Saya berkesempatan menghadiri konvokesyen khas penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentabdiran Perniagaan kepada Putera Al-Waleed Talal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tujuan ke sana bagi tujuan liputan berita ringkas bagi buletin universiti. Beliau merupakan orang ke lima terkaya di dunia. Apa kesimpulan dari peristiwa ini? Pertama. Kekayaan adalah medium untuk meningkatkan ekonomi orang Islam yang lain untuk sama-sama membangun. Putera Al-Waleed Talal mendermakan RM3.4 juta kepada UIAM bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan akademik. Kedua. Penghargaan atas kejayaan seseorang sentiasa diraikan dan pastinya cerita yang sama jika kita berjaya memenuhi tuntutan Allah, kejayaan di syurga juga akan diraikan oleh makhluk di langit. Ketiga. Tanam azam untuk berjaya dan menjalankan fungsi hamba Allah yang memenuhi karakeristik orang berjaya. Berjaya seorang sahaja tidak ke mana. Kita jayakan orang lain bersama dengan kemampuan dan bakat yang Allah beri. Satu ingat...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.