Langkau ke kandungan utama

Dua teksi dua cerita

Dalam sehari sepanjang Ahad lalu, aku dan Saiful Hizzam menghabiskan petang Ahad kami dengan pergi membeli belah barang-barang keperluan sebelum semester dibuka. Cuaca panas terik cukup tidak memberi keselesaan langsung kepada kami. Tambahan lagi, kelewatan pengangkutan awam membuat kami tidak keruan sepanjang waktu menunggu di pondok bas.

Kami bernasib baik kerana sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan kami menurunkan penumpang sebelumnya.

"Hentian LRT Putra," pinta kami.

Pemandu teksi adalah antara individu-individu yang saya labelkan sebagai 'komuniti bergerak' iaitu apa sahaja isu dan cerita, mereka antara orang penting yang akan mengulas dan menyampaikannya kepada penumpang-penumpang. Meskipun ulasan mereka tidak dapat disandarkan dengan pangkat atau kedudukan, tetapi ia banyakmempengaruhi kefahaman dan pengaruh seseorang terhadap isu tersebut.

Selepas dua minit mendiamkan diri, pemandu teksi bersuara, "Mereka pecahkan lagi bonggol di pintu masuk?"

"Mungkin tidak praktikal meletakan bonggol di hadapan pintu masuk kampus. Bukan satu, dua sekali." balas Saiful Hizzam.

"Sekarang hendak diratakan pula. Biasalah kalau hendak projek, mereka 'cari' kerja. Ada projek adalah kerja..." dalam maksud kata-katanya.

Saiful lebih mudah memahami apa yang disampaikannya kerana ayahnya sendiri datang dari latar belakang tersebut. Beliau mengangguk-angguk dan rancak bercerita di hadapan. Aku mendiamkan diri dan mendengar sesuatu yang baru dalam cerita mereka.
"Pakcik dahulu terlibat dengan sektor pembinaan, biasalah kalau jenis yang tidak amanah, mereka pandai. Kawasan yang tidak ada penduduk ramai didirikannya deretan kedai makan sampai dua puluh gerai sehinggakan ada yang kosong."

"Kenapa pula pakcik?" dalam benak fikiranku menyangkakan ia memang satu keuntungan untuk orang ramai.

Sambung pemandu teksi itu, "Mereka yang dapat tender kerajaan bina medan selera atau seumpamanya akan buat anggaran lebih dan kaut keuntungan lebih. Biar lot gerai berlebih asal duit masuk. Dia bukan peduli sama ada membazir atau tidak.Bukan wang dia keluarkan, kerajaan..."

Malamnya, kami bercadang untuk pulang dengan teksi juga dari Wangsa Maju kerana sarat dengan barang-barang.

"Ada beli ikan?" soal pemandu teksi.

"Tidak..."
Selang beberapa minit, dia bertanya lagi, "Berapa ramai pelajar di UIA?"

"Lebih kurang 10,000."

Apa yang terjadi selepas itu? Dalam mata melihat jalan, tangan memegang stereng, mulutnya bercerita tentang politik dunia dan perkembangan Islam serta cabaran-cabarannya. Tidak lupa juga, saranan-saranan untuk memanjangkan umur kesejahteraan Malaysia melalui idea-idea pertanian dan dagangannya. Katanya, itulah yang disampaikan kepada Pak Lah meskipun tidak mendapat balasan. Yakin benar dengan idea-ideanya telah didengari oleh pembuat keputusan.

Dalam sehari, dua teksi dan dua cerita berbeza yang kami dengari. Malangnya orang yang sekadar menaikinya, menghulurkan wang dan berlalu pergi jika tidak mengambil peluang mengorek satu-dua ilmu dan pandangan tidak kira sama ada anda percaya atau sebaliknya. Tetapi percaya satu benda, rasa yakin mereka dengan pandangan dan suara hati membuat kita sedar mereka tidaklah 'sebawah' mana sebagaimana sangkaan orang lain. Motivasi minda, dunia sumber motivasi diri...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .