dicuri ketika sesi semburan kawalan serangga dilakukan di pejabat ketika solat Jumaat. Kumpulan yang melakukan aktiviti semburan itu adalah perompak yang bertindak ketika pekerja-pekerja lelaki ke masjid. Ketiga-tiga situasi ini mendorong para penulis berfikir, apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan manuskrip sen...

Bab yang membunuh pembaca

Killer chapter  adalah cara menarik perhatian pembaca bagi terus membelek buku yang ditulis. Ada penerbit menjadikan sebahagian  killer chapter  sebagai sinopsis pada belakang kulit buku. Ada yang dijadikan sebahagian daripada pengenalan buku. Killer chapter  digunakan sebagai skrip oleh penulis bagi menyampaikan ceramah di program promosi buku dan rakaman televisyen. Ketika peringkat menulis proposal buku,  killer chapter  penting bagi mencetuskan rasa teruja di peringkat editorial, pemasaran dan jualan serta kedai buku. Mereka adalah kumpulan yang menilai dan meluluskan proposal bagi tujuan penerbitan. Ia seperti lagu yang dipilih untuk diulang-ulang di radio agar pendengar membeli CD yang mengandungi 12 buah lagu lain. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya?  Klik di sini  

Seni memperkenalkan diri dalam buku

Kaedah memperkenalkan diri dalam biodata penulis pada kulit belakang buku,  flap  atau lipatan pada kulit buku serta halaman belakang selepas akhir bab memberi kesan kepada persepsi pembaca. Biodata diri dalam karya berfungsi sebagai alat pemasaran ke atas pembaca. Biodata yang padat, mempunyai maklumat yang relevan dan mudah dihadam oleh pembaca dalam masa yang singkat. Biodata penulis menunjukkan kematangan penulis. Semakin lama terlibat dalam menghasilkan karya, semakin pendek biodatanya. Ada sesetengah penulis, biodatanya hanya melibatkan tiga baris ayat sahaja. Biodata pada kulit belakang buku Biodata pada flap buku. Kredit foto  Your Fitness Book  dan  Chieuvan Ciri-ciri penulis baru atau tidak dilatih dapat dilihat daripada cara penulis memperkenalkan dirinya. Halaman pengenalan dirinya panjang sehingga ada menjangkau dua halaman.  Menyenaraikan semua penglibatan dari zaman sekolah sehinggalah aktiviti di tempat kerja...

Adakah hanya novel sahaja layak difilemkan?

Situasi mengadaptasi buku ke bentuk harta intelek lain adalah satu cara merangkaikan pendapatan penulisnya. Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan adalah dua buah novel yang dijadikan filem. Adakah penulis buku non fiksyen berkongsi keuntungan yang sama? Ya, apabila mendapat sentuhan produksi yang menukarkan perkataan menjadi visual. Buku Expect When You're Expecting adalah buku panduan ibu mengandung terlaris di bawah carta New York Times dan merupakan salah satu daripada 25 buah buku yang berpengaruh di Amerika selama 25 tahun. Lebih menarik lagi, 90 peratus ibu mengandung yang membaca buku ini. Ia telah dijual 14.5 juta naskah. Buku ini diangkat sebagai filem pada tahun ini. Buku Act Like a Lady, Think Like a Man tulisan Steve Harvey juga diangkat menjadi filem oleh Sony Pictures dengan judul Think Like a Man pada tahun 2012. Buku non fiksyen ini merupakan buku yang menceritakan tentang perhubungan, cinta dan komitmen. Bagaimana meminimakan risiko penolakan...

Bayar mahal demi kulit buku?

Mengapa awak membeli buku saya? Pembaca sanggup mengeluarkan wang dan membeli buku kerana pakejnya. "Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya" Pakej pada karya dapat diukur berdasarkan bagaimana kulit buku dihasilkan, apakah jenis kertas yang digunakan, bagaimana susunan dalam buku diatur oleh penerbit dan penulis. Semua ini digabungkan menjadi satu sebagai  nilai desain . Nilai desain memberi kesan ekonomi berdasarkan pengalaman Ada pelanggan sanggup membayar ratus ringgit bagi membeli buku berkulit tebal berbanding berkulit nipis. Meskipun kedua-duanya judul yang sama. Pernahkah kita mendengar, "Cantiknya kulit buku ini," kemudian dia menyentuh permukaan kulit buku yang timbul. Tidak lama kemudian dia beratur di kaunter mahu membayar harga buku itu. Hal yang sama berlaku apabila pelanggan membeli buku di kedai buku bagi tujuan dihadiahkan kepada orang lain. Kerana itu nilai desain menjadi kriteria utama mereka selepas mendapati...

Merancang kejayaan penulisan

Semalam saya belajar sesuatu mengenai merancang kejayaan dan kewangan sebagai pengkarya. Ketika berbual dengan pelukis tersohor dalam dan luar negara, Tuan Yusof Gajah. Beliau memberi beberapa petua yang sesuai bagi seorang penulis buku. (1) Sasarkan karya murah dan karya mahal "Ada pelukis berkata, kita pengkarya yang paling miskin. Saya katakan begini,  selagi ada dinding di rumah, setiap dinding itu adalah kewangan kita. Berapa banyak lukisan dapat kita jual. Usahlah fikirkan mahu menjual  karya yang mahal sahaja. Karya yang murah tetapi dapat memenuhi setiap dinding jauh lebih mudah dijual." (2) Mudahkan tugas dengan bekerja bersama Literary Agent "Jangan mahu melakukan seorang diri. Sebagus mana saudara sekali pun, berikan orang lain yang saudara percaya mengurus dan memasarkan saudara. Jauh perjalanan saudara. Isteri saya adalah pengurus saya." Nota : kursuspenulisan.com menyediakan perkhidmatan literary agent (3) Hidupkan peluang wang besar ...

Tidak, tetapi saya mahu tahu

Tahukah saudara sejauh mana halalnya makanan di bazar Ramadan? Tahukah saudara Nestle pun sanggup turun ke bendang bertemu petani? Tahukah saudara petua cantik itu dengan sabar? Tahukah saudara kita boleh mengajar membaca tanpa perkataan? Tahukah saudara apakah kalimah yang membahagiakan kita? Jika ayat " Tidak, tetapi saya mahu tahu "  berulang-ulang dalam hati kita, ia menunjukkan para peserta  coaching  dengan idea-idea di atas telah mengeluarkan wang dari poket kita agar membeli majalah dan membaca rencana mereka. Mereka menyebabkan saya berdiam lama tidak berkongsi tip penulisan Ramadan. Kenapa lama berdiam diri tanpa tip penulisan? Tiga hari kebelakangan ini saya tidak berkesempatan mengemaskini tip-tip penulisan Ramadan. Sebabnya adalah mempersiapkan rakan-rakan kita yang menyertai coaching penulisan rencana akhbar dan majalah. Sambil membaca catatan di bawah, lihat foto para peserta yang gila-gila menulis. Apakah perkara menarik mengena...

Penulisan datang secara diam-diam

Tahukah saudara sejauh mana halalnya makanan di bazar Ramadan? Tahukah saudara Nestle pun sanggup turun ke bendang bertemu petani? Tahukah saudara petua cantik itu dengan sabar? Tahukah saudara kita boleh mengajar membaca tanpa perkataan? Tahukah saudara apakah kalimah yang membahagiakan kita? Jika ayat " Tidak, tetapi saya mahu tahu "  berulang-ulang dalam hati kita, ia menunjukkan para peserta coaching dengan idea-idea di atas telah mengeluarkan wang dari poket kita agar membeli majalah dan membaca rencana mereka. Mereka menyebabkan saya berdiam lama tidak berkongsi tip penulisan Ramadan. Kenapa lama berdiam diri tanpa tip penulisan? Tiga hari kebelakangan ini saya tidak berkesempatan mengemaskini tip-tip penulisan Ramadan. Sebabnya adalah mempersiapkan rakan-rakan kita yang menyertai coaching penulisan rencana akhbar dan majalah. Sambil membaca catatan di bawah, lihat foto para peserta yang gila-gila menulis. Apakah perkara menarik mengenai mere...

