Langkau ke kandungan utama

Gambar baru gambar lama

Aku masih di pejabat menyiapkan beberapa tugasan sekitar jam 6 petang. Ketika itu hanya kami bertiga di dalam department. Sedang masing-masing sibuk melakukan tugasan, sempat juga kami saling bercerita tentang budaya orang Barat dalam pengurusan korporat mereka.

"Salah satu budaya korporat Barat yang sangat menarik ialah menulis dan mengambil gambar," aku membuka cerita.

Tanya abang Yon, "Bagaimana?" tangannya yang sedang ligat menaip di papan kekunic komputer riba terhenti.

Sambungku, "Setiap kakitangan dari serendah-rendah jawatan sehinggalah yang setinggi-tinggi kedudukan digalakan menulis apa sahaja. Menulis untuk meluahkan perasaan atas kertas, mencatat diari, menyimpan catatan-catatan idea mereka dan merekod peristiwa peribadi mereka. Kemudian semuanya disusun semula dan diarkibkan dalam simpanan mereka sendiri."

"Selepas merekla berkembang menjadi organisasi besar. Bahan-bahan inilah yang ditulis semula dan dibukukan kemudian dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Lihatlah buku The Art of Deal oleh Donald Trump dan buku perjalanan korporat seperti ORACLE. Semua itu tidak terjadi dalam sehari. Semuanya adalah catatan perjalanan dari kecil sehingga besar dan menjadi rujukan."

Laci dibuka dan abang Jeff mengambil sekeping dua gambar.

"Ini satu rakaman perjalanan sejarah baru"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .