Langkau ke kandungan utama

Apabila bertemu wakil Fleishman-Hillard


Baru-baru ini saya bersama dua rakan lagi pergi menemui agensi perhubungan awam yang dilantik oleh BMW, Fleishman-Hillard Kuala Lumpur bagi perbincangan tayangan 10 filem pendek yang telah bertanding dalam BMW Shorties Competition. Idea ini timbul selepas kami menonton kesemua filem tersebut dan merasakan ia boleh dibawa ke tontonan umum. Percayalah, mesej yang diketengahkan memang benar-benar dekat masyarakat Malaysia.

Apa yang menarik dengan pertemuan bersama wakil Fleishman-Hillard Kuala Lumpur? Ada beberapa perkara yang menyeronokan bagi saya.

Budaya perbincangan yang terus kepada topik. Tidak ada banyak protokol mesyuarat. Kami datang disambut dengan mesra, bersalam erat dan duduk di bilik mensyuarat dan berbincang.

Cara mereka berinteraksi menunjukkan profesionalisme yang jelas. Ada satu rasa hormat yang kita rasai dari mereka.

Mereka berbincang dari satu isu ke satu isu. Melalui kertas kerja kami mereka menyentuh setiap cadangan bentuk program untuk malam tayangan tersebut.

Mereka memberi cadangan berdasarkan pengalaman menguruskan program-program dari jenis program, jemputan dan seumpamanya.

Meskipun ini merupakan program pelajar yang dinaungi universiti (melalui perbelanjaan dan tempat), Fleishman-Hillard Kuala Lumpur melihat ia satu program pelajar yang serius dan perlu dikendalikan dengan bersungguh-sungguh.

Satu perkara yang penting dalam pertemuan ini ialah berkenaan isu mencipta fokus. Apabila kami suarakan untuk membawa personaliti tv untuk menjadi moderator dalam usaha menarik hadirin, mereka bertanya, “Siapakah tumpuan saudara, personaliti itu atau pengarah bersama filem pendeknya?”

Jelasnya, meskipun berjaya menarik ramai pengunjung, ia tidak akan memenuhi objektif program iaitu memperkenal filem pendek dan pengarahnya sepanjang tayangan. Ramai tidak semestinya berjaya jika fokus dan objektifnya tersasar. Maklumat ini memberi impak kepada saya untuk sentiasa melihat kedua-dua perkara ini setiap kali menganjurkan program atau apa sahaja.

Bagi menjaga standar klien iaitu BMW, setiap surat menyurat berkenaan jemputan, poster dan promosi harus melalui mereka agar ia memenuhi standard yang ditetapkan. Kami buat mereka saring.

Sekadar perkongsian maklumat berkenaan Fleishman-Hillard Kuala Lumpur.

2005 International Agency of the Year - The Holmes Report

An Omnicom company, Fleishman-Hillard is a leading global public relations consultancy operating 84 offices across 24 countries. In Asia Pacific, our network of 11 wholly-owned offices spans eight countries. Visit www.fleishman.com for more information and job opportunities.

Pertemuan seterusnya 1 Jun 2007

Tip penulis bebas: Fokus kepada subjek dalam penulisan sama seperti fokus yang diterangkan oleh wakil Fleishman-Hillard dalam cerita ini. Selepas mendapat semua idea, susun ikut aturan dalam artikel yang dihasilkan samalah seperti bergerak dari satu isi ke satu isi sebagaimana dibuat oleh wakil Fleishman-Hillard dalam pertemuan ini.

Berkongsilah pengalaman dan idea yang kita ada kepada orang baru (pembaca) agar mereka mendapat satu perspektif lain dalam mengembangkan kefahaman mereka.

Teliti dalam setiap kerja. Cuba double check atau semak dua kali setiap kerja yang dibuat.

Ulasan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...