Langkau ke kandungan utama

Sejam bersama Pak Samad di UIAM


Kedatangan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said atau lebih mesra dengan pangilan Pak Samad ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah bagi memenuhi jemputan Persatuan Pelajar Perpustakaan dan Sains Maklumat, UIAM yang meminta beliau menyampaikan ceramah bertajuk, The Writer is Also a Reader: Reflections on Reading and Writing.

Beberapa isi yang sempat saya ambil dari ceramah beliau.

Mengapa penulis dahulu banyak nama?

Pertama, fanomena seorang penulis dengan banyak nama pada tahun 1956 adalah bersebab. Situasi penerbit akhbar ketika itu kekurangan penulis mendesak para penulis sedia ada menggunakan nama yang pelbagai untuk dimuatkan dalam akhbar. Ini memberi persepsi bahawa adanya ramai penulis yang bekerja dan menulis dalam ruangan masing-masing.

Mereka perlu mencipta dari dalam penulis-penulis itu. Bahan yang diterima dari luar tidak sesuai, maka inilah alternatif yang digunakan mereka. Allahyarham Datuk Dr Usman Awang mempunyai 20 nama berbeza dalam dunia penulisan.

Koleksi buku peribadi di perpustakaan sekolah.

Pak Samad berkongsi cerita zaman sekolahnya. Ketika itu sekolah beliau memerlukan banyak bahan bacaan perpustakaan. Tetapi permintaan yang menunggu jawapan yang lama menjadikan Pak Samad membawa buku-buku milik beliau sebagai koleksi perpustakaan di kelas.

Sungai Road merupakan tempat beliau membeli buku-buku. Kebanyakan buku-buku yang dibelinya berkaitan dengan kesusasteraan Inggeris sekitar akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Dibeli dengan harga serendah 40 sen, Pak Samad membeli buku-buku dan menjual kembali ke sekolah.

Pengalaman di agensi penerbitan akhbar

Bermula sebagai penulis untuk akhbar sayap kiri Fikiran Rakyat, Pak Samad mempelajari tiga formula ahli politik yang digunakan sehingga kini, iaitu:

Ahli politik perlu perlu bertindak

Vigorously
Seriously
Emotionally

"Kami bukan orang parti atau politik, ada masanya saya pergi minum kopi dengan rakan wartawan yang ditugaskan menghentam akhbar tempat saya bekerja," katanya.

Pengalaman di kedai buku

Pustaka Antara di Kuala Lumpur antara kedai buku yang pernah dikunjungi beliau. Malah penjualnya memberi diskaun 40 peratus bagi buku-buku dari Indonesia yang dibeli Pak Samad.

Nasihat

"Tidak ada cara lain melainkan saudara melengkapkan diri saudara. Baca."
"Dunia bergerak terlalu laju, jika saudara tidak membaca, maka saudara akan membuat banyak accidental decision (keputusan secara kebetulan dan terburu-buru).
"Kita tidak boleh memilih menjadi semua. Pilih satu jalan dan ketahui jalan-jalan lain.
"Jika hendak jadi bodoh, tidak perlu baca buku. Terlalu berjimat juga boleh buat kita jadi bodoh"

Budaya buku Pak Samad

Beliau membaca buku-buku pemenang anugerah, sebagai sasterawan adakalanya respon hadirin yang datang meminta komen mengenai penulis-penulis pemenang anugerah tempatan dan antarabangsa. Katanya kepada hadirin, beliau pernah membelanjakan sebanyak RM2000 sehari bagi membeli buku. Ada waktunya beliau meminta petugas kedai buku menyimpan buku-buku pilihan untuk dibeli kemudian.

Kini beliau sedang membaca buku Ayat-Ayat Cinta dan buku-buku berkaitan seni. Ramadan ini beliau mengkhususkan dirinya bagi pembacaan buku-buku agama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .