Seorang kanak-kanak menconteng-conteng kertas selepas menulis. Kanak-kanak itu kelihatan marah dengan apa yang ditulisnya sendiri. Pada awalnya, dia kelihatan gembira menulis satu persatu mengikut urutan. Kelihatan nombor menjadi permulaan bagi setiap ayat pada garis berbeza. Satu, dua, tiga dan kemudian diikuti ayat setiap satunya. Tidak lama kemudian dia menconteng-conteng kertas itu. Sekali lagi dia melakukan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Diambil kertas baharu lalu dilakukan sekali lagi. Tulis dan conteng. Ia berulang-ulang tanpa berhenti. Seorang lelaki menghampiri kanak-kanak yang masih leka dengan pen dan kertasnya. Dia tidak menyedari lelaki itu sedang berdiri di belakang memerhatikan tingkah lakunya. Tangan kanan cepat menconteng garis-garis di atas tulisan sendiri. Kemudian tangan lelaki itu memegang tangan kanak-kanak itu. Terhenti contengan dan kanak-kanak itu menoleh melihat siapakah yang menghalangnya. Kanak-kanak itu bertanya, “Apa sedang ayah lakukan ...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.