Langkau ke kandungan utama

Dua anak muda dan semangat berkarya

Saya mengikuti sebuah blog yang ghairah bercerita mengenai Law of Attraction. Secara umum, kita katakan begini, apa yang difikirkan akan mencipta magnet kepada diri. Apa yang difikirkan menjadi doa dan ia melintasi gelombang yang menarik gelombang-gelombang minda yang sama. Saya berfikir tentang penulis-penulis baru sepanjang hari. Ia benar-benar berlaku. Saya bertemu dengan realiti idea.

Ketika sedang menunggu waktu berbuka, saya didatangi oleh seorang pelajar, Sains Politik di UIAM.

Beliau datang dan sikap mesra beliau menjadikan kami cepat rasa selesa.

"Saya pernah nampak saudara," katanya.

"Di mana?" tanya saya kembali.

"Dalam akhbar beberapa bulan lalu, saya lihat saudara dengan berpakaian baju melayu dan songkok," jelas beliau.

Ya, sesi fotografi MPH. Sudah tiga bulan ia disiarkan dalam akhbar KOSMO.

Kata beliau, "Saya nampak saudara sebelum ini di sini. Kali ini saya rasa saya mesti jumpa saudara. Saya berminat hendak menulis buku."

Sahabat ini berminat hendak berkarya dan menulis buku. Buku mengenai gengsterisme, itu cadangnya. Saya belum boleh berkata ya atau tidak dengan ideanya selepas bertanya dengan orang yang arif mengenai hal ini terlebih dahulu. Menulis dan memasarkan hasil penulisan adalah dua benda berbeza.

Mungkinkah cerita dan tip-tip motivasi atau cerita sahaja dikaryakan dalam bentuk jibunsyi. Saya sedang memikirkan.

Itu cerita berbuka. Ini cerita pada waktu sahur pula.

Saya bersahur dengan sahabat saya dengan seorang yang tidak saya kenali. Baru pertama kali berjumpa. Sahabat baru ini adalah presiden persatuan pelajar yang mengendalikan program-program bina diri di sekolah. Khususnya pelajar-pelajar bermasalah.

Dalam diam mereka sedang mengumpulkan bahan-bahan cerita mengenai pelajar-pelajar ini dan kisah benar mereka sebagai fasilitator sebagai koleksi cerita. Lebih kurang dipanggil sebagai 101 kisah yang dikumpul.

"Hendak diterbitkankah?" tanya saya.

"Tidak, sekadar kumpulkan sahaja," jawab beliau.

Gerak hati saya berkata kisah dari sekolah ini adalah kisah-kisah menarik. Kisah yang ditulis sebagai bahan panduan untuk guru-guru, pelajar-pelajar baik dan ibu bapa memahami mengapa mereka terlibat dalam situasi ini. Ia mengingatkan saya kepada kisah hari Guru yang diterbitkan oleh PTS. Mungkinkah PTS berminat dengan cerita-cerita ini?

"Hari Isnin jam 1 tengah hari saya jemput tuan bagi penjelasan mengenai penulisan buku," jemputnya.

Insya Allah.

Kurang 12 jam saya bertemu dua orang anak muda yang beraspirasi mengubah dunia dengan mata pena.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .