Langkau ke kandungan utama

Berita Harian Singapura | Inovasi Kedai Mamak


Petikan pandangan Berita Harian Singapura 

Ketahanan dan inovasi kedai mamak
Oleh Shaik Kadir Shaik Maideen



Siapa tidak tahu Mustafa Centre di Little India.

Ia merupakan sebuah jenama terkenal di Singapura dan kebanggaan kaum India. Namanya mengharum di India Selatan sehingga sejauh Afrika Selatan.

Pusat beli-belah ini bak gedung serba-serbi - daripada rempah-ratus sehingga alatan elektronik. Beroperasi 24 jam sehari.

Mustafa, nama pengasas pusat beli-belah ini, memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan: bermula sebagai sebuah kedai mamak (yang bermakna pak cik dalam bahasa Tamil) yang kecil. Ketika itu ia hanya setakat tempat tumpuan kaum India Muslim di sini mendapatkan keperluan mereka.

Namun, hasil semangat inovasi dan ketekunannya, Mustafa menjadi gedung besar serbaneka - maju dan berkembang menjadi sebuah perusahaan yang gah hari ini.

Baru-baru ini, nama Mustafa disebut-sebut kerana sebab yang kurang elok - melanggar undang-undang keselamatan pelanggannya. Semoga pengalaman perit ini merubah caranya agar lebih baik.

Selain Mustafa, terdapat banyak kedai orang India Selatan Muslim yang menjalankan perniagaan khusus seperti menjual alat tulis, buku dan kain di Bras Basah Complex dan Little India, selain restoran-restoran nasi beriani dan martabak di sekitar kawasan Masjid Sultan.

Difahamkan banyak lagi perniagaan sedemikian pada masa lalu. Namun, banyak yang telah gulung tikar perlahan-lahan kerana tidak terdaya menghadapi saingan dalam dunia perniagaan moden. Ada pula pemiliknya sudah berumur dan balik kampung di India dan tidak pulang lagi.

Selain runcit, kedai atau gerai yang dikendalikan oleh seorang dua India Muslim memiliki tukikan dalam bidang yang paling digemari orang Singapura - makanan, seperti roti perata, mi goreng dan rojak. Kedai makanan sedemikian tidak terdapat di India Selatan, tetapi hanya di Asia Tenggara. Ini menunjukkan inovasi dalam tukikan niaga makanan dan minuman kaum India Muslim di Singapura dan Malaysia.

Kini roti perata dalam pelbagai bentuk dan perisa - sekadar 'kosong' saja atau berkeju, jem, halia dan sebagainya.

Rojak India merupakan adunan rojak Melayu dan rojak Cina serta inovasi orang India. Bahan-bahannya meliputi kentang, sotong, tauhu, tempe, telur dan bahan-bahan lain, termasuk ketam dengan tambahan hirisan timun. Kuahnya merupakan resipi 'rahsia' - boleh membuat orang Singapura meleleh air liur.

Rojak India dan Mi Maidin (mi berkuah yang menyaingi mi rebus buatan orang Melayu) pun tidak terdapat di India Selatan.

Malangnya, makanan terkenal ini tiba-tiba dijauhi ramai orang pada April tahun lalu ekoran kes keracunan dari gerai rojak India di pasar sementara Geylang Serai.

Kekuatan kedai mamak runcit atau disebut kedai kaka ialah pada usaha menjual apa saja - daripada gula-gula, rokok hingga kepada sabun dan syampu. Semuanya disusun rapi.

Pekedai mamak lazimnya tahan mata - berjaga dari pagi sehingga malam. Mereka terdapat di kawasan bandar dan Chinatown oleh kerana kedai-kedai moden seperti sekarang belum lagi bercambah.

Malah, ada orang kata, seorang India Muslim pantang melihat sebuah tembok yang kosong. Pasti dia akan membuka kedai kaka di situ.

Bagaimanapun, pembangunan dan kemunculan banyak kedai runcit sepanjang dua dekad lalu telah menjejas kedai-kedai mamak yang inovatif ini. Banyak 'kedai tembok' ini yang dibuka oleh orang India Muslim ditutup buat selama-lamanya. Segelintir saja yang bertahan, masih dibuka.

Nampaknya, daya inovatif saja tidak memadai pada hari ini. Soal kebersihan, keselamatan dan paparan produk dengan menarik menentukan jatuh bangun niaga.

Terbitan PTS Professional


Jelaslah, golongan peniaga India Muslim ini masih mengekalkan semangat inovasi mereka. Itu sesuatu yang amat baik dan merupakan rencah utama perniagaan mamak yang boleh kita pelajari.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .