Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Penulis sombong dan menderhaka seperti Tanggang?

"Mengapa Tuan tidak menjawab soalan saya di dalam Facebook berkenaan teknik menulis?" Buku ini adalah pelaburan paling murah kepada Tuan dan Cik Puan yang bercadang memasuki dunia penulisan buku secara profesional. Ia adalah nota-nota perguruan saya di bawah bimbingan Puan Ainon Mohd selain daripada rujukan-rujukan penting yang dapat memberi impak kepada penulisan saudara. Kebanyakan soalan di dalam mesej Facebook dan emel berkenaan teknik penulisan tidak dapat saya jawab sepenuhnya kerana ia banyak dimuatkan dalam buku ini. Saya gembira mendapatkan soalan susulan selepas buku ini dibaca, ia akan membawa kepada soalan yang lebih besar perspektifnya. Ini adalah disiplin yang saya sarankan kepada teman-teman. Mohon klik di sini  bagi mendapatkan senaskah buku Tip Menjadi Penulis Bestseller terbitan PTS.

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Berita] Sinar Kejora berubah demi pembaca setia

Klik di sini bagi koleksi foto Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menjadikan buletin mereka sebagai akses komunikasi antara KEJORA, bahagian dan penduduk kampung. Pakej persembahan buletin diubah agar ia memenuhi strategi buletin yang diambil, dibelek dan dibaca. Akademi Penulis berkampung di Johor Bahru bagi menyusun strategi penerbitan berwajah baru Sinar Kejora. Bimbingan penulisan buletin organisasi dikendalikan oleh saudara Zamri Mohamad. Jemputan organisasi melalui emel info@fineacademy.com.my , subjek; Bengkel Penulisan Buletin.

[Pesta Buku] Banjir tenggelamkan setiap tingkat di PWTC?

[Pesta Buku] Banjir tenggelamkan setiap tingkat di PWTC? Banjir , melimpah dari tingkat satu sehingga setiap tingkat pada hari Rabu lalu. Adakah  banjir manusia  akan terus menenggelamkan PWTC pada hari akhir? Gelombang terakhir Kota Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.  Khusus untuk mereka bergelar ibu, guru tadika, pendidik, penulis serta bakal penulis dan penerbit. Nota:  Bakal ibu dan bapa juga digalakkan hadir. Gelombang 4 Mei 2013, Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak oleh Puan Fazeila Isa. Masuk adalah percuma. 4 Mei 2013 Jam 3.00 petang Bilik Sarawak, PWTC Peserta akan  lemas  dengan maklumat-maklumat ini; (1) Apakah piramid bacaan kanak-kanak? Sekiranya piramid ini tidak diterapkan. Kanak-kanak berhadapan dengan situasi tahu membaca, tetapi tidak tahu apa 'dibacanya'.  (2) Memilih buku yang memberi kesan yang tepat. Apakah cara kita memilih buku dalam kategori yang betul? Ketahui jenis-jenis buku yang diterbit...

[Informasi] Pesta Buku di PWTC tidak sah kerana PRU?

Bilik Sabah terletak di tingkat 3 PWTC Pesta Buku PWTC  tidak sah lengkapnya  apabila pengunjung pesta buku tidak ke tingkat  tiga [3]  pada tarikh-tarikh berikut; Sabtu, 27 April 2013 pada jam 3.00 petang di tingkat tiga PWTC. Isnin, 29 April 2013  pada jam 3.00 petang  di tingkat tiga PWTC. Rabu, 1 Mei 2013  pada jam 3.00 petang  di tingkat tigaPWTC. Sabtu 4 Mei 2013  pada jam 3.00 petang  di tingkat tiga PWTC Perubahan lokasi dari tingkat lima ke tingkat tiga. Mengapa tidak sah lengkap? ˆSempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, Forum Profesional Kota Buku akan dianjurkan pada tarikh dan hari berikut. Program 27 April 2013 Forum  Menjadi Penulis Sepenuh Masa  bersama Ramlee Awang Murshid (RAM) dan Zahirudin Zabidi 29 April 2013 Bengkel dan Forum  Penulisan Skrip, dari buku ke layar  bersama Zabidi Mohamed. 1 Mei 2013  Sesi Menarik Pelanggan, Ayat-Ayat Magis  bersam...

[Info] Bengkel Penulisan Mesir, Singapura dan Malaysia

Klik pada imej Didoakan semua berada dalam kejutan kebaikan demi kebaikan yang datang dari segenap sudut kurniaan Allah kepada semua. Didoakan juga diberikan ketenangan, kelapangan dan kejayaan dalam perkara yang diperjuangkan. Dengan izin, kami memberi hebahan dalam poster kepada Tuan dan Cik Puan berkenaan program untuk komuniti berbahasa Melayu di Mesir, Malaysia dan Singapura pada bulan Mac, April dan Mei 2013. Mohon izin disampaikan kepada mereka yang dapat mengambil manfaat daripada usaha ini. Semua dijemput hadir melalui maklumat pada poster. Dengan izin Allah, dipermudahkan. Terima kasih

KLfm [PTS] Tip Menjadi Penulis Bestseller

[Informasi kepada bakal penulis] Dengan izin Allah, saudara Zamri Mohamad akan bersiaran dan berkongsi dengan Tuan serta Cik Puan teknik menukarkan pengalaman, kerjaya dan pengetahuan menjadi buku dan ebook berdasarkan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Mahukah Tuan dan Cik Puan mengajukan soalan atau memberikan testimonial buku Tip Menjadi Penulis Bestseller? Mohon izin klik atau layari url  http://bit.ly/bukupts  dan kirimkan soalan sebelum tarikh di bawah. Beliau akan bersiaran pada tarikh dan masa berikut, Radio KL.fm. pautan di  http://blog.kl.fm Selasa 26 Februari 2013 Jam 12.30 sehingga 1.00 tengah hari Buku ini juga dapat dibeli dengan  klik di sini .

Hebahan: Bengkel Penulisan Ebook

Per:  Kepada saudara yang mahu menulis non fiksyen Assalamualaikum wbt " Mahu kah saudara tukarkan pengalaman dan kemahiran saudara menjadi ebook dibaca ramai?" Ya " Mahu kah karya saudara dapat dibeli dan dibaca dari mana-mana ceruk dunia secara mudah" Ya " Mahu kah karya saudara dibawa oleh pembaca melalui hanfon,  laptop  dan  tablet  ke mana sahaja?" Jika  ya , teruskan membaca maklumat yang akan mengubah diari tahun ini. Bengkel Penulisan Ebook Belajar langkah demi langkah bagi membina ebook dalam format epub supaya kandungan kita sesuai dibaca untuk tablet dan telefon pintar. Seterusnya meningkatkan capaian kita kepada lebih ramai pelanggan. Terdapat banyak platform ebook di pasaran dan sesetengahnya menunggu ebook anda berada dalam platform mereka. Apabila Amazon, Apple Store,  KOBO ,  Esentral , Ebuuk dan  Download Ilmu  muncul, ia memberi kita petanda penting. Ebook semakin hari semakin dit...

[Hebahan] Berbaloikah berusaha memenuhi angan-angan sendiri?

"Apabila berada di sesi ini, saya tahu coachnya mengendalikan sesi seperti membangunkan karyanya sendiri.  Maka apa yang diberi kepada saya seperti dia memberi kepada diri sendiri." ... Tim kursuspenulisan.com membuka dua sesi sahaja bagi coaching berimpak tinggi.  Coaching dibuka kepada peserta yang yakin, percaya, jelas dengan apa yang dimahukan serta mahu bertindak.  Apa yang akan dikuasai peserta? (1) Cara menulis proposal buku. Berusaha memenuhi nilai bisnes dan pelaburan kembali penerbit. (2) Teknik menulis untuk pembaca umum di Malaysia. (3) Membangunkan tiga pelan pemasaran buku. Ikhtiar mendorong penerbit untuk menerbitkan. (4) Merancang kejayaan penulisan agar buat sekali makan berkali-kali. (5) Mengukur sama ada penulisan itu menarik minat penerbit atau tidak. Serta bagaimana mengubah suainya. (6) Formula TOWS bagi membangunkan rancangan kejayaan penulis. Bezanya coaching dan program umum kami ialah (1) Jum...