Langkau ke kandungan utama

Bisnes Puasa bisnes berpengaruh

Peniaga berpengaruh kepada masyarakat dengan memberikan yang terbaik kepada orang ramai. Ia menjadi salah cabang kebaikan agar pelanggan mengguna pakai apa yang diaturkan dalam agama. Quran menyebut, "

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

Mencipta matlamat dan tujuan berniaga.

Tujuan berniaga sangat dipengaruhi dengan alasan peribadi. Alasan ini menjadi pendorong kepada diri bertindak. Niatkan perniagaan bagi mencari redha Allah dan memperolehi rezeki yang halal. Niat yang baik menjadikan aktiviti perniagaan sebagai pelaburan sebagai bekal di akhirat. Niat yang baik juga menjadikan aktiviti perniagaan sebagai ibadah.

Mendoakan kesejahteraan pelanggan

Hubungan peribadi dengan peniaga juga boleh terbentuk dengan mendoakan kesejahteraan mereka. Hubungan hati adalah hubungan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi dekat dengan diri apabila menyentuh hati.

Sikap mendoakan kebaikan kepada pelanggan mempamerkan sikap peniaga yang positif terhadap orang lain.

Berdoa memberi impak kepada diri dan orang lain. Direkodkan oleh Muslim, nabi Muhammad berkata, "Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya ketika saudaranya itu tidak mengetahuinya, maka malaikat akan berkata: "Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu."

Bisnes sebagai dakwah lisan dan perbuatan

Hubungan manusia adalah isi dalam dunia perniagaan. Tanggungjawab peniaga menyampaikan mesej Islam dalam aktivitinya tetap berterusan. Tambahan lagi, amalan perniagaan tempatan melibatkan masyarakat majmuk pelbagai agama dan kaum menjadikan dakwah sebagai tugas utama.

Bermanis wajah, memberikan produk yang berkualiti, memberi mesej-mesej positif dan layanan baik peniaga Muslim menjadikan perniagaanya tumpuan pada masa akan datang. Ia juga membantu membina imej Islam yang baik di mata orang ramai dan menafikan cakap-cakap yang mengatakan Islam sebagai agama tidak mesra masyarakat.

Saling sepakat sesama peniaga.

Formula menang-menang dan menang dalam amalan perniagaan memberi keuntungan kepada semua pihak. Kemenangan yang pertama ialah kepada peniaga itu sendiri yang memberi produk dan khidmat yang baik kepada masyarakat.

Kemenangan kedua ia melibatkan peniaga lain yang bebas daripada ancaman sifat dengki dan budaya bersaing yang negatif oleh peniaga lain.

Kemenangan ketiga ialah pelanggan sendiri yang berpuas hati dengan pilihan produk yang halal, pelbagai dan berkualiti.

Sikap saling sepakat ditekankan oleh nabi Muhammad dalam hadisnya, "Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan, saling mengukuhkan satu dengan yang lain (Kemudian Rasulullah merapatkan jari-jari tanganya)."Menggalakkan budaya bersedekah.

Agih keuntungan kepada yang memerlukan.

Amalan bersedekah memberi keberkatan dalam perniagaan. Ia juga boleh menjadi amalan rutin kepada peniaga. Bagi sesetengah keluarga Muslim, sikap bersedekah dalam perniagaan menjadi kemestian kepada mereka.

Anjuran membelanjakan sebahagian daripada harta benda disebut dalam al Quran, dalam surah al Baqarah ayat 261, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuanya.

Sebagai contoh, amalan bersedekah dijadikan modul pendidikan keluarga India Muslim. Ia dijadikan sebagai amanah dan warisan yang perlu dipegang oleh anak-anak. Sebagaimana pengalaman Syed Abu Tahir, pemilik restoran Shareezma di Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur dalam majalah Usahawan Sukses pada tahun 2000 beliau mendedahkan, "Ibu mengingatkan saya jangan lupa bersedekah paling kurang RM300 setiap bulan. Wang itu bukan milik kita. Itulah kata-kata yang saya pegang sehingga akhir hayat."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .