Langkau ke kandungan utama

Terjemah makna, terjemah maklumat

Kursus terjemahan tim projek Jules Verne, bengkel akan diadakan pada jam 2.00 petang Ahad 02.09.07 di Sekolah al-Ikhlas memberi input baru bagaimana terjemahan dilakukan.

Terdapat dua kategori teori terjemahan.

Pertama, teori makna.
Kedua, teori informasi.

Dalam sesi yang dikendalikan oleh mentor dan pengarah PTS, Puan Ainon Mohd, terjemahan makna tidak dapat mempengaruhi tindakan dan emosi seseorang. Ia sekadar menterjemah satu perkataan kepada satu perkataan lain. Akibatnya, pembaca hanya tahu makna perkataan tetapi gagal mendapat mesej keseluruhan.

Terjemahan maklumat ialah melihat teks secara keseluruhan dan mengangkat mesej yang cuba disampaikan penulis asal dalam konteks pembaca tempatan.

Setiap negara mempunyai ideologi tersendiri dan penterjemah mesti tahu tanggungjawabnya menterjemah karya asing tanpa menjejaskan ideologi negara.

Sebagai contoh, kegemaran Sherlock Holmes ialah menghisap kokain. Dalam konteks negara, kokain adalah sesuatu yang haram dari sudut undang-undang jika diambil. Penterjemah yang mengikut teori makna akan mengekalkan perkataan kokain dalam teks terjemahan, tetapi penterjemah yang mengikut teori maklumat akan menukarkan kepada sesuatu yang selari dengan pembaca tempatan.

Penterjemahan mesti memberi dua kesan.

Dalam teori informasi, pembaca mesti mendapat dua kesan daripada pembacaan teks terjemahan.

Pertama, kesan dinamik (mempengaruhi tingkah-laku pembaca)
Kedua, kesan emotif (mempengaruhi emosi pembaca)

Di Malaysia, terjemahan berdasarkan teori makna masih diamalkan oleh penterjemah dan ia gagal mencapai kesan dinamik dan emotif. Sebaliknya, semakin dibaca, semakin keliru dan semakin kurang daya persuasifnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .