Langkau ke kandungan utama

Penjaja Air Kelapa cabar kita!


Dahulu saya pun pernah menjadi penjaja jalanan juga. Menjual air kacang soya dan kuih di sebelah sekolah jenis kebangsaan cina. Teknik pemasaran yang digunakan ialah mendapatkan maklumat tentang kelebihan air kacang soya. Kebetulan guru saya ketika itu, cikgu Yusmar Yazid meminjamkan saya buku dari organisasi jualan langsung yang disertainya.

Maka saya yang baru pandai menggunakan Powerpoint membuat iklan air kacang soya. Kelebihan yang masih saya ingat ialah membantu mencegah penyakit tulang reput. Saya laminate iklan yang dicetak atas kertas merah jambu dan ditampal depan bekas air yang dipinjamkan oleh jiran sebelah rumah, Kak Nora.

Bertahan perniagaan selama dua tahun. Selama dua tahun wang perniagaan untuk menampung pengajian tingkatan enam. Ayah cabar saya suruh bekerja, tetapi saya degil saya hendak belajar lagi. Jadi cari duit sendiri. Samalah juga dengan pelajar-pelajar cina tingkatan enam di sekolah saya dahulu. Ada yang menjadi penjual minyak wangi, penjual nasi lemak, mengajar taekwando di sekolah rendah dan macam-macam kerja untuk menampung yuran dan belanja harian sekolah serta yuran peperiksaan. Siapa kata anak-anak berbangsa cina tingkatan enam kaya-kaya? Mereka juga berjuang hendak dapatkan sesuatu.

Antara paling menarik dalam pengalaman berniaga ialah abang posmen yang selalu membawa botol kosong setiap hari untuk membeli air kacang soya. Ada seorang nenek tua Baba Nyonya selalu membeli air kacang soya dua bungkus untuk cucu-cucunya. Pernah ada meminta dibuat air kacang soya bagi tujuan perubatan (tanpa gula). Kebanyakan pelanggan yang datang asalnya membeli nasi lemak dan kuih. Sambil menunggu nasi lemak dibungkus, mereka membaca iklan di bekas air. Kemudian memesan paling kurang sebungkus.

Ini belum ditambah kisah penagih-penagih dadah datang makan di gerai saya dan Kak Nora. Malah mereka bergaduh mulut di meja makan. Ketika itu pisau dan wang jualan masih ada di atas meja tersebut. Teringat lagi wajah penagih tanpa kaki sebelah menunggang motor.

Malah ada juga pelanggan hendak minum percuma. Pelanggan bisu itu membuat bising dengan suaranya. Selagi tidak diberi air selagi itu dia tidak pergi. Percubaan kali keduanya gagal.

Hari ini, pemasaran gerai penjaja tepi jalan sudah semakin canggih. Seperti abang penjual air kelapa ini. Memasarkan perniagaan melalui internet (klik gambar).

Ulasan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...