Langkau ke kandungan utama

Sepenuh hati

Saya akui, belajar dari orang lama kita akan belajar dari hikmah pengalamannya. Saya belajar dari seorang majikan yang sangat tinggi determination (kesungguhan) dalam satu-satu kerja.

Beliau sering berkata, “Jika saya mahu, saya akan usahakan sampai dapat.” Meskipun umurnya sudah menjangkau lebih 50 tahun, sikapnya yang kelihatan seperti anak muda yang mahukan sesuatu.

Mengapa majikan ini bersikap demikian. Katanya, “Jika saya diberi kerja saya akan berikan yang terbaik. Ia bukan tentang diri saya. Saya tidak peduli tentang diri saya, saya peduli dengan apa yang dipertanggungjawabkan.”

Mungkin pendekatan majikan ini agak drastik dan ada waktunya melanggar protokol. Tetapi apabila hati sudah bulat dengan apa yang dibuat membawa kebaikan kepada pihak yang satu lagi, ia bukan menjadi isu lagi. Dia akan lakukan.

Pernah sekali majikan ini sangat bersungguh-sungguh memenuhi satu tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Dibuatnya walaupun mendapat respon negatif. Apabila selesai segala-galanya, pegawai atasan ini mengajaknya untuk makan bersama dalam acara makan malam. Dia menolak kerana dia tahu, kerja itu adalah tumpuan utamanya bukan makan malam itu. Sudah beberapa kali dia menolak dalam beberapa acara majlis yang besar. Pekerja serta rakan memahami betapa seriusnya dia dengan amanah itu.

Ulasan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...