Layari www.pengaruhbos.wordpress.com
"Saya selalu dimarah bos."
"Bos bukan faham apa kita mahu. Dia tahu arahkan sahaja."
"Aku tidak ada apa-apa masalah. Setakat ini, bos aku memang senang dengan cara aku."
"Eh, yakah? Kongsikan kami caranya."
Dalam sebuah organisasi, kita berhadapan dengan pelbagai ragam pekerja dengan karenah yang berbeza. Tetapi masing-masing mempunyai tujuan yang sama. Pertama memenuhi tanggungjawab yang diberikan. Kedua mewujudkan rasa selesa dalam suasana bekerja dengan memenangi hati bos.
Setiap pekerja mempunyai rahsia memenangi hati bos dengan pendekatan tersendiri. Inilah yang disebut sebagai cara streetsmart, iaitu mempelajari petua memenangi hati bos berpandukan pengalaman orang lain.
Laman ini cuba mendedahkan rahsia mempengaruhi bos dengan pendekatan yang praktikal dan sesuai digunakan dalam suasana bekerja tempatan.
Ada soalan dan hendak berkongsi pengalama suka duka sepanjang bekerja di bawah bos anda? Kongsikan bersama kami.
Sebagai menghormati individu, saya mengaplikasikan pendekatan Ron Kaufman.
Pertama. Cerita yang berunsur pujian harus disebutkan nama dan organisasinya.
Kedua. Cerita atau masalah yang berunsur negatif. Cukuplah dengan memberi gambaran keburukan itu dan tempat bekerja secara umum tanpa menyebut nama individu dan majikan.
Ulasan