Langkau ke kandungan utama

Blogger Indonesia baca karya blogger Malaysia

Assalam alaikum rakan-rakan blogger dan para pembaca buku sekalian.

Tahukah saudara-saudari sekalian blog kita bukan sahaja dibaca oleh rakan-rakan di Malaysia, malah sahabat dan jiran kita dari Brunei, Singapura dan Indonesia juga melawat dan membacanya. Dalam keadaan ini, bagaimanakah kita sebagai blogger boleh membantu memberikan mereka kefahaman terhadap apa yang kita tuliskan di sini?

Penggunaan bahasa Melayu standard.

Bahasa Melayu standard berbeza dengan bahasa Melayu slanga dan pasar kerana ia bersifat mesra pembaca. Meskipun tidaklah seratus peratus para pembaca dari negara jiran dapat memahami setiap satu perkataan, tetapi ia amat membantu untuk mereka mendapatkan maklumat dari blog kita.

Seperti dalam entri sebelum ini saya pernah bercerita tentang jemputan Komunitas Penulis Indonesia untuk menyertai mereka, para pemilik blog lain juga berpeluang mendapat jemputan yang sama. Permudahkan mereka, insya Allah mereka akan menghargai usaha saudara.

Kedua, menulis dengan menggunakan bahasa Melayu standard memudahkan penulis blog untuk menuli buku kelak. Bagaimana?

Saya dapati ramai ahli blog yang mempunyai potensi besar menjadi penulis buku. Malah ada beberapa ahli blog menghantar mesej untuk menjadi penulis bersama. Setakat ini saya sedang menguruskan 3 buku serentak bersama 3 penulis bersama (penat sebenarnya menulis karya bestseller seorang diri. Kita kongsi rezeki ramai-ramai)

Apabila saudara menulis blog dengan bahasa Melayu standard, saudara tidak perlu bekerja dua kali untuk menulisnya semula apabila ia dibuat dalam bentuk buku. Ia mempercepatkan tugas saudara.

Bagi penerbit mereka suka jika buku saudara kelak ditulis dalam bahasa Melayu standard kerana ia mudah diterjemah dan diadaptasi ke dalam bahasa lain untuk tujuan sebaran Asia Tenggara dan mana-mana ceruk dunia.

Penggunaan bahasa Melayu standar juga memudahkan akhbar atau majalah memetik artikel di blog saudara jika mereka ingin gunakan. Sebagai contoh akhbar Kosmo pernah memetik salah satu tip dalam blog saya bersama seorang penulis bersama ketika membincangkan isu rahsia bisnes Mamak

Mari kita gunakan bahasa Melayu standard untuk gerak kerja penulisan dan sebar idea dengan lebih efektif

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...