Langkau ke kandungan utama

Rahsia Bisnes Mamak: Mendalami Semangat Bisnes India Muslim.



Mamak menjadi jenama dalam dunia perniagaan. Jenama semangat berkumpulan, daya usaha bermatlamatkan ibadah dan menjadi pemain tradisional dalam dunia bisnes tempatan.

Alhamdulillah.

Apa lagi yang perlu saya sebut melainkan ucapan ini. Saya kira ini adalah manuskrip yang paling mencabar. Bercerita mengenai budaya dan bisnes kaum lain. Mujur ada saudara Faisal El Maaniq membantu memberi perspektif beliau mengenai kehidupan keluarga bisnes India Muslim. Saya diberitahu, beliau sedang menghasilkan novel kisah anak seorang peniaga India Muslim. Beberapa petikan daripada novel beliau turut diselitkan dalam manuskrip Rahsia Bisnes Mamak: Mendalami Semangat Bisnes India Muslim.

Di sini saya kongsikan sedikit isi kandungan manuskrip Rahsia Bisnes Mamak. Pengunjung memerlukan perisian Acrobat Reader untuk membacanya.

Mamak, satu perkataan pelbagai makna.

Perkataan Mamak mempunyai pelbagai maksud berdasarkan budaya, amalan, lokasi geografi dan bangsa. Pelbagai maksud Mamak dalam konteks dalam dan luar negara menjadikan ia menjadi perkataan yang universal yang difahami melalui kaca mata masyarakat setempat. Klik di sini

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hai
Tanpa Nama berkata…
hai

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...