Langkau ke kandungan utama

Peluang

Mentor saya, Puan Ainon Mohd pernah bercerita tentang peluang.

"Peluang adalah produk mental kita. Ia bersifat abstrak sehinggalah kita menzahirkannya."

Hari ini dalam akhbar Kosmo bertarik 25 Mei 2007, Ketua Eksekutif Di Kayu Nasi Kandar (dalam laporan BERNAMA beberapa tahun lalu ia dipanggil Kayu Nasi Kandar), Tuan Sirajuddin Mydin berkata, "Semua cawangan Di Kayu Nasi Kandar akan menurunkan harga makanan sebanyak 30 peratus ketika mana harga barang sedang naik. Ini adalah cara kami bersaing dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami yakin kami akan bertahan sehingga tahun 2012"

Peluang bagi sesetengah peniagaialah menaikkan harga ketika mana harga barang naik. Bagi sesetengah lain (jarang dibuat) menurunkan harga ketika harga barang naik. Tuan Sirajuddin menzahirkan peluang dalam pendekatan bukan tradisional.

Perubahan penentuan harga makanan juga diubah. Dahulu ia dikira mengikut harga sepinggan. Contohnya, ayam kurma, sayur dan nasi harganya RM5.00 sepinggan. Di UIAM selalu begitu, RM5.00 termasuk air milo ais atau teh ais sebungkus. Kini ia dikira berasingan, ayam harga lain, sayur harga lain, nasi harga lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...