Saya baru sahaja tiba dari Festival Buku Popular 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Rupa-rupanya saya tidak perlu membeli tiket dua ringgit dengan diberi sebuah katalog dan kertas kuning yang dililit di tangan. Cik Azarina sudah menyiapkan tag khas untuk penulis-penulis buku Melayu di gerai jualan.
Tahun ini Popular memperkenalkan konsep terbuka. Tidak ada lagi gerai yang dibuka atas nama penerbitan.
Sesak juga hari pertama Festival Buku ini. Kami terpaksa berasak-asak sedikit untuk bergerak dari satu dewan ke dewan. Rupa-rupanya saya tersesat, gerai jualan buku Melayu terleak sebelah kiri dari pintu masuk utama. Saya pula mengelilingi keseluruhan dewan.
Kulit buku dari negara Taiwan, Hong Kong, China dan Singapura benar-benar menggoda saya. Meskipun saya tidak memahami bahasa mandarin (belajar pun tidak sampai separuh) maka godaan itu terhenti setakat kulit buku sahaja. Ada beberapa gerai jualan buku yang memainkan video pakar motivasi, EQ dan IQ dalam ceramah. Muda-muda dan bertenaga.
Akhirnya saya tiba di gerai jualan buku bahasa melayu. Ketika itu tiga orang kartunis, abang Rem, abang One dan abang Ujang sedang melukiskan karikatur pengunjung.
Sekitar jam 3.00 petang Puan Aina Emir dan empat orang penulis di bawah Karna Dya datang memenuhi kerusi bagi sesi autograf. Ketika itu saya sedang melayan para pekerja Popular di situ. Seorang berbangsa cina, namanya Teow Kuan Woei. Pelajar tahun akhir peringkat Diploma di Kolej TAR. Beliau mengambil diploma dalam bidang pengurusan perniagaan.
Ketika saya berbual dengan Teow yang berasal dari Setiawan ini, beliau sempat berkata kepada saya, " Saya tidak ada apa-apa masalah untuk bersosial. Ada orang hendak makan pun perlu diteman. Hendak kemana-mana perlu diajak orang lain. Kalau tidak mahu merajuk pula."
Itu cerita Teow, pelajar berusia 21 tahun.
Kemudian berkenalan dengan saudara Ajib, pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrik dalam bidang akaun. Beliau banyak bertanya tentang kaedah menulis dan bagaimana menjadi penulis yang konsisten. Saya andaikan, jika ada istilah tindakan dalam minatnya, saya yakin beliau juga boleh menjadi penulis yang berpotensi.
Minatnya dapat dirasa dengan sikap suka bertanya. Soalan-soalan yang tepat dan terus kepada sasaran. Bukan sekadar penyedap rasa. Kita boleh merasakan jika seseorang itu bertanya dengan niat ingin belajar.
Pelbagai ragam pelanggan dapat kita lihat sepanjang festival. Ada yang tidak mahu berbual panjang, tetapi hendak mendapatkan nombor telefon dan e-mel meskipun baru bercakap sepatah dua. Mungkin kerana anak yang dibawa melarikan perhatian si ayah ini. Meskipun bercakapsambil melihat buku-buku, pelanggan ini mesra pada hujung-hujung waktu. Yalah, jika saya pun, sekali sekali mata akan terleka melihat buku-buku.
Bertemu juga pensyarah muda yang berminat menulis. Tetapi berminat menulis dalam penulisan akademik. Beliau yang datang bersama rakan yang merupakan kakitangan Telekom. Kedua-duanya mempunyai sifat yang terbuka dan mesra sepanjang perbualan.
Tamat sahaja sesi bersama kumpulan penulis Karna Dya, saya mengambil tempat sekitar sejam di meja yang disediakan. Antara yang datang ialah Tuan Borhan dan rakan dari DAWAMA dan pengunjung-pengunjung berbangsa Melayu lain.
Terkejut juga saya dengan permintaan seorang kakitangan Popular untuk mendapatkan tandatangan di bajunya. Harap-harap dakwat pen itu tidak hilang selepas dibasuh ya!
Terima kasih kepada Elisa Ang dengan komitmen beliau dalam meperkenalkan penulis dan bersama-sama sepanjang program. Tidak dilupakan cik Azarina yang sangat bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Terima kasih sekali lagi!
Oh, Popular sedang mencari chef yang tahu memasak masakan tradisional Melayu. Buku masakan dwibahasa adalah projek terbaru Popular di bawah tanggungjawab cik Azarina. Jika ada sesiapa bergelar chef di sini, silakan sertai projek ini!

Ulasan