Langkau ke kandungan utama

Syor wujud rangkaian siaran media persendirian

Himpunan laporan Forum Perdana Kemanan Sejagat
Syor wujud rangkaian siaran media persendirian
Laporan Berita Harian 15, 16 dan 17 Disember 2005

SETIAP perkumpulan negara serantau disyor mewujudkan rangkaian penyiaran media persendirian untuk menghebahkan berita masing-masing supaya tidak menjadi mangsa propaganda Barat yang sering mengolah berita bagi memenuhi agenda mereka.

Editor New Left Review (Britain), Tariq Ali, berkata dunia tidak boleh lagi bergantung kepada berita CNN dan BBC saja kerana mereka kini menjadi senjata propaganda dalam perang yang dilancarkan Amerika.

“Kita tidak lagi mendapat gambaran sebenar medan perang. Semuanya sudah menjadi satu bentuk psikologi bagi menghalalkan tindakan Amerika menyerang sesuatu negara dan meyakinkan dunia kenapa sesebuah negara wajar diserang.

“Bila Amerika menyerang Iraq, semua 267 editor yang bekerja untuk media milik Rupert Murdoch menyokong penuh tindakan ketenteraan itu dan tipu muslihat mereka menyampaikan berita terbongkar wujud stesen alternatif Al-Jazeera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang pleno keenam sempena Forum Perdana Keamanan Sejagat, di sini semalam.

Akibatnya, kata Tariq, apabila pejabat Al-Jazeera dibom, editornya Tariq Ayub terbunuh dan laporan mereka semasa perang Iraq menyebabkan wartawan mereka di Sepanyol ditahan kerana menemu bual Osama bin Laden selepas tragedi 11 September. Selain itu masing-masing seorang wartawan Al-Jazeera masih ditahan di Teluk Guantanamo dan Abu Ghraib. Selain itu, 16 krew kamera mereka yang bertugas di Iraq sentiasa di ambang maut kerana turut menjadi sasaran tentera Amerika.

Tariq berkata, kebebasan media sekurang-kurangnya mengelakkan orang ramai terpengaruh dengan berita yang dimonopoli gergasi media tertentu.

Editor Antiwar.com, Eric Garris pula mencadangkan Amerika Syarikat dihalang daripada terbabit dalam sebarang bentuk perang, keganasan, serangan atau pembunuhan untuk tempoh 50 tahun akan datang bagi mengembalikan keamanan sejagat.

"Ramai yang mendakwa cintakan keamanan tetapi mereka tidak menunjukkan niat mengakhiri perang atau mengambil langkah memastikan keamanan berkesinambungan.

"Malah, Presiden Amerika, George Bush sendiri sering menggunakan ‘keamanan’ dalam setiap ungkapannya apabila mempertahankan kempen perangnya bagi menentang keganasan.

“Ini kenyataan orang tidak sedar diri kerana sejak setengah abad lalu, Amerika mendalangi serangan terhadap banyak negara asing dan membiayai senjata dalam hampir setiap peperangan di dunia ini. Semuanya atas nama kebebasan,” katanya.

Beliau berkata, semasa Perang Dingin, Amerika memberi alasan mahu menghapuskan komunisme dan sanggup membiayai perang mana-mana negara atau sesiapa saja asalkan mereka antikomunis, malah ada pihak yang mendapat bantuan Amerika ketika itu kini menjadi musuh pula dalam perang menentang keganasan.

Kata Garris, kejatuhan blok komunis Kesatuan Soviet dan berakhirnya Perang Dingin tidak pula menghentikan kegilaan berperang Amerika kerana terbabit pula dalam Perang Teluk ketika pentadbiran Bush, disusuli tindakan ketenteraan di Haiti, Bosnia, Serbia, Afghanistan, Sudan dan Iraq (Bill Clinton).

Amerika juga begitu berpengaruh sehingga mampu memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut telunjuk mereka mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iraq yang mengakibatkan lebih setengah juta kanak-kanak terkorban.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .