Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penulisan

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...

Tip kursuspenulisan.com | 'Buncit' karya, 'kurus' cerita

Catatan tim kursuspenulisan.com Antara risiko penulis menulis dalam banyak tajuk pelbagai genre tanpa merancang siri setiap satu sebelum melompat adalah meletakkan editor dalam situasi 'diserang'. Apa yang mesti dijawab oleh editor jika komponen pemasaran dan jualan bertanya dalam mesyuarat bagaimana mahu menjenamakan penulis kedai runcit?  Kesan amalan penulis kedai runcit. Penulis kedai runcit tidak ada peruntukan bajet marketing daripada penerbit Penulis kedai runcit tidak ada promosi khusus meskipun judul bukunya banyak. Penulis kedai runcit tergantung dalam rancangan editorial kerana road map tidak jelas. Ini juga mendorong situasi stress editor dan kurang bersemangat membangunkan jenama penulis tanpa rancangan 'parit'. --- ZAMRI MOHAMAD  merupakan penulis buku dan pengasas  kursuspenulisan.com  . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendali...

Lelaki itu menghampiri. Kemudian jarinya....

Satu persatu halaman dibelek dan dibaca dengan teruja. Penulisnya masih muda, belum berumahtangga. Kisah cinta suami isteri dipaparkan dengan sebegitu visual sekali. Lalu menjadikan novel itu sangat real sifatnya. Membuat pembaca dan watak menjadi satu. "Lalu dia memegang...." "Dia menghampiri rapat, kemudian...." "Jari jemarinya me..." Mentor penulisan kami memberitahu ada risiko besar kepada penulis apabila menulis novel cinta yang mempunyai adegan mesra dan intim (bersifat dalaman) suami isteri yang memberi imaginasi 'seksual ringan' kepada pembacanya. Novel sebegini juga dikenali sebagai novel cabul.  Risikonya adalah Kecantikan sosial penulis terjejas dalam jangka masa panjang Kepada perempuan yang belum berkahwin, menulis cerita sebegini menjauhkan lelaki yang baik-baik sebagai suami.  Orang percaya apa yang ditulis itulah dirinya. --- ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan....