Langkau ke kandungan utama

Tonton berita TV di internet


Semalam saya perlu menunggu pengumuman tarikh bermulanya bulan puasa di pejabat. Mengikut arkib akhbar Utusan, pengumuman akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada jam 8.45. Tetapi ia diumumkan pada jam 8.15 malam.

Saya perlu menunggu pengumuman tersebut di pejabat, ini satu-satunya akses internet yang ada. Saya perlu menghantar berita ke Islam Online, akhbar online yang berpusat di Dubai berkenaan tarikh permulaan Ramadan.

Bos saya, Tuan Abdul Halim akan menelefon menghubungi saya memaklumkan tarikh tersebut. Dalam pejabat tiada televisyen dan radio.

Saya terlupa, internet juga menyediakan saluran televisyen dan radio.

Saya menemui satu laman web http://www.um.com.my/ yang menyediakan siaran RTM 1, RTM 2 dan TV3 serta TV9.

Terdapat juga satu laman web yang menyediakan rancangan tertunda. Bayangkan saya menonton Malaysia Hari Ini yang disiarkan awal pagi pada jam 9.30 malam,

Pengunjung boleh menonton siaran tertunda baik di pejabat atau di rumah melalui laman web ini http://www.worldip.tv/

Gambar di atas adalah paparan worldip ketika saya menonton Malaysia Hari Ini di pejabat jam 5.40 petang, 12 September 2007.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .