Thursday, December 31, 2009

Entri terkini? Skrol ke bawah. Jangan lupa subscribe di bahagian kanan blog ini untuk mendapatkan buku/ ebook percuma

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Powered by eSnips.com

Thursday, November 19, 2009

Quasi-courtship Behaviour | Bagaimana lelaki memikat wanita

Pada tahun 1771, penjelajah Inggeris bernama Kapten Cook telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, masalahnya timbul apabila dia tidak dapat berkomunikasi dengan penduduk asli di kawasan tersebut.

Satu-satunya cara untuk Cook berkomunikasi ialah dengan menggunakan bahasa isyarat, yakni menggabungkan pergerakan tubuh dan isyarat tangan. Begitulah halnya yang berlaku hari ini, penggunaan bahasa badan memainkan peranan dalam memperkuatkan mesej lisan, apatah lagi dalam hubungan percintaan.

Kajian terhadap bidang ini dikenali sebagai kinesics.

Melalui beberapa kajian mereka mendapati empat peringkat yang berlaku dalam proes membina percintaan menggunakan bahasa badan dikenali sebagai Quasi-courtship behaviour (kelakuan seakan-akan memikat).

Peringkat persediaan (courtship readiness)

Apabila sudah mula terpaut kepada seseorang, individu akan cuba mempamerkan fizikalnya dalam keadaan yang dirasakan terbaik dengan menegangkan otot, mengempiskan perut dan menegakkan tubuh badan.

Peringkat menghiasi diri (preening behaviours)

Individu akan cuba menghiasi diri dengan penampilan kemas, menyisir rambut, pakaian yang sesuai dan akan cuba kelihatan hebat di hadapan cermin dengan melihatnya berkali-kali.

Peringkat memposisi diri (positional cues)

Melalui postur badan dan kedudukan badan, inidividu dalam peringkat ini akan cuba menonjolkan dirinya agar mudah dilihat dan dikesan oleh orang yang diminatinya.

Peringkat mempelawa (appeals to invitation)

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, para pengkaji mengenalpasti 52 jenis bahasa badan yang digunakan untuk menyampaikan mesejnya terhadap lelaki. Ia melibatkan senyuman, merapatkan jarak, keadaan tapak tangan terbuka dan kedudukan yang terbuka.

Petikan buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki terbitan PTS Millenia. Informasi klik di sini
Perbincangan hangat mengenai topik dan buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki. Klik di sini

------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Wednesday, November 18, 2009

Bagaikan Aisyah | Apa yang didengar, dilihat dan di hati

Hawa berkata kepada suaminya, “Begitu banyak sekali abang belikan buku untuk saya. Tidakkah membazir kerana yang abang beli bulan lepas pun belum selesai saya mengkajinya.”

Adam menjawab, “Apabila kita membeli buku yang bermanfaat tidak ada istilah membazir. Lagi pun abang tahu orang wanita akan berasa rugi apabila buku yang dibeli tidak dibaca. Sebab itulah orang wanita lebih suka membeli buku kecil dan nipis, manakala orang lelaki pula membeli buku sebagai simbol status intelek, jadi mereka lebih suka membeli buku yang tebal, lebih-lebih lagi yang berkulit tebal.”

Hawa berkata, “Tetapi sekiranya novel cinta kami sukakan buku yang tebal. Banyak peristiwa dan plotnya pun kompleks, baharulah puas emosi.”

Adam memotong, “Dan lebih banyak kali menangis!”

Hawa tertawa dan berkata, “Aisyah isteri nabi Muhammad ialah seorang wanita yang pintar, bukan begitu?”

Adam menjawab, “Benar, sayang. Di kalangan isteri-isteri nabi, beliaulah yang paling banyak menghafal hadis.”

Hawa berkata, “Jika setakat menghafal hadis, Abu Hurairah juga banyak menghafal hadis.”

Adam berkata, “Aisyah bukan hanya menghafal hadis, malah beliau seorang yang arif dalam mengupas hukum-hakam. Ketika Ziyad ditanya oleh Khalifah Muawiyah siapakah yang paling alim, beliau berkata, “Yang paling alim ialah tuan.” Lalu Khalifah Muawiyah bertanya, ”Silalah beritahu sebenar-benarnya siapa.” Ziyad pun menjawab, ”Jika saya diarahkan berterus-terang, saya akan katakan orang yang paling alim ialah Aisyah.”

Adam diam seketika, kemudian menyambung, ”Lagi pun Urwah bin Zubair, iaitu salah seorang sahabat nabi Muhamad yang rapat pernah melaporkan bahawa dia tidak pernah bertemu orang yang lebih tahu tentang hukum halal haram, syair dan cara pengubatan selain daripada Aisyah. Jadi tidak hairanlah apabila ramai sahabat Nabi sering bertemu beliau untuk menyanyakan tentang ilmu dan hukum hakam. Apabila seseorang itu menjadi tempat rujukan orang lain, maka ternyata beliau seorang yang alim dan pandai.”

Hawa berkata, “Jadi sebab itulah abang membelikan saya lebih banyak buku?”

Adam menjawab, “Kita hanya dapat mengeluarkan ayat-ayat yang bagus apabila di dalam ingatan kita tersimpan ayat-ayat yang bagus itu. Bagaimanakah pula kata-kata bagus dan indah tersimpan dalam ingatan kalau tidak dari bahan-bahan yang kita sering dengar, lihat dan yang kita baca.”

Hawa berkata, “Apabila kita banyak membaca bahan gosip dan fitnah maka bahan gosip dan fitnah juga yang akan tersimpan dalam memori kita dan ayat-ayat gosip dan fitnah juga yang akan kita keluarkan apabila bercakap.”

Adam berkata, “Benar sekali! Apabila kita sering membaca puisi, pantun dan gurindam maka kata-kata kita pun seperti sasterawan pula. Apabila kita sering membaca dan memahami isi Al-Qur’an maka kita pun akan berhujah dengan hujah Al-Qur’an. Apabila kita sering membaca buku bisnes, maka pertuturan kita pun seperti seorang orang berniaga.”

Hawa tersenyum, melihat bayangan Aisyah pada dirinya. Menjadi pemikir buat Adam yang dikasihi, pendorong akal yang tidak putus idea. Perlahan-lahan Hawa mengambil buku-buku yang masih dipegang Adam. Dibelek satu persatu sambil tersenyum. Adam berasa hairan. Apa yang bermain dalam fikiran isterinya.

Nota: Sebarang komen dan perkongsian serta respon terhadap artikel ini dialu-alukan
-------

Mengenai penulis

Siapakah Imran Yusuf?

Imran Yusof

Dilahirkan pada 2 Disember 1958 di Kelantan. Seorang Bussines Analyst yang turut aktif dalam program kemasyarakatan. Mempunyai jiwa seni bahasa dan cenderung kepada insan dan alam sekitar.

Beliau menjadikan dunia internet sebagai dunia interaksi global. Buku pertama beliau menerima sambutan, Tip-Tip Poligami: Di Bawah Payung Aishah dan ia tidak berhenti di situ sahaja. Buku ini pernah muncul dalam beberapa drama dan telemovie di Astro dan TV3.

Kemudian diteruskan dengan buku kedua berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Business Analyst yang banyak menghabiskan masa di dalam dan luar negara telah mendedahkan beliau kepada pelbagai ragam manusia baik yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkeluarga.

Peluang bekerja di luar negara memberi beliau pengalaman baru bagi membandingkan budaya kekeluargaan tempatan dan luar negara. Antara lokasi yang menjadi tempat persinggahanya ialah London, Jakarta, Rotterdam, Istanbul, Sydney dan Melbourne.

------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Bagaikan Aisyah | Isteriku si Mata Jeli

Tulisan Imran Yusuf

Hawa bertanya kepada suaminya, “Kenapa abang suka panggil saya si Mata Jeli? Bukankah Jeli itu nama sebuah pekan kecil di negeri Kelantan? Atau jeli yang seperti agar-agar? Apa hubungan mata saya dengan pekan Jeli atau jeli agar-agar? ”

Adam tersenyum seraya berkata, “Sayang, mata jeli itu ialah mata yang elok dan bercahaya, mencerminkan hati yang luhur dan ikhlas pula. Mata sayang memang elok dan bercahaya. Abang suka memandang matamu. Lagi pun nabi Muhammad memanggil isterinya, Aisyah dengan panggilan Si Pipi Merah kerana kulit Aisyah yang putih kemerah-merahan.”

Hawa berkata, “Adakah di pejabat pun abang panggil wanita cantik dengan merujuk kepada rupa fizikalnya?”

Kedengaran unsur-unsur cemburu dalam nada suara Hawa. Adam kelihatan dapat mengesan pertukaran nada suara isterinya.

Seni memuji berbeza mengikut umur

Dia berkata, “Bagi orang wanita yang sudah berusia kita puji pada sifat-sifatnya yang baik, seperti sifat dermawan, suka menolong orang miskin dan anak yatim dan seumpamanya. Bagi wanita yang muda pula puji sifat fizikalnya, seperti kulitnya yang halus, pipinya yang merah atau matanya yang jeli. Panggilan memuji wanita muda ini hanya relevan di rumah atau di kalangan anggota keluarga yang terdekat sahaja. Jika disalah gunakan mungkin ada yang salah faham.”

Apabila diri masih muda serta cantik jelita bergembira dan berpuas hatilah dengan panggilan suami yang memuji kecantikan.

Mintalah dia memanggil dengan panggilan yang berkenan di hati. Apabila dirimu sudah matang, semoga sifat keibuanmu sudah sebati dalam diri, manakala sifat-sifat terpuji sudah membudaya dalam tutur kata dan gerak laku mu. Semoga dengan itu nama harum dan terpuji dan diberi gelaran yang patut dan penuh penghormatan.

Nota: Sebarang komen dan perkongsian serta respon terhadap artikel ini dialu-alukan
-------

Mengenai penulis

Siapakah Imran Yusuf?

Imran Yusof

Dilahirkan pada 2 Disember 1958 di Kelantan. Seorang Bussines Analyst yang turut aktif dalam program kemasyarakatan. Mempunyai jiwa seni bahasa dan cenderung kepada insan dan alam sekitar.

Beliau menjadikan dunia internet sebagai dunia interaksi global. Buku pertama beliau menerima sambutan, Tip-Tip Poligami: Di Bawah Payung Aishah dan ia tidak berhenti di situ sahaja. Buku ini pernah muncul dalam beberapa drama dan telemovie di Astro dan TV3.

Kemudian diteruskan dengan buku kedua berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Business Analyst yang banyak menghabiskan masa di dalam dan luar negara telah mendedahkan beliau kepada pelbagai ragam manusia baik yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkeluarga.

Peluang bekerja di luar negara memberi beliau pengalaman baru bagi membandingkan budaya kekeluargaan tempatan dan luar negara. Antara lokasi yang menjadi tempat persinggahanya ialah London, Jakarta, Rotterdam, Istanbul, Sydney dan Melbourne.

------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Guru pemasaran internet saya menggalakkan saya gagal

Emel daripada guru pemasaran internet yang banyak mendorong saya iaitu tuan Adly Mukhtar dan tuan Ahmad Zafran. Kami pernah bekerjasama di seminar pemasaran internet anjuran Kursusperniagaan.com

----

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai Zamri mohamad, apa khabar dan bagaimana cuaca di sana? Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ketika kami menulis email ini, cuaca di sini hujan lebat.

Kami ingin beritahu anda bahawa kami pernah gagal. Bukan sekali tetapi banyak kali!

Mungkin kami sentiasa berhadapan dengan kegagalan kerana kami sentiasa bertindak untuk mencapai kejayaan. Kami rasa kegagalan yang kami hadapi juga lebih banyak dari anda!

Zamri mohamad, kegagalan adalah sebahagian daripada perniagaan walaupun perniagaan yang kita semua jalankan adalah perniagaan Internet dan itulah yang kami sering hadapi ketika mula menjalankan perniagaan Internet sejak 2006.

Ada kegagalan yang kecil dan ada kegagalan yang besar.

Percayakah anda bahawa kami pernah kehabisan wang dan terpaksa makan nasi berlaukan ikan sardin sahaja akibat satu projek yang tergendala?

Perkara ini sering berlaku di dalam perniagaan di mana tidak semua projek yang kita rancang akan berjaya. Namun setiap kali kami menghadapi kegagalan, kami akan lebih kuat, semakin positif, semakin berilmu, semakin berpengalaman dan banyak lagi benda yang positif.

Akhirnya, semua ini akan memberikan kami keuntungan jangka masa panjang.

Kami tidak pernah menganggap kegagalan adalah noktah akhir di dalam perniagaan kerana kami percaya bahawa kegagalan adalah satu peluang untuk bermula semula dengan lebih bijak.

Kalau tak, kami tidak mampu untuk menyiapkan NiagaKit v2 kerana kami sering dikritik dan ditekan oleh pelanggan lama.

Pernah anda dengar kisah Thomas Edison mencipta mentol lampu?

Berapa kalikah dia gagal di dalam percubaanya sebelum berjaya?

Adakah 10 kali? Atau 50 kali? Oh, mungkin 200 kali?

Tidak. Beliau gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya! Beliau tidak pernah berputus asa dengan kegagalan yang dihadapi.

Zamri mohamad, kegagalan akan membawa kita kepada kejayaan.

Kami percaya anda pernah merasai pahit dalam mencuba buat duit di Internet dan berhasrat untuk berhenti daripada menjalankan perniagaan Internet.

Mungkin anda pernah belanjakan ratusan ringgit untuk membeli ebook tetapi tidak member kesan. Mungkin anda pernah belanjakan ribuan ringgit untuk menghadiri seminar tetapi tiada apa perubahan.

Namun semua itu bukanlah satu kegagalan mutlak kerana dari sudut lain anda belajar sesuatu. Daripada pahit yang anda rasai itulah anda akan lebih bijak pada masa akan datang.

Konklusinya, anda janganlah takut dengan kegagalan. Tolonglah gagal kemudian perbaiki kenapa anda gagal akhirnya anda akan berjaya!

Berfikirlah secara positif!

------

Buku cadangan pemula
  1. Internet Marketing untuk Bisnes Kecil. Buku ini dilancarkan ketika seminar di PWTC.
  2. Buat Duit dengan YouTube Buku ini mendapat ulasan akhbar nasional dan top 20 di MPH Alamanda.
------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sunday, November 15, 2009

Motivasi kepada 500 kakitangan PETRONAS Melaka.

Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, penulis bestseller bersama Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah telah dijemput bagi memberikan motivasi kepada 500 kakitangan PETRONAS Melaka.

Mereka bakal bekerja selama 12-24 jam bagi tempoh dua bulan bagi kerja pembersihan loji dan peningkatan infrastruktur yang melibatkan kos bilion ringgit.

Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof mendukung amanat besar bagi mendorong pekerja dan mencetus perubahan kepada ahli keluarga kakitangan yang bakal berhadapan situasi kerja ini.

Saya dan Tuan Haeqal Zulqarnain di sana mengiringi, mempelajari dan berguru dalam seni pengucapan umum dalam program kendalian Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Thursday, November 12, 2009

Mini Parlimen | Menjadi 'wakil rakyat' 23 tahun lalu

Ini adalah Mini Parlimen tahun 1986 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya terlibat dalam Mini Parlimen. Diterajui oleh Tuan Jamal Mohammed sebagai Speaker Dewan.

Ia dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah. Mini Parlimen menjadi ruang bicara spontan tanpa skrip yang meluahkan apa yang terkandung dalam fikiran kami.

Jari kanan saya cedera kerana bermain api di kampung. Maka, saya satu-satunya berikrar menggunakan tangan kiri dan disiarkan dalam RTM1 ketika hari kemerdekaan pada tahun itu.

Ingin mencari semula keratan akhbar tahun 1986.

Terima kasih kepada Puan Sheila Jamal yang memaklumkan perkembangan terkini Tuan Jamal Mohammed, Speaker Dewan ketika saya menjadi 'wakil rakyat' 23 tahun lalu.

Petikan ucapan Tun Dr Siti Hasmah, "Ambilah peluang ini untuk membincangkan isu-isu kepentingan kanak-kanak. Bincang isu-isu kepentingan negara dan keluarkan pendapat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia, dari kaca-mata kanak-kanak." Ketika itu saya berumur 6 tahun dan menjadi ahli Parlimen dalam Mini Parlimen. Itu adalah ucapan perasmian dewan 1986.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Usrah bisnes dan seni mengurus impian hidup

Atas permohonan Tuan Azree, saya sertakan beberapa foto usrah bisnes dan seni mengurus impian hidup oleh Puan Ainon dan Prof Abdullah Hassan.

Usrah lima jam (jam 8.00 malam- 1.30 pagi) ini memberi perspektif baru kepada kami dan menguatkan jiwa kami dalam perjuangan yang sangat mencabar kekuatan kami.

Sepanjang lima jam, saya berkesempatan berkongsi tip-tip kepada rakan-rakan FB melalui status subjek Usrah via Celcom. Rujuk status sebelumnya.

Mudah-mudahan dengan keberkatan ilmu itu dapat mendorong semangat kami dapat berjuang dalam dunia yang adakalanya kami berjuang dalam jemaah dan adakalanya berseorangan.

Nota: Walau apa pun impian hidup, walau apa pun bentuk pengorbanan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Bermentor adalah perkara yang wajib dan perlu dibuat dari masa ke semasa.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Menghargai pembaca buku terbitan PTS Publication (2)

Puan Ainul Hayati (kiri) adalah peserta dalam ceramah industri buku dan penulisan di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Beliau di sini selama lima jam, mencatat setiap butir presentasi penyampai.

Ia dilakukan semata-mata mahu mendukung cita-cita anak buahnya berusia 17 tahun yang mahu menjadi penulis bebas sepenuh masa.

Anak buahnya tinggal di Kuala Lumpur.

Pertemuan ini menjadikan saya lebih berazam mendukung perjuangan mereka yang mahu menjadikan penulis bebas sebagai satu profesion.

Jika ramai seperti puan ini, pasti inilah kerjaya yang akan menjadi pilihan sebelum selepas keluar universiti.

Tuan Azhar sangat partisipatif dan memberi respon kepada setiap isi penyampaian selama lima jam program ini. Beliau merupakan salah seorang guru yang menggamatkan keadaan dewan seminar. Ketika ini saya menandatangani buku Tip Menjadi Penulis Bestseller yang dimilikinya. Klik di sini.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Tip Menjadi Penulis Bestseller

Ceramah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (BKM) pada 27 Oktober 2009. Dipecahkan kepada dua tajuk. Tajuk Industri Penerbitan oleh Tuan Aizat Razak dan Tip Menjadi Penulis Bestseller oleh saudara Zamri Mohamad. 40 orang guru terlibat dalam program ini.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Menghargai pembaca buku terbitan PTS Publication

Buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh 'hilang' beberapa kali sepanjang bengkel sepanjang tiga hari. Akhirnya ditemui semula di tangan Dr Azizi, pensyarah kejuruteraan lulusan universiti dari Jepun.

Beliau membaca buku ini dan menyifatkan buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh memaparkan pilihan individu-individu berpengaruh dalam buku yang kena dan amat rapat dalam hidup kita."

Informasi lanjut

Buku ini adalah hasil sentuhan professional tim PTS Millenia dan kekuatan PTS keseluruhan. Terima kasih semua!

Bersama tuan Fazlaidha, pembaca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Adik beradik beliau merupakan usahawan siri pakaian muslimah Get Gorgeous.

Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller dipaparkan. Buku ini adalah terbitan tim PTS Professional. Info buku di sini.

Di akhir program saya didatangi salah seorang peserta, Dr Rosmaini Tasmindari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Bahu saya ditepuk dan beliau berkata, "Saya mahu memberitahu saudara. Saya beli dan saya baca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller."

Beliau merupakan pensyarah 'Production and Operation'; di Fakulti Pengurusan Maklumat. Beliau berpengalaman lebih 10 tahun melibatkan badan multinasional seperti Sony, Sumitomo and Thomson.

Sejauh ini saya ditakdirkan Allah bertemu pembaca yang juga pensyarah yang dihormati.

Info klik di sini

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sesi bedah siasat buku PTS oleh 20 pensyarah UTHM

Buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh dan Tip Menjadi Penulis Bestseller buat pertama kalinya mendapat peluang dibedah siasat oleh kumpulan pensyarah berstatus Professor, Professor Madya dan Doktor dalam bidang kemahiran masing-masing.

Bedah siasat buku ini memberi peluang kepada peningkatan mutu untuk penulisan akan datang, melihat persepsi pembaca intelek dan pandangan mereka mengenai isu buku ini.

Bedah siasat ini juga satu peluang kepada memperbaiki hati, pemikiran dan sikap saya sebagai individu berdasarkan kritikan-kritikan dan komen daripada 20 pensyarah ini.

Kesan daripada bedah siasat ini memperkenalkan saya kepada pembaca-pembaca buku yang selama ini tidak saya kenali.

Selain itu mereka membaca buku itu dengan mengaitkan pengalaman hidup mereka melalui buku itu.

Meskipun mereka sudah terdedah kepada kaedah penulisan tesis, kaedah penulisan buku umum menjadi satu skil baru yang mereka perolehi.

Bedah siasat buku ini dapat dijadikan kaedah sampling oleh penerbit dan penulis bagi mendapatkan maklumbalas. Sesi ini diadakan oleh Tuan Ikram Wazir, perunding Akademi Penulis dan pengurus di PTS Millennia. Bedah siasat buku diadakan ketika bengkel Pemerkasaan Karya Ilmiah menjadi buku Umum di Tanjung Piai, Johor.

Tanjung Piai | Sekitar Bengkel Pemerkasaan Karya Ilimiah menjadi Buku Umum. Program tiga hari ini membawa kepada tiga kesimpulan besar kepada kami iaitu ada tesis kekal sebagai sebuah buku akademik, dapat dijadikan buku industri dan dijadikan buku umum.

Jemputan bengkel penulisan untuk organisasi hubungi

Tuan Abdul Qahhar
Akademi Penulis Sdn Bhd
0136288614
latihan@akademipenulis.com

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Bengkel Penulisan di Hujung Benua Asia

Dari Akademi Penulis

Akademi Penulis baru sahaja selesai mengendalikan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip di Tanjung Piai, Resort, Pontian Johor. Bengkel ini adalah atas jemputan Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Seramai 30 orang peserta dari UTHM berkampung bersama para jurulatih Akademi Penulis untuk memurni dan memperkasakan manuskrip mereka yang sudah siap dan separa siap ditulis.

Bengkel ini adalah kesinambungan kepada satu lagi bengkel yang pernah dianjurkan mereka iaitu bengkel tesis kepada buku.

Hasil daripada bengkel tersebut dibawa ke sini untuk diberikan perundingan oleh para jurulatih Akademi Penulis. Jurulatih yang hadir adalah En. Fauzul Na’im Ishak (jurulatih utama), En. Zamri Mohamad (jurulatih kanan) dan En. Ikram Wazir (jurulatih kanan).

Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Prof. Dr. Rogayah, Timbalan Naib Canselor Akademi UTHM yang bersama menjadi fasilitator bengkel.

Kehadiran beliau amat memberikan inspirasi dan semangat kepada para peserta amnya dan Akademi Penulis khususnya.

Alhamdulillah hasil daripada bengkel 3 hari 2 malam ini, sebanyak 20 proposal buku yang sudah masak perbincangannya dihasilkan. Kesemuanya pada pandangan Akademi Penulis berpotensi untuk diterbitkan.

Proposal-proposal ini akan diserahkan oleh pihak Penerbit UTHM kepada pihak JK Penilaian Manuskrip UTHM bagi diluluskan penerbitannya.

Apa yang menarik di sini adalah pihak UTHM menyediakan satu insentif yang belum pernah diberikan oleh mana-mana universiti kepada pensyarah yang menulis.

Bagi setiap proposal diluluskan pihak UTHM akan memberikan insentif sebanyak RM5,000 tunai. Ini suatu insentif yang cukup baik bagi memberikan motivasi kepada para pensyarah di sana.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai tajuk artikel ini. Ya, Tanjung Piai terletak di dalam peta dunia sebagai penghujung benua Asia. Di sana terdapat Taman Negara yang merupakan hutan paya bakau. Di hujung Taman Negara ini terletak satu monumen yang menandakan bahawa di situlah penghujung benua Asia.

Pihak Akademi Penulis amat berbesar hati diberikan peluang memberikan pandangan kepada manuskrip-manuskrip di bawah penerbitan UTHM. Terima kasih atas jemputan ini.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Berita kursuspenulisan.com | Apa Cerita bakal gamatkan TVIQ, Astro Ceria

Pengasas tim kursuspenulisan.com dan perunding di Akademi Penulis telah menjalani rakaman bagi siri Apa Cerita, sebuah rancangan terbaru yang bakal disiarkan di TVIQ, Astro Ceria. Ini adalah rakaman kedua pada minggu ini selepas paparan buku terbaru, 30 Strategi Membina Pengaruh di Malaysia Hari Ini, TV3.

Petikan informasi program televisyen Apa Cerita.

Explore the wonderful world of writing in Bahasa Malaysia with Adruce, Erin, Julia and Novish. Be their friends and discuss Bahasa Malaysia related issues.

Discover the joy of learning with TVIQ! Aimed primarily at schoolchildren aged 5 to 15 years, TVIQ gives an entertaining twist to academic subjects like languages, Maths and Science. You´ll be inspired to learn more with TVIQ´s educational cartoons, dramas, game shows, live action and reality shows.

Terima kasih kepada tim Apa Cerita, khususnya produser Tuan Javerd Nizar.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

kursusperniagaan.com | Seminar pemasaran internet dorong bakal peniaga

Tim Kursusperniagaan.com mengendalikan seminar asas pemasaran internet untuk bisnes kecil hari ini, 12 November 2009.

Melibatkan peserta yang mempunyai latar belakang pendidikan bidang sains dan kejuruteraan. Majoriti pernah menjalankan bisnes sendiri secara individu mahupun dalam keluarga.

Tahniah dan mudah-mudahan dipermudahkan cita-cita membawa bisnes dari dunia offline ke dunia online. Bakal menjadi ibadah dan rezeki yang berkat. Doa daripada saya dan tim kursusperniagaan.com

Silabus seminar berdasarkan buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat Duit dengan YouTube. Buku-buku ini menjadi tumpuan dan dikategori sebagai buku top-20 PTS Pro di MPH Alamanda, Putrajaya.

Respon peserta, Cik Puan Che Ainun Nasihah Ismail selepas program.

"Banyak yang saya pelajari hari ini memandangkan ini kali pertama saya sertai ceramah mengenai bisnes internet. Terima kasih untuk ilmu yg tuan kongsikan hari ini.

Cara pendekatan ceramah tuan tadi agak menarik dan isinya juga bermanfaat.

Saya sebenarnya agak kabur tentang bisnes internet sebelum ini tapi setelah mengikuti ceramah tuan, saya mulai nampak cara-caranya.

Selamat maju jaya tuan."

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Thursday, November 05, 2009

Malaysia Hari Ini MHI | 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh di TV3

Buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh terbitan PTS MiIlenia dibincangkan di rangkaian televisyen nasional, TV3.

Rancangan Malaysia Hari Ini dihoskan oleh Puan Wardina Saffiyah dan Tuan Ahmad Fedtri Yahya.

Buku ini adalah gabungan idea penerbit, PTS Milenia, tim grafik, tim pemasaran dan perhubungan awam PTS.

Tidak dilupakan, Terima kasih kepada tuan dan puan yang sedang membaca entri ini. Berkat doa tuan dan puan memungkinkan ia diperkenalkan kepada khayalak.

Sepanjang di TV3, Allah izinkan saya ketemu dua sahabat lama selepas program. Iaitu saudara Fuad yang menjadi pengurus Ana Rafali dan Azahari yang juga pengurus artis.

Kemudian melihat kepada kerja Tuan Wazir, seorang pengawal di Seri Pentas, menimbulkan kekaguman saya pada beliau. Seorang yang merendah diri, tidak lokek berkongsi pengalaman bertugas dari Syed Putra ke Seri Pentas selama 13 tahun. Berpengaruh dengan kesetiaan pada organisasi lebih 13 tahun.

"Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya," kata Huzaidi Hadis

Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina pengaruh.

Tanpa jawatan, tidak ada pengaruh. Itu definisi mudah yang dipropagandakan. Bermula sebagai andaian, ia menjadi kebenaran yang tidak dibuktikan. Info buku klik di sini

Terkini, buku 30 Strategi Membina Pengaruh berada di rak 'Pilihan Menarik', pintu hadapan MPH One Utama, tingkat dua.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sunday, November 01, 2009

Tip Top Penulis Bebas, hidup dan perniagaan

Berikut merupakan tip-tip yang saya kongsikan di dalam Facebook, dari masa ke semasa. Saya membenarkan tip-tip ini disebarkan jika ia bermanfaat. Letakkan bersama sumbernya dan pautan ke laman web saya.

-----

Tip Penulis Bebas | Teknik sepuluh idea dalam satu belanga. Buka satu topik dan dapatkan isi daripada rakan-rakan minum teh kita. Kembangkan idea rakan dengan kajian tambahan kita. Susun dan jadilah artikel yang lengkap. [via Celcom SMS]

Tip Hidup | Semasa temubual eklusif bersama New York Times, Jeffrey Katzenberg yang merupakan mantan Pengarah Walt Disney Studio berkata, “Semasa saya berkhidmat disini, segala-galanya saya lihat sebagai medan peperangan. Pesaing, rakan sekerja, pemilik syarikat semuanya akan dilayan sebagai askar sekiranya wujud konflik.”

Konflik dilihat dalam tiga cara iaitu konflik sebagai perang, konflik sebagai peluang dan konflik sebagai sebuah perjalanan.Cara kita melihat konflik menentukan cara kita bertindak.

Tip Hidup | Pentingnya sejarah mereka dan belajar daripada hidup mereka disebut oleh Malcom X seperti berikut, “Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depan kita. Jika kita tahu mana kita sebelum ini kita dapat dapat tahu di mana kita sekarang dan ke mana kita akan pergi selepas ini.”

Tip skrip jualan | Menggunakan jenaka dalam pengiklanan adalah berisiko. Lebih-lebih lagi jenama yang belum menjadi 'institusi' dalam komuniti pengguna. Pengguna mengingati jenaka sebagai hiburan, bukan produk yang menjadi pilihan

Tip usrah | Gaya hidup pemimpin organisasi menentukan kerajinan dan kesungguhan pekerja. Semakin mewah gaya hidup majikan kelihatan, semakin rendah motivasi pekerja.

Tip usrah | Menjadi pemimpin bermula dengan menjadi pengikut yang baik. Iktibar daripada sahabat para nabi yang menjadi pengikut hari ini pemimpin esok.

Tip usrah | Ada yang tidak tahu membezakan wang & simbol wang. Contoh, seorang mengagumi 'simbol' wang yang terpamer pada individu dengan menyangka ia 'wang'

Tip usrah | Perniagaan yang menyarankan ahlinya memakai kereta mewah untuk dipamer bagi menarik ahli lain. Kesannya, ahli kerja keras bayar hutang kereta.

Tip usrah | Bahasa adalah transaksi.

Tip Penulis Bebas | Kajian menunjukkan individu hanya dapat mendorong diri sehingga 40 peratus. Baki 60 peratus datang daripada kumpulan.

Tip Penulisan| Saya berkenalan dengan seorang pegawai PPD yang sanggup ke ceramah lima jam kerana mahu ilmu itu dicatat dan diberi pada anak buahnya.

Tip Penulis Bebas | Di Mersing saya temui seorang ibu saudara yang menyokong cita-cita anak saudara mahu jadi penulis sepenuh masa sedangkan ibu bapanya tidak.

Tip Penulis Bebas | Perkara yang menyebabkan angan-angan berkarya tidak jadi kenyataan ialah sikap 'perfectionist' . Karyanya kekal sempurna tidak diterbitkan.

Tip Kehidupan | Satu perkara yang mendorong jatuhnya motivasi pekerja ialah apabila majikan mempamerkan kemewahan fizikal (kediaman, kenderaan, pakaian) secara nyata dan berlebih-lebih. Pekerja beranggapan, "Saya bekerja semata-mata untuk menjadikan majikan bertambah kaya."

Tip Kehidupan | Walau apa pun impian hidup, walau apa pun bentuk pengorbanan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Bermentor adalah perkara yang wajib dan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Tip Pengaruh | Salah satu saranan Michelle yang membantu pembinaan imej Obama ialah memastikan suaminya berhenti merokok sebagai ganti kepada sokongan beliau membantu suaminya berkempen untuk pilihanraya Presiden. Saya menceritakan bagaimana wanita ini mempengaruhi suaminya dalam buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh. http://tinyurl.com/ygncosg

Tip Kehidupan | Saya bertemu dengan beliau. Muhammad Yunus pengasas Bank untuk Orang Miskin ketika menghadiri ceramahnya berkata “Kecilkan fokus kepada satu keadaan yang boleh diubah.""Saya melihat negara terlalu besar, maka saya tumpukan kepada kampung. Tetapi saya melihat kampung juga terlalu besar fokusnya maka saya kecilkan kepada individu. Jika kita membantu individu ia akan mengubah keadaan yang lebih besar lagi.”

Kajian mendapati, individu yang mempunyai cita-cita dan matlamat yang sederhana tinggi lebih mudah mencapainya berbanding mereka yang meletakkan target yang terlalu tinggi dalam hidup mereka.

Muhammad Yunus adalah kes di mana cita-cita sederhananya menjadi suatu yang besar pada penghujungnya.

Tip Penulis Bebas | Pembaca melihat buku bukan sebagai kertas yang penuh tulisan. Mereka membayar dengan kepercayaan kepada penulis dan penerbit. Buku bagi seorang pembaca adalah bayangan kehidupan.

Tip Penulis Bebas | Ucapan di Tg Piai, "Publish or Perish." (TNC UTHM, Prof Dr Rogayah)

Tip Penulis Bebas | Analogi merupakan kaedah mudahkan kefahaman pembaca.

Tip Penulis Bebas | Menjadi penulis tidak bermaksud kesempurnaan. Ia adalah usaha memperbaiki diri.

Santai | Humor di bengkel Tanjung Piai ketika ini, kata suami, "Saya beris'one',dia beris'three'."

Tip Penulis Bebas | Penulis, "Facilitate, not frustate." (TNC UTHM Prof Dr Rogayah)

Tip Hidup | Nasihat tuan Iskandar (Dr Bubbles) pada saya, "Terapi badut memberi respon berhadapan masalah & kegagalan dengan menjenakakan ia."

Tip Penulis Bebas | This street will make you feel brand new. The lights will inspire you (Diubahsuai daripada Empire State Of Mind, Jay Z & Alicia Keys)

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Pengaruh sebesar hamper, sekecil hadiah

Lima tahun sebelum buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi.

Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu."

Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja. Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini.

Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya.

Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka. Apa pandangan saudara. Klik imej bagi membaca komen di bawah.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tip Penulis Bebas dedah rahsia penulisan buku dan rencana

Rakan-rakan Facebook yang saya hormati dan dirahmati Allah. Sekiranya saya mahu menulis tip-tip penulis bebas di Facebook, apakah soalan dan apakah perkara yang ingin diketahui. Insya Allah, saya dan rakan-rakan penulis lain akan usahakan siri Tip Penulis Bebas di Facebook secara konsisten. Klik imej di bawah bagi membaca respon.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Skrip Jualan | Air Asia, iklan atas dan belakang

Andaian saya mengatakan iklan AirAsia di televisyen menampilkan kanak-kanak yang melihat bahagian tubuh perempuan adalah sesuatu sengaja dilakukan. Strategi, cipta keresahan penonton pada tahap tinggi dan ia akan menarik tumpuan penonton. Kemudian keluarkan babak-babak itu secara segera.

Ketika ini orang ramai menunggu iklan itu setelah mendengar cerita mereka yang pernah menonton. Strategi.

Klik imej bagi paparan lebih jelas