Langkau ke kandungan utama

Idea gila, nilai ekonomi

Baru sahaja selesai pelancaran Kad Ramadan yang dikeluarkan oleh IIUM Endowment Fund (IEF). Kad Ramadan ini disebarkan sebagai usaha menambah tabung peruntukan membantu pelajar-pelajar miskin dari dalam dan luar negara yang belajar di UIAM.

Beberapa perkara menarik dikongsikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid ketika program itu tadi.

Hari ini orang memberi derma dalam tiga keadaan.

Pertama: Kerana niat hendak membantu
Kedua : Kerana takut atau malu jika tidak menderma
Ketiga : Kerana Allah

Kata beliau lagi, ada empat sektor yang dilihat sebagai pencetus kewangan yang besar bagi mana-mana peniaga menceburkan diri.

Pertama : Pendidikan
Kedua : Kesihatan
Ketiga : Pelancongan
Keempat : Jual Beli

Pemasaran Ilmu

Dalam ucapan, beliau menyeru IEF mencipta perubahan dalam mencipta dana yang banyak bagi pelajar-pelajar miskin. Saranan beliau, IEF mesti menceburi bisnes pendidikan.

Beliau memberi pandangan sudah masa dunia akademik dipermudahkan disebarkan kepada masyarakat awam. Sanusi berkongsi pengalaman beliau di Jerman. Tidak ada orang awam yang mahu membaca teks akademik bagi mempelajari sesuatu. Ia menjadi beban bagi mereka yang tidak biasa dengan gaya penulisan akademik. Permudahkan dan sebarkan!

Apabila komik mengajar bahasa ibunda

Sebagai contoh apabila mempelajari bahasa asing. Dalam pengalaman beliau di Jerman, bagi memastikan rakyat dan orang asing dapat mempelajari bahasa Jerman mereka telah mencipta komik yang menggunakan watak Donald Duck sebagai ikon utama. Membawa komik ke sana-sini tidak menjadi beban.

Bagi memastikan komik itu mencapai objektif, kerajaan mengambil inisiatif memastikan komik Donald Duck menggunakan bahasa Jerman standard.

Satu ayat menarik yang disampaikan oleh Sanusi, "Jangan menyusahkan pemikiran orang lain bagi menjadikan orang lain menghargai kita."

Kata-kata ditujukan kepada ahli akademik.

Besarkan rangkaian dalaman

IEF diseru mengukuhkan hubungan dengan bekas-bekas pelajar UIAM di seluruh dunia melalui alumni. Katanya, kita sering terlepas pandang bekas-bekas pelajar yang mempunyai ahli keluarga terdiri daripada ahli perniagaan utama peringkat antarabangsa.

Sudah masa alumni mencipta direktori bagi mempastikan hubungan sesama pelajar dan universiti terus berjalan. Ini adalah salah satu cara bagaimana kelebihan mereka boleh membantu pelajar-pelajar di universiti ini.

Gunakan sayap perniagaan bagi mengukuhkan institusi ini. IEF digalakan bekerjasama dengan penerbitan UIAM bagi menghasilkan buku-buku yang hendak dibaca oleh orang awam. Pasaran yang besar mesti diisi dengan bahan bacaan yang baik dan mudah difahami. Label UIAM sendiri sudah diyakini ramai dan peluang ini perlu diambil sesegera mungkin.

Surat daripada Al Hasyi

Tujuh tahun dahulu Tan Sri Sanusi Junid pernah bertanya berapakah peruntukan yang tinggal bagi membiayai pelajar-pelajar antarabangsa yang miskin di sini. Maklum balas cukup mengejutkan. Peruntukan yang ada hanya cukup bagi tiga bulan sahaja.

Terkejut dengan situasi, Sanusi mengarahkan satu surat dalam bahasa Arab disediakan bagi dihantar ke pemimpin-pemimpin negara Islam bagi memohon bantuan.

Pada hujung surat diakhiri dengan nama beliau Sanusi Junid Al Hasyi.

Bagi pemimpin-pemimpin negara Arab, mereka mengenali Al Hasyi. Petama Jamil Al Hasyi dan kedua Wahab Al Hasyi. Kedua-duanya mempunyai pertalian keluarga dengan Sanusi.

Jamil Al Hasyi adalah guru agama yang mengajar al Quran kepada putera-putera raja Arab di Mekah. Melihat kepada surat itu, barulah bantuan diberikan.

Tetapi, menggunakan taktik yang sama berulang kali mungkin tidak berhasil.
Menderma menjadi satu alternatif yang ditakuti, IEF perlu kreatif dan berkembang bagi membantu pelajar-pelajar miskin di sini yang datang dari negara Islam dan minori dari negara bukan Islam.
Kata Sanusi sebelum melancarkan program itu, "Kita perlu fikirkan idea-idea gila yang mempunyai nilai ekonomi."

Ingin membantu pelajar-pelajar miskin? Hubungi ief@iiu.edu.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...