Langkau ke kandungan utama

Roti Canai Fanomena Dunia

Dari catatan buku Rahsia Bisnes Mamak

Apabila Kayu Nasi Kandar membuat pelaburan dalam pembinaan kilang makanan sejuk beku dan makanan dalam tin halal dengan tujuan eksport luar negara. Satu persoalan timbul. Apakah indikator-indikator atau tanda aras yang menunjukan makanan dalam tin halal atau makan sejuk beku buatan tempatan mempunyai potensi besar dalam pasaran di Eropah, Australia dan China.

Kayu Nasi Kandar bukan sahaja menghantar salah seorang pengarah syarikat Kayu Nasi Kandar Sendirian Berhad ke London bagi melihat potensi di sana, malah dengan indikator-indikator lain yang timbul dalam pergerakan perniagaan menjadikan usaha ini terus dilakukan. Salah satu kes menarik berkaitan permintaan roti canai segera di luar negara.

Pertama, kegilaan masyarakat Jepun membeli roti canai pada harga RM28 sekeping di Pavilion Malaysia ketika ekspo yang berlangsung pada tahun 2005. Ekspo Aichi ini menarik seramai 19 juta pengunjung bermula pada Mac sehingga September 2005. Roti canai Malaysia Boleh yang diusahakan bersama Malaysia dan Jepun iaitu Fine Co. Ltd.. Syarikat ini turut mempunyai beberapa restoran lain iaitu European Table dan Omaimaniya Nippon.

Persepsi masyarakat Jepun melihat roti canai sebagai satu makanan eksotik mendorong mereka mencuba. Menurut salah seorang pengerak Fine Co. Ltd, Rosdi Ahmad dari Bayan Lepas, Pulau Pinang berkata Fine menerima sebanyak seribu komen positif tentang roti canai Malaysia Boleh di internet. Jualan di tapak ekspo yang mencecah kepada 1800 keping sehari dianggarkan menjangkau pulangan sebanyak RM50, 000.

Roti canai segera mempunyai pasaran yang luas bagi memenuhi kehendak penduduk Asia yang berada di Amerika dan Eropah. Presiden dan ketua pegawai eksekutif Dewan Perniagaan Garden Grove, Connie Margolin berkata roti canai segera dapat memenuhi permintaan makanan halal apabila pemasaran produk ini dibawa masuk melalui Persatuan Projek Kebajikan Islam di Anaheim, California yang mempunyai Pusat Islam yang beroperasi aktif.

Indikator lain yang menunjukkan roti canai segera menjadi permintaan antarabangsa apabila adanya maklum balas niaga positif di Amerika Syarikat. Roti canai segera yang dihasilkan dari Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang berpotensi dan mempunyai persamaan dengan tortillas, iaitu makanan dari Mexico.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pusat Dagangan Dunia Daerah Orange, Jean A. Whitney memberi gambaran produk roti canai segera ini dapat diterima sebagai makanan segera yang memenuhi selera pelbagai budaya.

Selain daripada membawa idea pemasaran produk roti canai segera kepada 500 peniaga berdaftar yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Hispanic di daerah Orange, kerjasama perniagaan lain ialah dengan memasarkan roti canai segera melalui Armada Global Incorporated. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberikan hak pemasaran eksklusif di Amerika Utara bagi produk ini.

Indikator ketiga pula melibatkan penerimaan roti canai di pasaran China yang dijual pada harga RM10 sekeping. Ia menurut pemerhatian dan analisa Setiausaha Agung Persatuan Restoran Ku Su Shin Choon Hung Wilayah Persekutuan (Ku Su), Ringo Kaw Fan Chu. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Operasi Kelana Seafood Centre Sdn. Bhd. Permintaan roti canai sebagai makanan halal membawa kepada perubahan strategi perniagaan bangsa cina sendiri.

Populariti roti canai menjadikan pengusaha restoran cina di New York memperkenalkan makanan ini kepada warga Amerika. Helen Tong berasal dari Kuala Lumpur adalah pemilik restoran Taste Good Malaysian yang beroperasi di Chinatown, New York mendapati masyarakat Amerika menerima roti canai sebagai salah satu menu kegemaran. Restoran Taste Good Malaysian disenaraikan sebagai restoran Malaysia nombor satu di New York mengatasi sepuluh restoran Malaysia lain menurut tabloid tempatan The Village Voice dalam bancian ramai pada Mei 2002.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...