Langkau ke kandungan utama

Seni memperkenalkan diri dalam buku



Kaedah memperkenalkan diri dalam biodata penulis pada kulit belakang buku, flap atau lipatan pada kulit buku serta halaman belakang selepas akhir bab memberi kesan kepada persepsi pembaca.


Biodata diri dalam karya berfungsi sebagai alat pemasaran ke atas pembaca.

Biodata yang padat, mempunyai maklumat yang relevan dan mudah dihadam oleh pembaca dalam masa yang singkat.

Biodata penulis menunjukkan kematangan penulis. Semakin lama terlibat dalam menghasilkan karya, semakin pendek biodatanya.

Ada sesetengah penulis, biodatanya hanya melibatkan tiga baris ayat sahaja.


Biodata pada kulit belakang buku


Biodata pada flap buku. Kredit foto Your Fitness Book dan Chieuvan



Ciri-ciri penulis baru atau tidak dilatih dapat dilihat daripada cara penulis memperkenalkan dirinya.
  • Halaman pengenalan dirinya panjang sehingga ada menjangkau dua halaman. 
  • Menyenaraikan semua penglibatan dari zaman sekolah sehinggalah aktiviti di tempat kerja.
  • Menyatakan semua jawatan tertinggi dan semua penglibatan tertinggi dalam laman pengenalan diri.

Biodata penulis berubah mengikut judul buku yang diterbitkan.

Katakan saya menulis buku mengenai perniagaan internet dan buku teknik penulisan. Dua buah biodata mengenai seorang penulis disediakan.

  • Biodata pertama bagi buku pemasaran di internet

Ali bin Abu merupakan pengamalan pemasaran internet teknik Gorila Marketing. Beliau telah mengaplikasi pemasaran konten melalui emel sebagai teknik mendorong pembaca emelnya. Mereka mendapat tip berkualiti selain daripada bimbingan lanjutan melalui coaching.

  • Biodata kedua bagi buku teknik penulisan


Ali bin Abu merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian selama dua tahun berturut-turut. Beliau menulis 23 buah buku dan menulis secara bebas di akhbar dan majalah sejak awal tahun 2000.

Nampak perbezaan antara kedua-kedua biodata ini? Pendek, padat dan relevan. Ia menjawab persoalan pembaca, "Apa melayakkan kamu menulis buku ini?"

Bagaimana pula dengan biodata penulis amatur?

Dia akan menceritakan semua mengenai dirinya seperti berikut:

Ali bin Abu merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian selama dua tahun berturut-turut. Beliau menulis 23 buah buku dan menulis secara bebas di akhbar dan majalah sejak awal tahun 2000.

Merupakan pengamal pemasaran Gorila Marketing melalui media sosial untuk pasaran tempatan. Beliau telah mengaplikasi pemasaran konten melalui emel sebagai teknik mendorong pembaca emelnya. Mereka mendapat tip berkualiti selain daripada bimbingan lanjutan melalui coaching.

Petuanya, biodata yang ditulis padat dan ringkas serta berkaitan dengan subjek buku.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...