Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Buku ditampal, buku ditulis, buku dicetak

Pagi menyusun buku terbaru Buku terbaru perlu disiapkan dalam tempoh sebulan Pagi yang satu lagi Sedang menyediakan blurp buku untuk penulis dan penerbit. Tulis di papan putih mencari keyword pembaca dan penulis. Menentukan titik temunya. Semoga Allah permudahkan. Mana-mana penulis dan penerbit mahu khidmat blurp buku, insya Allah boleh emelkan ke zamrimohamad@gmail.com Kami gunakan kaedah ....... ------ Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini. Para peniaga yang ma...

Syura itu rasa kebersamaan aku, kamu dan kita

Belajar tentang syura dari beberapa bacaan ringkas. Salah satu hikmah syura dalam apa jua keputusan adalah menimbulkan rasa kebersamaan. Dalam keadaan keputusan baik dan buruk, masing-masing sama-sama menguruskan keputusan itu sama ada menambah baik dan memperbaiki. Ia menutup pintu menyalahkan orang lain. Rasulullah kerap berbincang dengan sahabat dalam membuat keputusan. Adab syura mencapai keputusan apa jua hal dicadangkan berikut; Mulakan dengan tilawah Qur’an Tadabbur Al-Qur’an yakni melihat apa yang dibincangkan dari kaca mata Quran. Taujihat mas’ul (nasihat dan kata-kata perangsang daripada penasihat) Akhiri dengan doa. ------- Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan melalui Perpustakaan ATM (MAF Library) kini mempunyai buku siri Streetsmart berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Tulisan saya dan Ahmad Yahya Fadzli Jusoh. Maklumat mengenai lokasi buku berkenaan adalah seperti berikut. Accession Number dan Call No 0275366 303.69 ZAM 2009 Lokasi di KEMENTAH 0275994 303.69 ...

Banjir emosi, jiwa dipindahkan ke pusat perlindungan

Kredit foto di sini Cerita pembaca buku Tsunami buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah. Sudah jadi tsunami menghadiahkan buku ini di kalangan pembaca akhir-akhir ini. Semoga Allah panjangkan usaha kita. Pembaca ini membeli ekstra untuk rakan sebagai hadiah yang akan dibawa selalu berbanding hiasan di meja. Baca ceritanya di sini Cerita pembaca buku Seorang lagi pembaca Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah di blognya menulis. Terima kasih kerana menjadikan buku ini hadiah. Katanya, "Dua Hari lepas saya dapat hadiah dari seorang kawan sempena hari jadi. Hadiah ini sangat istimewa sebabnya buku..." Baca ceritanya. Klik di sini Cerita pembaca buku Seorang lagi pembaca buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah mengadaptasi sebahagian daripada buku ini dijadikan catatan pada blog. Terima kasih daripada kami. Baca ceritanya. Klik di sini ------ Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai ...

Google Melayu dan Google orang putih

Daripada Tuan Izwan Robotys, "Google opens Malaysia office, aims to strengthen SEA presence." Jadi sesiapa yang belum baca buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Pro, inilah waktu terbaik membacanya di sini . Informasi beliau "Sedikit demi sedikit datacenter Google akan dipindah ke Malaysia daripada Singapura" Informasi di sini Selepas membaca KOSMO ia memberitahu satu maklumat penting. Sah! Buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Pro tepat pada masa. Sah, Google buka pejabatnya di Malaysia. "Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka," katanya. Google semakin relevan untuk rakyat tempatan. Klik laporan akhbar KOSMO Petikan dari akhbar KOSMO KUALA LUMPUR - Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan r...

'Misterius' boomerang doa

Saya tertarik pada komen rakan Facebook di wall . Saya petik kata-kata Tuan Mohd Fadli Yusof, Itulah rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Apa yang tuan tulis, perkatakan dan laksanakan menjadi doa di sisi Allah. Al Bukhari dan Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya, bermaksud: Rasulullah bersabda, Allah berfirman "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriku. Aku menyertainya ketika dia menyebutku. Kalau dia menyebutku kepada dirinya, maka aku menyebutnya kepada diriku, kalau dia menyebutku didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka" Apabila menulis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta di Hati Rasulullah, ia mempunyai perjuangan tersendiri. Bagi melihat lebih ramai 'Khadijah' dan 'Aisyah' hidup dalam masyarakat dengan prinsip dan kepercayaan yang jelas dalam hidup. Kedua-dua buah buku ini menjadi cermin hidup kepada diri sendiri apabila diulang baca...

Novel keusahawan internet pertama di Malaysia

Catatan penulis, di sebalik tabir siri Usahawan Cilik, Si Blogger Kampung Di sebalik tabir Watak Puan Jamilah Si Blogger Kampung, pruf novel keusahawanan internet pertama di Malaysia. Nama watak ini pada awalnya sekadar fiksyen. Bermaksud 'kecantikan' bagi menggambarkan watak perempuan tua yang cantik akhlaknya. Tetapi, watak Puan Jamilah tiba-tiba menjadi benar kepada saya. Saya mengenali seorang wanita tua yang bernama Jamilah dan ada kaitan dengan hidup saya pada awal tahun dan awal bulan ini. Di sebalik tabir Watak Haeqal saya dedikasikan sebagai watak utama dalam novel usahawan cilik ini. Dalam dunia sebenar, watak ini saya memberi kesan kepada saya. Antara orang yang tidak jemu-jemu membantu dan mendoakan rakan. Di sebalik tabir Selari dengan bengkel blogshop yang akan diadakan pada 5 Februari ini, Si Blogger Kampung adalah agenda nasional memperkenalkan kaedah menjual di blog kepada kanak-kanak, sebagaimana tertera pada screenshot. Kepada ibu-bapa, ada Informasi di sini ...

