Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mamak

Berita Harian Singapura | Inovasi Kedai Mamak

Petikan pandangan  Berita Harian Singapura  Ketahanan dan inovasi kedai mamak Oleh Shaik Kadir Shaik Maideen Siapa tidak tahu Mustafa Centre di Little India. Ia merupakan sebuah jenama terkenal di Singapura dan kebanggaan kaum India. Namanya mengharum di India Selatan sehingga sejauh Afrika Selatan. Pusat beli-belah ini bak gedung serba-serbi - daripada rempah-ratus sehingga alatan elektronik. Beroperasi 24 jam sehari. Mustafa, nama pengasas pusat beli-belah ini, memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan: bermula sebagai sebuah kedai mamak (yang bermakna pak cik dalam bahasa Tamil) yang kecil. Ketika itu ia hanya setakat tempat tumpuan kaum India Muslim di sini mendapatkan keperluan mereka. Namun, hasil semangat inovasi dan ketekunannya, Mustafa menjadi gedung besar serbaneka - maju dan berkembang menjadi sebuah perusahaan yang gah hari ini. Baru-baru ini, nama Mustafa disebut-sebut kerana sebab yang kurang elok - melanggar undang-...