Benarkah buku murah dibeli oleh pembaca?

Apakah nilai kedua yang mahu dimiliki pembaca ke atas karya? "Karya saudara murah untuk saya miliki." Faktor harga juga memainkan peranan kepada karya yang diterbitkan. Peranan harga penting dalam situasi jualan buku yang berbeza. Buku yang dijual ketika program bersama penulis sebaik-baiknya digenapkan sahaja jualan agar mempercepatkan jualan buku. Dalam situasi ini, penjual akan menolak harga buku daripada diskaun pengedar yang diterimanya daripada penerbit. Faktor harga buku yang murah dan topik yang relevan menjadi gandingan bagi menjual buku-buku kepada khalayak. Ini berlaku kepada buku-buku Siri Buat Duit terbitan PTS Media Group. Buku-buku ini terjual dengan baik ketika situasi kegawatan tahun 2008. Buku-buku ini memperkenalkan topik-topik survival dalam kegawatan ekonomi melalui penyelesaian bisnes kecil. Apabila keadaan ekonomi pulih, buku-buku ini berhadapan situasi jualan yang perlahan. Faktor harga murah semata-mata tidak memberi jaminan buku aka...

Penulis pendapat dan penulis maklumat

Di dalam Facebook dan blog seorang penulis, fokuskan bagi membesarkan kemahiran menulis mengenai subjek kita berbanding menulis pelbagai perkara kerana mahu memberi pendapat. Lebih banyak pendapat ditulis, lebih banyak tenaga digunakan untuk menulis, lebih cepat kita kehilangan tenaga berkarya. Akhirnya, pendapat lebih banyak berbanding maklumat. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini      

Adakah karya saudara memudahkan pembaca?

Pernahkah kita melihat pembaca wanita membawa buku kecil di dalam beg tangan mereka? Mengapa buku kecil menjadi pilihan mereka, sedangkan mereka boleh mendapatkan buku yang sama, jauh lebih tebal dan lebih lengkap? Komen pembaca sambil membelek buku, "Buku ini mudah dihadam, kita mahukan maklumat, terus penulis berikan maklumatnya tanpa penerangan berjela-jela. Ikut sahaja panduan segera itu." Lalu dia berdiri di kaunter pembayaran dan membayar harga buku itu. Nilai yang diberikan oleh penulis buku kecil adalah menjimatkan masa dan memberikan maklumat yang penting sahaja kepada pembaca. Buku 48 Laws of Power adalah edisi yang padat dengan maklumat, bersaiz besar dan tebal. Buku yang ditulis oleh Robert Greene terbitan tahun 1998 memberi lebih daripada satu contoh daripada rekod sejarah bagi setiap satu law yang diberikan. Bagi memenuhi kumpulan pembaca santai yang mahu menjimatkan masa dan terus kepada maklumat utama, edisi lebih ringkas diterbitkan dan dike...

Must Read, Peta Minda dan Penulisan

Alumni bengkel penulisan Must Read Sdn Bhd menggunakan bulan Ramadan bagi menyiapkan manuskripnya dan mengaplikasi kaedah peta minda bagi mengurus kerja-kerja penulisan. Ini adalah contoh kerja Tuan Syihabudin Ahmad bagi buku praktikal solat. Klik bagi paparan lebih jelas. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini      

Nilai yang jelas menjadi pilihan pembaca

Mengapa pembaca membaca karya saudara? Soalan ini dijawab dengan mengenalpasti apakah nilai yang diberikan oleh penulis kepada pembaca. (1) Karya saudara memudahkan saya. (2) Karya saudara murah untuk saya miliki (3) Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya (4) Karya saudara membezakan dan mengangkat saya apabila memilikinya (5) Karya saudara mengurangkan kos yang perlu saya tanggung (6) Karya saudara mengurangkan risiko yang saya hadapi Karya kita membawa satu atau lebih sebab mengapa mereka membacanya. Kita akan perhalusi satu persatu agar kita jelas bagaimana karya kita dibangunkan secara keseluruhan. Dari segi penulis, memilih nilai yang jelas untuk pembaca membantu kita menulis dalam keadaan lebih terarah dan menepati subjek. Pembaca dapat mengenalpasti dengan jelas nilai karya kita berbanding karya lain. Nota : Kami mengolah semula dan mengadaptasi elemen di dalam Model You Business. Maka kami akan mengubah berdasarkan kesesuaian. Bagaimana...

Kenal penulis, mudahlah penulis berkarya

Siapakah penulis? Penulis memberi khidmat kepada pembaca. Perkhidmatan diberikan melalui subjek yang ditulisnya dalam buku. Penulis wujud selagi mana pembaca membaca buku yang ditulis. Penulis adalah satu komponen yang penting dan terus memainkan peranan menarik perhatian pembaca melalui penulisan. Mengapa penulis masih relevan? (1) Adakah kita menulis pada status Facebook? (2) Adakah kita membaca pada status Facebook. (3) Adakah kita mengklik butang share selepas membaca apa yang ditulis oleh seseorang? (4) Adakah kita mengklik butang like pada Facebook? (5) Adakah kita sama-sama menulis dengan meninggalkan komen pada hasil status orang lain? Bukankah semua ini berpunca daripada kerja seorang penulis? Memetik kata-kata mentor bisnes penerbitan saya, "Beza aktiviti sesama penulis adalah, berapakah duit yang terhasil daripada penulisan itu?" Siapakah pembaca? (1) Pembaca adalah individu yang membaca karya penulis sama ada secara berbayar atau pun percu...

Siapakah pembaca menentukan gaya penulisan

Mereka yang mahu menjadi penulis perlu menjawab soalan ini (1) Siapakah pembaca? (2) Apakah perkara dalam buku kita yang dapat memudahkan tindakan pembaca? Orang membaca novel bagi memenuhi cawan emosi dan imaginasinya. Orang membaca buku tip kewangan bagi mencari cara menambah wang dan mengurangkan hutang. Siapakah pembaca bagi kedua-dua kategori ini adalah berbeza. Isi kandungan dalam dalam kedua-dua buku yang dapat memenuhi tindakan pembaca juga berbeza. Karya mesti mempunyai model yang jelas bagi memenuhi kehendak pembaca. Peraturan yang sama tertakluk dalam teknik penulisan rencana. Pelanggan kita berbeza mengikut ruangan dan jenis majalah. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini      

Semakin ditulis, semakin hilang pembaca

Saya menerima emel mengandungi satu artikel pendek untuk dinilai. Apa yang saya lakukan, saya letakkan ia di tempat terbuka biar pembaca menilai. Ini adalah tajuk dan perenggan pertama artikel pengirim tersebut. Bayangkan orang sedang membelek artikelnya dalam majalah atau ia merupakan bab sebuah buku. Saya bertanya kepada para pembaca yang sanggup mengeluarkan duit bagi membeli. Apakah perasaan pembaca lelaki dan wanita apabila membaca sebuah buku dengan ayat, "Makanan nafsu bagi lelaki adalah wanita." Saya hanya memetik sebahagian ayat dalam satu perenggan sahaja Ini sebahagian jawapan mereka. Agak kasar dan sepertinya tiada etika dalam berbahasa. Saya boleh terima faktanya tapi ayat itu boleh dimurnikan supaya sesiapa yang membaca 'tidak terasa hati'. Kalau ayat lebih sopan maksudnya akan mudah diterima. Ini ayat pendapat. Tidak persuasif. Perasaan membaca: Penulisnya kurang pendidikan. Perkara realiti, tapi ditulis tanpa menggunakan ayat berlap...