Langkau ke kandungan utama

Menangguhkan kepuasan

Assalam alaikum wbt,

Hari ini adalah kali pertama saya menghadiri bengkel tidak sepenuhnya. Mereka yang datang melimpah ruah sampai ke belakang. Sudahlah saya lewat, minda saya memang tidak boleh bersedia dengan keadaan lewat. Ia akan jadi tidak stabil. Mahu tidak mahu, saya pergi minum pagi bersama Tuan Faris, abang Mat Jan dan Kak Syikin. Oh tidak dilupakan, Tuan Najib. Beberapa teman sekampus juga hadir, saudara Najhan dan saudara Nizam juga ada bersama. Pensyarah saya, Tuan Amran Baharum juga datang. Moga-moga mereka menjadi novelis jibunsyi selepas ini.

Walaupun saya mendengar sedikit-sedikit sahaja. Saya tertarik dengan isi cerita yang disampaikan pada akhir program penulisan Jibunsyi.

Menangguhkan kepuasan

Menurut kajian, mereka yang datangnya dari kelas pertengahan mempunyai karakteristik ini. Kemampuan menangguhkan kepuasan pada hari ini untuk kepuasan yang lebih besar pada masa akan datang. Contohnya, individu yang menyimpan duit gajinya untuk keperluan akan datang adalah gambar individu yang mempunyai sifat ini.

Menangguhkan kepuasan adalah ciri penulis yang berjaya. Jika kita seorang penulis, maka wang sepatutnya menjadi sumber untuk membeli perkara yang kita suka akan disalurkan kepada perkembangan bakat kita, iaitu membeli buku. Modal buku adalah buku.

Sama juga apabila kita mengorbankan hari cuti untuk datang ke bengkel untuk mendapatkan ilmu sedang berpeluang melihat rancangan kegemaran di televisyen juga karakter seseorang yang mampu menanggguhkan kepuasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...