Langkau ke kandungan utama

Temuduga satu, temuduga dua

Kelas sudah bermula sejak Isnin lalu. Maka tugasanku di Ansar Channel berubah jadualnya dari sepenuh masa kepada Jumaat sehingga Ahad sahaja. Aku kini dalam fasa terakhir dunia siswa. Kata orang, dunia siswa dunia yang menyeronokan dan penuh warna. Aku bersetuju dengan pandangan itu. Rugi jika tidak menggunakan sepenuh peluang sebagai seorang siswa untuk menjelajahi dunia barunya.

Jadual tidaklah sesibuk dahulu sehingga enam subjek. Walau bagaimanapun, empat subjek terakhir ini tidaklah memberikanku sepenuh masa senggang yang aku inginkan. Kelas malam sehingga jam 10 masih perlu di hadiri setiap minggu. Tugasan yang mencecah ratusan halaman untuk salah satu subjek pasti akan menggiigit setiap saat yang diberikan.

Semalam, sempat menemani sahabat dari Pulau Pinang yang datang ke Kuala Lumpur untuk ditemuduga. Sebuah syarikat yang mengendali pengedaran makanan (food & beverage singkatannya F&B) di Plaza Pekeliling menghubunginya sebanyak empat kali untuk datang bagi tujuan ini. Pada mulanya dia enggan, tetapi akhirnya akur juga.

"Apa yang disoalnya?" tanyaku selepas temuduga yang berakhir sekitar jam 5.00 petang.
"Tadi sekadar 'screening' sahaja," jawabnya.

Screening adalah peringkat di mana orang yang ditemuduga dipanggil dan diminta untuk memperkenalkan diri, menunjukan dokumen-dokumen yang diperlukan dan diajukan soalan-soalan ringkas terhadapnya sebelum ke peringkat temuduga seterusnya.

"Apa yang disoalnya dalam screening tadi?" sahabatku Hizzam yang membawa kenderaan dalam keadaan lalu lintas yang teruk bertanya.

"Dia lihat kelayakan aku dalam sijil-sijil. Kemudian dia bertanya tentang kelayakan aku meminta jawatan bahagian latihan pengurusan pentadbiran kerana ijazah aku bukan dalam bidang tersebut. Pengurus tadi kelihatan sedikit keliru kerana ijazah aku dalam bidang perbandingan agama..." ceritanya.

Bagaimana dengan anda? Apa yang akan anda jawab kerana apa yang dimohon berbeza dengan kelayakan. Ketika inilah minda kreatif perlu djana untuk menghasilkan idea-ide amengagumkan si penemuduga, atau anda perlu pulang dengan tangan kosong.

Jawabnya, "Organisasi tuan melibatkan para pelanggan F&B pelbagai kaum dan agama. Dalam mengendalikan urusan seperti ini, sensitiviti terhadap perbezaan ini sangat penting dalam urusan perniagaan ini. Saya merasakan tanpa kepekaan dan pengetahuan terhadap perkara-perkara ini akan menyukarkan organisasi untuk berurusan."

Kagum kami mendengar penjelasannya terhadap soalan yang dikemukakan oleh pengurus muda berbangsa cina di pejabat tadi. Minda logik dan kepekaaan terhadap isu semasa sangat penting jika diajukan dengan soalan-soalan sebegini. Jika tidak, sukar hendak mencari titik relevan antara apa yang anda buat dan apa yang diperlukan. Jadi, kenalah selalu menjanakan minda dengan kerap.

Tidak sampai setengah jam dia keluar dari pejabat tersebut, dia menerima satu panggilan.
"Encik Mohamad diminta menghadirkan diri ke pejabat kami antara jam 9 hingga 6 petang untuk temuduga kedua..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...