Langkau ke kandungan utama

Mesej sama, impak berbeza

Kisah pertama.

Isa melihat Adam berjalan keluar dari simpang rumahnya. Cepat-cepat Isa memanggil, "Adam, marilah ke sini. Aku hendak bercerita dengan kamu."

Adam menghampiri Isa yang masih duduk di bawak pokok kelapa di tepi jalan. Tanya Adam, "Cerita apa?"

Jawab Isa, "Tadi aku baru pulang dari rumah ustaz Robbani. Ustaz kata, kalau kita hendak rezeki murah kita bersedekah. Allah beri lagi banyak pulangan kepada kita."

Adam mendengar dengan khusyuk lalu membalas, "Yakah? Kalau begitu hari ini juga aku hendak bersedekah!"

Kisah kedua.

Isa melihat Adam berjalan keluar dari simpang rumahnya. Cepat-cepat Isa memanggil, "Adam, marilah ke sini. Aku hendak bercerita dengan kamu."

Adam menghampiri Isa yang masih duduk di bawak pokok kelapa di tepi jalan. Tanya Adam, "Cerita apa?"

Jawab Isa, "Tadi aku baru pulang dari rumah ustaz Robbani. Ustaz kata, kita mesti bersedekah, jangan kedekut. Kau aku tengok asyik membazir sahaja. Dosa tahu kalau buat benda sia-sia. Nanti jadi saudara syaitan. Kau mesti bertaubat. Hendak jadi saudara syaitankah?

Adam mendengar dengan khusyuk lalu membalas, "Sudahlah! Aku tahulah aku jahat. Janganlah hendak marah-marah aku. Tahulah apa aku hendak buat"

Apakah perbezaan kedua-dua cerita ini?

Cara mesej disampaikan. Kedua-duanya menyeru perkara yang sama iaitu membuat kebaikan. Tetapi mesej disampaikan dalam dua cara berbeza.

Pertama.

Mesej Isa dalam dialog pertama tidak membodoh-bodohkan dan merendah-rendahkan Adam. Isa terus kepada apa yang disampaikan ustaz Robbani di rumahnya tadi. Sama seperti pembaca buku dan blog, jika ayatnya terus kepada tip tanpa perlu menceritakan betapa kurangnya akal pembaca jika tidak berbuat demikian maka mesej itu mudah diterima.

Kedua.

Mesej Isa dalam dialog kedua merendah-rendahkan kemampuan Adam. Sangat negatif bunyinya. Isa ingin membuktikan Adam salah dan mesti membetulkan diri. Sama juga dalam penulisan buku dan blog, jika adanya mesej seperti ini, kita seolah-olah merendah-rendahkan kemampuan pembaca. Seolah-olah kita lebih tahu teori itu berbanding diri pembaca dan kita lebih berautoriti dan pembaca ikut sahaja.

Jika saudara terjumpa mesej seperti ini dalam blog saya, beritahu dan saya akan ubah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...