Langkau ke kandungan utama

Niat baik, tetapi ayatnya sakitkan hati

Adakalanya ada individu menggunakan perkataan dan teknik yang salah dalam menyampaikan niat yang betul.

Sebagai contoh, saudara dalam perjalanan pulang dan rakan saudara menumpang kenderaan saudara. Kerana keletihan, saudara ingin memberitahunya bahawa saudara akan menurunkan beliau di stesyen LRT terdekat.

Bagaimana saudara beritahu rakan itu,

Saya beri dua pilihan.

Pertama.

"Nanti saya berhentikan kamu di stesyen LRT. Jauhlah ke tempat kamu. Kena pusing satu bulatan, jalan sehala melecehkan. Lagi satu minyak kereta saya sudah tinggal separuh tangki."

Kedua

"Bolehkah jika saya turunkan kamu di stesyen LRT. Bolehkan?"


Adakalanya kerana terdapat alasan-alasan tambahan bagi mengukuhkan satu tujuan menjadi satu kenyataan yang menyakitkan hati penerimanya.

Seorang ibu menceritakan betapa kecil hatinya beliau dengan sikap anaknya. Anaknya ingin mencadangkan ibunya agar berjimat cermat dengan perbelanjaan kerana bagi tempoh terdekat anaknya hanya boleh memberi bantuan kewangan yang terhad.

Bagaimana caranya anaknya berkata?

"Ibu kena kurangkan perbelanjaan. Pencen ibu sudah dipotong separuh. Nanti tidak cukup belanja. Along pula banyak tanggungan anak dan isteri. Ibu gunakan telefon tinggi," itu dan ini.

Si ibu kecil hati.

Kata ibu, "Tidak cukupkah jika dia berkata dengan ayat yang lebih lembut dan baik?"

Seolah-olah ibunya menyusahkan beliau dalam banyak perkara.

Si anak mengambil kembali telefon yang diberikan kepada ibunya kerana bil yang meningkat sedikit. Itu pun si ibu menghubungi anak-anak yang lain.

Saya terfikir, daripada bercakap panjang jela begini, bukankah si anak boleh bertindak dengan bijak sama ada membelikan kad tambah nilai atau gunakan sahaja nilai terhad panggilan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.

Mengapa perlu menggunakan perkataan yang menyakitkan hati?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...