Langkau ke kandungan utama

Rekod Jualan Buku Thriller Hantu Tamar Jalis Mengalahkan DaVinci Code


Komen balas dalam isu Rekod Jualan Buku Thriller Hantu Tamar Jalis Mengalahkan DaVinci Code

Saudara MKA

Minggu lalu saya berkesempatan berbual dengan seorang bekas pensyarah (kini bekerja dengan konsultan perunding) mengenai fanomena hantu. Beliau menulis dan mengkaji secara ilmiah mengenai vampire (sedang mencari penerbit) dan juga mengkaji hikayat raja bersiong.

Dari mana datangnya hantu dalam masyarakat Melayu?

Menurut beliau, "Hantu adalah mekanisme yang mengawal sosial masyarakat Melayu terdahulu. Dahulu, jarak kawasan dari satu rumah ke satu rumah lain sangat jauh. Sehinggakan melalui kawasan hutan jika hendak ke rumah jiran terdekat. Menggunakan cerita hantu bertujuan menjaga masyarakat dari sudut cara hidup."

"Selepas kebanyakan hutan diterokai, masyarakat mula duduk dalam kelompok dan cerita hantu tidak menjadi begitu relevan dan tidak menjadi dalam konteks mengawal amalan sosial masyarakat," katanya lagi.

Lebih menarik lagi, bagi sesetengah kaum, hantu tidak dilihat sebagai sesuatu yang menakutkan. Sebaliknya hantu dilihat sebagai penjaga manusia. Kerana itu kelompok yang duduk di dalam hutan tidak gusar atau gerun. Mereka melihat hantu sebagai sahabat.

Seperti vampire, dalam dunia Melayu, ia dilihat sebagai pontianak. Kajian rakan saya mendapati vampire dan pontianak adalah dua benda berbeza.

Vampire dalam masyarakat asalnya adalah konsep. Iaitu manusia mencipta vampire sebagai menterjemah sikap-sikap buruk dalam diri manusia. Mereka menjadikan konsep kepada benda bagi menggambarkan satu sisi lagi dalam diri manusia, iaitu kejahatan.

Kejahatan digambarkan dengan wajah yang hodoh dan buruk.

Malah cerita yang disampaikan konsisten, membunuh vampire dengan mencucuk hatinya dengan kayu runcing. Bukankah setiap perbuatan digerakkan melalui hati?

Mesejnya, bunuh keburukan dalam hati kamu.

Jika hantu dalam konteks Melayu, kita boleh andaikan perkara yang sama. Hantu adalah sikap buruk yang ada dalam diri dan dijelmakan sebagai sesuatu yang mengganggu kawasan putih (sisi baik) dalam manusia.

Pakar psikologi seperti Carl Jung menggunakan subjek hantu sebagai bahan kajian mengkaji personaliti dan pemikiran manusia. Apa yang disebutkan sebelum ini merupakan sebahagian daripada teori beliau mengenai dunia hantu dan kepercayaan manusia.

Bagaimana cerita hantu memandaikan bangsa?

Fokus penulisan cerita hantu perlu jelas dari segi mesej. Pengulangan mesej dalam cerita hantu perlu ada bagi memastikan cerita hantu dapat menjadi elemen pendidikan. Hantu dalam sebuah cerita adalah kepercayaan yang kini menjadi hiburan.

Jika cerita hantu semata-mata dengan pengakhiran yang baik mati dan yang jahat terseksa atau terus mengganggu, di mana solusi mengatasi kejahatan?

Maka jalan penceritaan mestilah konsisten. Jahat akan tewas kepada kebaikan. Dari satu siri ke satu siri inilah mesej yang cuba disampaikan.

Hantu boleh menjadi alat menyesatkan dan hantu juga boleh dimanipulasi bagi menunjukkan ia sebenarnya tidak apa-apa kesan kepada manusia.

Kita menggunakan apa yang sudah sedia ada dipercayai oleh masyarakat sebagai tool bagi mengaplikasi reverse psychology.

Orang sanggup membayar bagi mendapatkan sesuatu yang dapat menakutkan dirinya dan pada masa sama menyeronokkan. Kerana itu cerita hantu mempunyai kepentingan dari segi perniagaan.

Bentuk perniagaan yang baik atau buruk menentukan hasil produk hantunya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .