Langkau ke kandungan utama

Christopher Paolini

Saya menulis entri ini termasuk beberapa entri lain ketika jam 4.30 pagi. Apa yang saya buat pagi-pagi ini? Bertahan sampai matahari terbit. Tidur sebentar dan bangkit semula untuk bersiap ke Kuala Lumpur Convention Centre jam 5 petang bagi sesi autograf (hmm ada orangkah?)

Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya petik semula dari Tuan Shaharom TM Sulaiman dalam akhbar KOSMO minggu ini. Sudah lupa bilakah tarikhnya.

Cerita tentang penulis buku terlaris ERAGON. Ada sebahagian daripada kita sudah menonton versi filemnya. Ada beberapa tip dalam dunia penulisan yang dikongsi dalam artikel ini.

Penulis bernama Christopher Paolini dari Paradise Valley, Montana telah menulis sejak umur 15 tahun. Beliau sebenarnya sudah lama menulis novel ini sepanjang 500 helaian bermula dari umur itu.

Christopher berkata, bagi memudahkan beliau menulis novel berat ini, beliau telah membaca buku-buku berkaitan termasuklah Lord of The Ring.

Tipnya, jika hendak menulis tentang subjek A, maka bacalah buku yang berkaitan dengan subjek A. Begitulah seterusnya.

Tip kedua, mulakan budaya menulis sekarang. Jika yang membaca blog ini umurnya 10 tahun, mulakan penulisan pada umur 10 tahun. Jika umurnya sudah 40 tahun jangan kata, "saya sudah tua, lambat nak berfikir. Kamu masih muda baguslah menulis. Saya tinggal cita-cita sahaja."

Nanti dahulu!

Mulakan menulis dari sekarang.

Ulasan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...