Langkau ke kandungan utama

Hari ini adalah hari ilmu

Dari kiri, Puan Nisah, Puan Jamilah, Puan Pn. Rashidah Mat Nor dan saya
Dari kiri. Saya, Tuan Shamsuddin, Tuan Balam Moses dan Bridget Menezes
Dari kiri. Saya, Teoh Shu Ning, Deborah Augustin, Aliff Firdaus, Darell Koh dan Puan Maya Iris


Hari ini adalah hari ilmu. Itu mengikut pandangan saya. Selama tiga hari ini bermula Isnin, Selasa dan Rabu, MPH mengadakan sesi fotografi bagi penulis-penulis bestseller. Temanya 50 tahun kemerdekaan negara kita. Pakaian tradisional merupakan pakaian yang digalakkan oleh penganjur.

Teringat pula kata Tuan Shamsuddin Ab Kadir yang hadir pada hari itu, "Kalau saya pakai baju Melayu pagi-pagi, nanti disangka hendak bernikah satu lagi." Maka kot menjadi pilihan beliau.

Saya berpeluang belajar dari beberapa penulis dari penerbitan lain. Alhamdulillah, itulah yang saya sebut hari ini hari ilmu.

Penulis bernama Bridget Menezes berkongsi petua cerianya, "Mengapa perlu marah-marah jika orang lain tersilap ketika membawa kenderaan. Jika orang lain tersilap kita masamkan muka. Saya ubah cara saya, saya lambaikan tangan dan senyum mesra. Harapan saya agar dia akan lebih ingat peristiwa ini dan lebih berhati-hati. Bukankah memberi kebaikan lebih baik daripada memberi kebencian?"

Penulis Malaysian Flavours, Manglish dan A Nyonya Texas yang juga merupakan tenaga akademik di UKM, Puan Lee Su Kim, "Bagus untuk kamu menulis dalam bahasa kamu bagi keperluan anak-anak kampung. Saya sedang membuat sebuah buku humor terhadap orang Barat. Jika mereka boleh membuat humor terhadap kita, mengapa tidak kita? Humor ringan sebagai mendorong mereka berfikir"

Penulis-penulis lain yang turut hadiri ialah Puan Rashidah Mat Nor dari PTS Pro, penulis Kaedah Mengajar Sains, Puan Maya Iris, penulis buku Curahan Cinta Niagara, Puan Nisah Haron, penulis Mencari Locus Standi, Tuan Balam Moses, penulis Brickfields: A Time, A Place, A Memory,Tuan K. Kanagandram ahli Outstanding Citizen, Alif Firdaus yang juga penulis, kartunis dan ahli silap mata PTS One dan Puan Jamilah Samian penulis Cool Mum Super Dad. Dato Johan Jaafar juga ada di situ.

Saya mendapat inspirasi daripada tiga penulis muda yang datang untuk sesi fotografi. Mereka mengingatkan saya kepada pengalaman saya pada umur mereka sekitar 18-20 tahun. Finalis pertandingan MPH Young Writers ini mempunyai kesungguhan untuk berkarya dan saya harapkan mereka bakal menjadi penulis yang prolifik. Ucapan selamat saya kepada Teoh Shu Ning, Deborah Augustin dan Darell Koh.

Terima kasih MPH, karipap dan roti yang sepatutnya menjadi prop akhirnya dimakan oleh kami penulis-penulis. Apa pun MPH Mid Valley mempunyai pasukan kerja yang proaktif! Juga terima kasih kepada presiden Mahallah Ali, saudara Haeqal kerana sama-sama untuk agenda pagi ini.

Ulasan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...