Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2005

kesibukan tiga dalam satu

Kesibukan dan keseronokan berganda. Syukur kepada Allah, akhirnya laman web kolej Ali dapat dilayari di www.aliman.cjb.net yang sudah seminggu di dunia maya. Aku sungguh berpuas hati, meskipun tidak sesempurna mana kerana dalam penghujung pengajian ini, diberi kekuatan oleh Allah untuk menghasilkannya. Menariknya laman web ini mempunyai laman webTV, radio, akhbar dan ruangan chat. Itulah benda-benda yang akan membuat orang melayarinya. Sekadar melihat muka perwakilan kolej setiap hari pun membosankan juga. Jadi perlulah beralih angin sementara. Dalam masa yang sama, kami di sini melalui pertandingan seni budaya dan persembahan pentas bermula dari Selasa sehingga Khamis lalu. Syukur sekali lagi, kolej Ali merangkul kejuaraan untuk pertandingan ini. Kami memenangi acara drama dan nyanyian, sementara seni budaya di tempat kedua. Itu pun ada juga cerita-cerita yang tidak berpuas hati, namun tak kurang yang bergembira bersama kami. Perkara yang menggembirakan kami ialah 'ayah' kepa

New World Order

Getaran telefon bimbit yang dimatikan bunyinya tidak aku sedari. Selepas sejam ia berada di atas katil, barulah aku tergerak untuk mengambilnya. 'One missed call. One message received' Siapalah agaknya, aku tertanya-tanya. Mungkin penting benar sehinggakan terpaksa menghubungiku tengah hari ini. "Assalamualaikum, please attend a talk by George Galloway, Member of Parliment, Britain on behalf of Ansar. Jot down any important points, ask for one copy of the video recording." Baru aku teringat ada satu ceramah umum oleh individu yang dmaksudkan pada petang itu. Nampaknya terpkasa membatalkan beberapa perkara penting petang itu. Bukan satu peluang yang terbuka setiap hari mendengar tetamu dari luar negara, seorang ahli parlimen dan aktivis anti perang berkongsi sesuatu dengan kita di tanah air. Alhamdulillah, mujurlah ada Ahmad Juwaini, sahabat yang meminjamkan aku kamera digital yang tidak sampai seminggu umurnya. Tujuannya, untuk aku merakamkan dalam bentuk audio sebaga

Laman web dunia

Aku sedang dalam kesibukan menyiapkan banyak perkara. Moga Allah mempermudahkan tugas-tugasku. Ketika ini aku sedang sibuk menyiapkan projek laman web kolej yang bakal berada dalam dunia maya tidak lama lagi. Ini adalah salah satu pendekatan yang dilancarkan oleh Sekretariat Penerbitan dan ICT dalam projek pemasaran jenama kami mengadaptasi dari pendekatan pemasaran dalam dunia niaga. Ada yang menyangka aku menggunakan perisian canggih untuk membuatnya, percayalah anda sendiri boleh menghasilkan sendiri melalui perisian Frontpage. Kelak laman web ini akan mempunyai webTV sendiri yang akan memaparkan aktivit-aktiviti kampus dan kehidupan di UIAM. Laman ini kelak dihubungkan dengan laman radio maya dan akhbar digital untuk menggalakan orang ramai melayarinya. Aku harus berterima kasih kepada abang Amirudin kerana mengajarku cara memuat turun video ke laman web. Mungkin satu hari nanti aku akan mencipta rancangan webTV aku sendiri dalam blog dan web MotivasiMinda kelak untuk siaran seluru

Secawan Milo perang.

Secawan Milo perang. Ada beberapa fakta menarik yang haris dijadikan renungan dan peringatan buat kita yang serius memikirkan nilai hidup, keamanan dan perpaduan umat.Sepanjang tiga hari ini (15-17 Disember 2005) PWTC menjadi tumpuan dunia melalui Forum Perdana Kemanan Sejagat. Ia dsifatkan sebagai perkumpulan manusia antarabangsa yang menenatng idea dan pelaksanaan Amerika dalam pengurusan dunia berteraskan peperangan gila. "Lihat sahaja suasananya. Di kiri dan kanan kamu adalah manusia-manusia antarabangsa yang turun ke satu tempat untuk bukan untuk bercakap kosong tetapi mendedahkan keburukan Amerika yang melampaui batas..." kata abang Jef berkongsi ceritanya yang hadir ke forum tersebut. Burger yang terhidang sekadar mengenyangkan perut. Jus dan Milo yang dihantar oleh mamak sekadar memaniskan hujung lidah. Cerita dan perbincangan dalam perut PWTC tentang Amerika adalah santapan minda. Sambungnya lagi, "Perkara yang menarik apabila Daniel Ellsberg, aktivis anti pera

Kempen global antiperang patut disegerakan

Kempen global antiperang patut disegerakan Laporan Berita Harian 15,16 & 17 Disember 2005 Oleh Jamhariah Jaafar SEJUMLAH 360 tan senjata mengandungi uranium digunakan dalam pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada 1991. Tiga tahun selepas itu, pakar perubatan di Basrah mendapati barah di kalangan kanak-kanak bertambah dan sekarang ia meningkat tujuh kali ganda, 700 peratus dan kehabisan ikhtiar untuk merawat mereka. Kejadian itu menyaksikan ada kanak-kanak dilahirkan tanpa memiliki otak, hanya memiliki sebelah mata, tidak ada tangan. Wanita Iraq amat gerun untuk melahirkan anak, gerun untuk melihat apa yang bakal keluar dari rahim mereka. AS dan sekutu sudah mencemarkan ‘buaian tamadun manusia’ seumur hidup kerana semua mangsa perang ini dan pewaris mereka terpaksa hidup dengan penyakit barah seumur hidup. Gambaran yang diluahkan Pengasas dan Presiden Institut Penyelidikan Dasar Nuklear (NPRI) Amerika Syarikat, Dr Helen Caldicott pasti menggerunkan lebih 2,000 tetamu Forum K

Masyarakat dunia perlu buktikan peperangan tidak beri manfaat

Masyarakat dunia perlu buktikan peperangan tidak beri manfaat Laporan Berita Harian 15, 16 & 17 Disember 2005 KUALA LUMPUR: Masyarakat dunia mesti bersatu dalam membuktikan peperangan tidak mendatangkan sebarang manfaat termasuk dari segi material, di samping sepakat mendedahkan segala bentuk penyelewengan yang menindas rakyat. Pengarah Urusan yang juga Pengarah Program CorpWatch, Pratap Chatterjee, berkata tindakan melampau Amerika Syarikat yang kononnya mahu membantu pemulihan dan pembangunan semula Iraq adalah antara contoh penyalahgunaan kuasa yang tidak wajar dilindungi. Sebagai contoh, katanya, kontraktor Amerika di Iraq dibayar setinggi AS$80,000 setahun sedangkan pada masa sama, 60 peratus daripada rakyat Iraq tidak mempunyai pekerjaan. “Gaji seorang pemandu trak tidak mahir berbangsa Amerika di Iraq ialah AS$80,000 setahun, orang Filipina dan India dibayar AS$3,000 manakala rakyat Iraq hanya menerima AS$1,000 setahun... ini membuatkan mereka kecewa. “Ada juga yang menggaj

Dedah maklumat elak peperangan

Dedah maklumat elak peperangan’ Laporan Berita Harian 15-17 Disember 2005 Forum Keamanan Sejagar KUALA LUMPUR: Setiap warga dunia yang mempunyai sebarang maklumat yang mampu mengelak atau menghentikan peperangan wajar tampil mendedahkannya bagi menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa akibat dasar luar kuasa besar. Aktivis antiperang dari Amerika, Daniel Ellsberg, yang terbabit dalam pentadbiran Presiden Richard Nixon ketika Amerika melancarkan perang terhadap Vietnam, berkata pendedahan maklumat penting boleh mengelak berlakunya perang. “Hanya beberapa orang yang rapat dengan Nixon membuat keputusan menentukan nasib jutaan rakyat di sebuah negara yang beribu-ribu batu jauhnya dan tidak mungkin sama sekali mengancam Amerika dalam apa cara sekali pun. “Saya menolak cadangan menyerang Vietnam ketika itu kerana sedar perang tidak akan membawa sebarang hasil sebaliknya mengorbankan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak selain menelan belanja yang amat besar. “Keadaan di Iraq juga tida

Pakatan agama selesaikan konflik

Himpunan laporan Forum Perdana Kemanan Sejagat Laporan Berita Harian 15, 16 dan 17 Disember 2005 Pakatan agama selesaikan konflik MASYARAKAT antarabangsa perlu mengadakan perikatan kerjasama antara agama bagi mencari penyelesaian kepada konflik dan peperangan yang kini sering dikaitkan dengan agama, khususnya Islam. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif American Society for Muslim Advancement (Asma Society), Feisal Abdul Rauf, berkata tidak mungkin konflik, khususnya antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, dapat ditangani sendirian. “Ia memerlukan perikatan Yahudi, Islam, Kristian dalam dan luar Amerika serta pelbagai negara dengan fahaman lain bagi memulihkan hubungan,” katanya pada sesi pleno mengenai dialog dan keharmonian antara agama pada Forum Perdana Keamanan Sejagat, di sini semalam. Namun, Feisal berkata, perspektif agama saja tidak cukup untuk menyelesaikan konflik itu kerana pandangan bidang lain juga penting. Katanya, tanpa pemahaman isu atau punca kepada sesuatu konflik, t

Lima asas gubal dasar wujudkan dunia aman

Himpunan laporan Forum Perdana Kemanan Sejagat Laporan Berita Harian 15, 16 dan 17 Disember 2005 Lima asas gubal dasar wujudkan dunia aman Oleh Veena Rusli, Ridzuan Yop, Wan Hazmir Bakar, Magendran Rajagopal dan Wan Faizal Ismayatim KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan supaya satu anjakan paradigma dibuat terhadap pemikiran diri dan penggubalan dasar keselamatan negara serta kedaulatan bangsa sebagai usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan dunia. Perdana Menteri berkata, anjakan itu membabitkan lima asas utama yang perlu disepakati semua pihak bagi mencapai keamanan berkekalan. “Pertama, aturan keselamatan perlu berasaskan kepada aturan moral dan setiap undang-undang semestinya melindungi lelaki, wanita dan kanak-kanak tanpa terbatas kepada bangsa, agama dan darjat,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Forum Perdana Keamanan Sejagat, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi. Turut hadir pada majlis itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

Syor wujud rangkaian siaran media persendirian

Himpunan laporan Forum Perdana Kemanan Sejagat Syor wujud rangkaian siaran media persendirian Laporan Berita Harian 15, 16 dan 17 Disember 2005 SETIAP perkumpulan negara serantau disyor mewujudkan rangkaian penyiaran media persendirian untuk menghebahkan berita masing-masing supaya tidak menjadi mangsa propaganda Barat yang sering mengolah berita bagi memenuhi agenda mereka. Editor New Left Review (Britain), Tariq Ali, berkata dunia tidak boleh lagi bergantung kepada berita CNN dan BBC saja kerana mereka kini menjadi senjata propaganda dalam perang yang dilancarkan Amerika. “Kita tidak lagi mendapat gambaran sebenar medan perang. Semuanya sudah menjadi satu bentuk psikologi bagi menghalalkan tindakan Amerika menyerang sesuatu negara dan meyakinkan dunia kenapa sesebuah negara wajar diserang. “Bila Amerika menyerang Iraq, semua 267 editor yang bekerja untuk media milik Rupert Murdoch menyokong penuh tindakan ketenteraan itu dan tipu muslihat mereka menyampaikan berita terbongkar wujud s

Hubungan aku dan dia

Ini adalah salah satu video kegemaranku yang dihasilkan dalam kumpulan pembentangan kami enam bulan yang lalu. Ia adalah himpunan ayat-ayat Al Quran yang menyentuh tentang hubungan manusia dan motivasi komunikasi dalam kehidupan. Sudahmenjadi tradisi, dalam mana-mana pembentangan kelas, kumpulan kami akan menghasilkan video sebagai kesimpulan terhadap pembentangan awal. Dari zaman OHP kemudian bergerak ke Powerpoint, kini kami mengubah iklim pendidikan melalui rakaman audio dan visual. Sekiranya anda mendengar dua atau lebih audio yang saling dimainkan serentak dalam laman ini, tekan butang 'stop' pada mana-mana video yang dimuat turun dalam laman blog ini. Hanya salah satu sahaja dalam keadaan 'play'. Lakukan cara yang sama jika anda ingin menonton video seterusnya.

Gambar baru gambar lama

Aku masih di pejabat menyiapkan beberapa tugasan sekitar jam 6 petang. Ketika itu hanya kami bertiga di dalam department . Sedang masing-masing sibuk melakukan tugasan, sempat juga kami saling bercerita tentang budaya orang Barat dalam pengurusan korporat mereka. "Salah satu budaya korporat Barat yang sangat menarik ialah menulis dan mengambil gambar," aku membuka cerita. Tanya abang Yon, "Bagaimana?" tangannya yang sedang ligat menaip di papan kekunic komputer riba terhenti. Sambungku, "Setiap kakitangan dari serendah-rendah jawatan sehinggalah yang setinggi-tinggi kedudukan digalakan menulis apa sahaja. Menulis untuk meluahkan perasaan atas kertas, mencatat diari, menyimpan catatan-catatan idea mereka dan merekod peristiwa peribadi mereka. Kemudian semuanya disusun semula dan diarkibkan dalam simpanan mereka sendiri." "Selepas merekla berkembang menjadi organisasi besar. Bahan-bahan inilah yang ditulis semula dan dibukukan kemudian dipasarkan ke pas

TV Satelit

Selamat tinggal penyampai maklumat hitam-putih. Seperti seorang sahabat, televisyen hitam putih ini banyak bersama aku selama hampir dua tahun di kampus. Rakan-rakan menggelarnya 'televisyen satelit' dipancarkan dari angkasa. Jenaka mereka dengan rekabentuk dan fungsinya. Semurah-murah dan sekecil televisyen ini, banyak benda yang aku perolehi, paginya dengan rancangan Insirasi Pagi dan Motivasi Pagi. Kemudian Radio Selangor jam 7.30 siri motivasi dr HM Tuah Iskandar. Sebelum ini di radio 1 bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Petangnya Wanita Hari Ini, hujung minggu pula The Apprentice. Pendek kata, banyak informasi yang disalurkan dalam kapasitinya tersendiri. Tetapi jangka hayatnya tidak lama, kini sudah berganti baru. Walau apa pun, terima kasih atas jasa baikmu televisyen 'satelit'ku.]

Dua teksi dua cerita

Dalam sehari sepanjang Ahad lalu, aku dan Saiful Hizzam menghabiskan petang Ahad kami dengan pergi membeli belah barang-barang keperluan sebelum semester dibuka. Cuaca panas terik cukup tidak memberi keselesaan langsung kepada kami. Tambahan lagi, kelewatan pengangkutan awam membuat kami tidak keruan sepanjang waktu menunggu di pondok bas. Kami bernasib baik kerana sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan kami menurunkan penumpang sebelumnya. "Hentian LRT Putra," pinta kami. Pemandu teksi adalah antara individu-individu yang saya labelkan sebagai 'komuniti bergerak' iaitu apa sahaja isu dan cerita, mereka antara orang penting yang akan mengulas dan menyampaikannya kepada penumpang-penumpang. Meskipun ulasan mereka tidak dapat disandarkan dengan pangkat atau kedudukan, tetapi ia banyakmempengaruhi kefahaman dan pengaruh seseorang terhadap isu tersebut. Selepas dua minit mendiamkan diri, pemandu teksi bersuara, "Mereka pecahkan lagi bonggol di pintu masuk?"

Taaruf [02]

Video yang dipertontonkan ketika majlis penutupan program Maa'ruf 2005 kolej kediaman Ali. Disediakan oleh kami Biro Penerbitan & ICT MRC Ali. Ia adalah kesimpulan kepada program yang berlangsung pada waktu paginya dan disiapkan dalam dua jam dengan bantuan saudara Ali Fadzil. Sekiranya anda mendengar dua audio yang saling dimainkan serentak, tekan butang 'stop' pada mana-mana video yang dimuat turun dalam laman blog ini. Hanya salah satu sahaja dalam keadaan 'play'. Lakukan cara yang sama jika anda ingin menonton video seterusnya.

Taaruf

Yang jauh didekatkan yang dekat dimesrakan. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana penuh kemesraan dan persaudaraan sepanjang program taaruf (Ma’aruf) kolej kediaman Ali Ibn Abi Talib, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada awal Disember lalu. Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Mahallah Ali (MRC) mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu menemukan para pelajar dengan saudara-saudara seagama dari pelbagai negara yang datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian. Menurut pengarah program Ma’aruf, Wan Muhammad Haeqal Wan Husin, “Agenda Ma’aruf bukan sahaja mengalu-alukan kehadiran mereka di sini, tetapi fokus kami ialah memberi satu ruang untuk mereka mempelajari dan memahami budaya serta cara hidup masyarakat Islam di negara-negara naungan OIC dalam proses mereka membentuk jalinan persahabatan baru. Tambah beliau lagi, Ma’aruf dirancang sebagai satu program tahunan juga membuka peluang untuk para pelajar bukan beragama Islam yang bak

Temuduga satu, temuduga dua

Kelas sudah bermula sejak Isnin lalu. Maka tugasanku di Ansar Channel berubah jadualnya dari sepenuh masa kepada Jumaat sehingga Ahad sahaja. Aku kini dalam fasa terakhir dunia siswa. Kata orang, dunia siswa dunia yang menyeronokan dan penuh warna. Aku bersetuju dengan pandangan itu. Rugi jika tidak menggunakan sepenuh peluang sebagai seorang siswa untuk menjelajahi dunia barunya. Jadual tidaklah sesibuk dahulu sehingga enam subjek. Walau bagaimanapun, empat subjek terakhir ini tidaklah memberikanku sepenuh masa senggang yang aku inginkan. Kelas malam sehingga jam 10 masih perlu di hadiri setiap minggu. Tugasan yang mencecah ratusan halaman untuk salah satu subjek pasti akan menggiigit setiap saat yang diberikan. Semalam, sempat menemani sahabat dari Pulau Pinang yang datang ke Kuala Lumpur untuk ditemuduga. Sebuah syarikat yang mengendali pengedaran makanan (food & beverage singkatannya F&B) di Plaza Pekeliling menghubunginya sebanyak empat kali untuk datang bagi tujuan ini. P

Promo Ansar Channel

Aku tidak berkesempatan menontonnya ketika majlis rumah terbuka bersama-sama anak yatim Ansar Channel di Menara Kuala Lumpur. Malamnya aku perlu bermesyuarat untuk majlis taaruf pelajar baru di kolej Ali. Insya Allah ceritanya akan menyusul selepas ini. Di sini aku kongsikan pengalamanku bersama keluarga Ansar dalam 'promo' ini. Semoga terhibur. "kita bersatu sebagai satu ummah" dialog kecilku dalam promo Free Video Hosting http://www.vidiLife.com/video_play_89665_ANSAR_CHANNEL_Tentang_Kita.htm

Aku melihat dan mentafsir

Kembali untuk semester terakhir

Sehari di Ansar Channel