Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penulis

[Pen] Jutawan hidup miskin ketika wang masih membukit

Jam 4.00 pagi saya mengingati diri mengenai modal diri. Modal diri adalah modal yang paling mahal dimiliki oleh seorang penulis. (1) Rakan-rakan ketika kecil menjadi watak yang ditulis. (2) Pengangungkutan yang dinaiki menjadi lokasi yang digambarkan (3) Mimpi yang dialami diterjemah menjadi babak demi babak (4) Sedih, takut dan gembira menjadi lontaran emosi mencapai hati pembaca. (5) Penyakit menjadi watak jahat yang menghalang kebaikan (6) Penyakit juga menjadi watak baik yang membongkar kebenaran (7) Turun naik di pejabat menjadi gelombang dalam cerita (8) Orang tua menjadi adiwira yang tidak kelihatan wajah sebenarnya. (9) Sikap pesimis orang terhadap angan-angan kita menjadi gangguan watak. (10) Surat demi surat yang mengikat keseluruhan cerita menjadi cerita besar. Semuanya adalah modal diri yang diterjemah ke dalam perkataan. Perkataan yang disusun oleh JK Rowling dan Ramlee Awang Murshid di dalam karya-karya mereka. Apabila diri sendiri tidak tahu dirinya j...

Iron Man, Kisah orang putih yang bertaubat.

Seperti kereta Kancil, sut Iron Man juga perlu diselenggara selepas digunakan. Gambar diambil dari laman web rasmi http://ironmanmovie.marvel.com/ Kisah orang putih yang bertaubat. Ya, saya ulangi Iron Man adalah kisah orang putih bertaubat. Saya tidak boleh menulis panjang, kelak para peminat siri komik Marvel dan Iron Man akan marah kepada saya. Mereka mahu tahu permulaan, pertengahan dan akhir cerita Iron Man. Jangan lupa selepas kredit, ada babak tambahan pertemuan Iron Man dan General Nicholas Joseph "Nick" Fury yang membawa kepada sekumpulan superhero lain seperti dalam Avenger. Bak kata Nick pada akhir filem, "Kamu ingat kamu seorang sahaja hero super di dunia ini?" Sebagaimana buku, Iron Man adalah harta intelek yang dikembangkan bermula dari sebuah komik hero super pada tahun 1963, dianimasikan dan difilemkan. Konsep dan watak Iron Man dicipta oleh empat individu iaitu; Penulis dan editor bernama Stan Lee Penulis Skrip Larry Lieber Pelukis Don Heck dan Jac...

Magnet Cinta Top Ten Mac 2007

Bulan MAC 2007 memperlihatkan buku Magnet Cinta dalam kategori sepuluh buku terlaris terbitan PTS Millennia. Alhamdulillah, terima kasih kepada mentor dan ibu yang membimbing dan sering mendoakan, pasukan PTS Publication & Distributor, warga kerja PTS Millennia, kedai-kedai buku, pengedar, wartawan dan para pembaca yang dihormati kerana memberi sokongan kepada buku ini. Semoga catatan rekod ini akan menjadi pendorong untukku menghasilkan lebih banyak buku yang bermanfaat kepada masyarakat. Perjalanan masih jauh, masih banyak perkara perlu diselesaikan. Sekali lagi, terima kasih kepada pasukan PTS bermula dari pengarah, pengurus, editor yang melayan karenahku dan pegawai promosi serta pemasaran yang mencurahkan 200% usaha mereka untuk kemajuan bangsa dengan membumikan ilmu di langit. Semoga Allah redhai usaha ini. Lihat Bulan Mei 2006 Lihat Bulan Jun 2006