Khamis, Disember 11, 2008

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri


Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice.

Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan.

Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog.

Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir.

Kehilangan jam antik milik Tuan Sofar bernilai berjuta ringgit membongkar kepada konspirasi kepada kematian beliau. Los dan Faun berjaya mencipta jalinan antara watak dan pada masa sama mematikan watak-watak tertentu sehingga pembongkaran pada akhir filem mendedahkan kisah sebenar.

Cerita yang membuat kita berfikir, mencari penyelesaian dan membuat kita tertawa. Tiga elemen dalam filem ini menjadikan Los dan Faun berbeza dalam penghasilannya.

Jika dikatakan Los dan Faun dapat dijadikan sekuel seterusnya sama ada dalam bentuk filem dan drama, filem pertama ini berjaya mencipta kesinambungan baru. Jika Jepun ada Detective Conan, kita pula mempunyai Los dan Faun di Malaysia.

Gambar di NZ Curry House. Klik di sini


Bercerita mengenai promosi Los dan Faun juga tidak kurang menariknya. Selain daripada kembara promosi, pendekatan pemasaran gerila oleh tim Los dan Faun rancak dilakukan. Tidak kurang hebatnya, pekerja-pekerja restoran Mamak NZ Curry House di Wangsa Maju juga turut serta mempromosikan. Cerita bisnes Mamak dan promosi artis saya sentuh di sini.

Saya menantikan sekuelnya. Pastinya mengekalkan momentum yang sama bukan mudah.



Nota: Ingin menjadi penulis bebas di majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini.

4 Respons:

Randy Furco berkata...

Hello

Anuar Manshor berkata...

Semacam ada diceduk idea daripada filem P. Ramlee.

Blog Rasmi Motivasi Minda berkata...

Ya, kita harus ingat, tanda aras Afdlin Shauki dalam penghasilan filem adalah P.Ramlee

Tanpa Nama berkata...

apa yg diceduknya?...
xperasan arr...
bg cth skit...

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates