Langkau ke kandungan utama

Puasa ini untuk pemberi cinta.

Ketika zaman sekolah penulis, ayah akan melekatkan senarai doa dan niat berpuasa berdekatan dengan meja makan. Kami diajar membacanya dalam teks Arab dan kemudian membacanya dalam bahasa Melayu. Lama-kelamaan kami mula memahami apa itu puasa, kenapa perlu berpuasa dan menghafal bacaan niat puasa dalam dua bahasa. Ia menjadi pendidikan awal kepada kami yang masih bersekolah.

Sedikit demi sedikit tujuan berniat diterangkan oleh ibu bapa akan anak-anak tahu niat adalah asas kepada amal dalam hidup seorang Muslim.

Niat bagi menjadi Muslim yang baik dalam bulan Ramadan ini didukungi dengan doa. Allah memberi janji bagi memakbulkan kehendak hamba-hambanya yang mencari cahaya kebaikan sebagai panduan di dunia dan akhirat.

Ganjaran bermula daripada apa yang diniatkan dalam hati. Hadis dilaporkan oleh Umar Khattab dan direkodkan oleh Al Bukhari serta Muslim dalam bab Niat menyebut, "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan."

Niat adalah perbuatan secara sedar. Maka dari masa ke semasa memperbetulkan tujuan beribadah adalah proses bagi mendapat kasih sayang Allah. Ia dilakukan secara konsisten. dari masa ke semasa kita mengingatkan diri agar perjalanan puasa hari ini sentiasa lurus dan tidak ada yang lain selain daripada Allah tujuan ibadat dibuat.

Usaha konsisten adalah kerana fitrah manusia meletakkan perkara-perkara lain apabila adanya kepentingan diri timbul. Ia timbul apabila keperluan ini jelas dapat dilihat dan dirasa melalui deria. Manusia sudah terbiasa dengan ganjaran bersifat material dan ia boleh mensasarkan fokus ibadah kepada perkara lain. Kerana itu niat sentiasa diberi kesegaran dengan mengingat diri dan melakukan usaha-usaha lain sebagai daya sampingan.

Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menulis dalam Memahami Hadis Niat, "Niat bertujuan membezakan untuk siapa seseorang itu beramal"

Soalan ini kembali kepada diri untuk menjawabnya, kepada siapa kita berpuasa hari ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...