Para peserta bengkel penulisan 'dikejar'

Inilah sebahagian peserta bengkel ekspress penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini. Nama-nama penting yang akan menembusi akhbar dan majalah. Mungkin jauh melangkau menghasilkan buku sebagaimana alumni terdahulu, Insya Allah. Semoga Allah mempermudahkan mereka berkarya dalam pelbagai bentuk bagi menjadikan esok lebih baik kepada pembaca. Selepas ini fokus tugas mengejar mereka. Klik bagi imej lebih jelas Bagi bengkel seterusnya adalah pada hari Ahad 20 Februari 2011 . Menariknya, akan datang kami menggalakkan para peserta membawa laptop masing-masing, kerana kami akan mendedahkan kaedah 'interactive writing' kepada peserta. Kaedah ini digunakan oleh Robert T Kiyosaki. Dalam bengkel ini, ia dihadiri pasangan suami isteri. Pasangan suami isteri, Tuan Ghazali dan Puan Azizah. Saya kagum dengan kata-kata Puan Azizah terhadap suami beliau, "Suami saya amat mendorong saya berkarya dan sanggup sama-sama memastikan usaha saya tercapai." Tuan Ghazali meminati penulisan...

Ibu bapa resah tidak ada buku fantasi mesra Tauhid

Cik Puan ini pun leka membaca buku Kembara Lima Putera, Mencari Pohon Emas. Bacaan untuk adik, anak dan abang serta kakak yang mencari buku fantasi mesra tauhid. Seorang lagi peserta membelek buku Kembara Lima Putera, Mencari Pohon Emas terbitan PTS ONE di Bengkel Penulisan Risalah Isu Sosial JAKIM. Jika yang dewasa leka membaca, Insya Allah, kanak-kanak pun sudi membacanya. Tuan Arrahman membelek buku Kembara Lima Putera di Bengkel Penulisan Risalah Isu Sosial JAKIM. Ustazah Hazlin membacabuku Kembara Lima Putera yang menggunakan teknik Surah Yusof dan Interteks. Jika yang dewasa membelek sehelai demi sehelai, yang kecil membaca sepatah demi sepatah. Itulah kekuatan karya Fantasi Tauhid, Kembara Lima Putera; Mencari Pohon Emas Apa itu Kembara Lima Putera; Mencari Pohon Emas? Kembara Lima Putera adalah usaha kita memperkenalkan tauhid seawal usia. Sokongan ibu bapa memiliki buku ini mendorong kami menghasilkan lebih banyak buku pengganti Rapunzel, Cindirella, Snow White dan seribu sa...

Alumni kami dari risalah, ke akhbar kini buku

Tahniah kepada mente dan alumni http://kursuspenulisan.com/ , Tuan Mohd Aliff Mohd Nor. Bermula sebagai penulis siaran media kampus, kemudian menulis di akhbar dan kini menghasilkan buku keduanya, Tambah Duit Dengan Kerja Part Time. Buku ini menjadi rujukan nombor satu bagi mencari kerja part time yang bersesuaian dari aspek masa dan kemampuan kita. Diterbitkan oleh PTS Pro. ------ Sekitar Kuala Lumpur Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini. Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, me...

Klinik 'kesihatan bisnes' untuk usahawan tempatan

Petikan berita Akademi Usahawan Jaya ISNIN, 17 Januari 2011 - Keperluan kemahiran penulisan iklan jualan untuk para usahawan amat kritikal kerana ia merupakan ‘askar barisan hadapan’ dalam sesebuah peperangan produk. Menyedari hakikat ini pihak FN Education Group telah mengadakan satu bengkel pada 15 & 16 januari 2011 bertempat di BilikTraining.com, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Buat pertama kali bengkel ini diadakan dan menarik usahawan daripada pelbagai latar belakang. Bengkel tersebut diadakan selama dua hari. Pelbagai modul yang merangkumi semua aspek penting dalam teknik penulisan iklan jualan telah disentuh oleh pengajar iaitu Tuan Zamri Mohamad, penulis dan trainer keusahawanan kreatif sepenuh masa. Beliau membantu peniaga kecil melalui kaedah kreatif bagaimana menjenamakan perniagaan kecil melalui iklan jualan pelbagai bentuk. Beliau sudah menulis 16 buah buku dan beberapa buku yang diulang cetak mengamalkan prinsip penulisan iklan jualan. Salah...

Iklan kita sama ada terjual, tergadai atau terkandas

Sekitar bengkel iklan jualan. Koleksi foto klik di sini Tahukah saya? Iklan produk berserta harga menarik 20 peratus perhatian pelanggan agar terus membaca berbanding iklan produk sahaja. Selama 50 tahun kajian dibuat. Kaedah 'fear tactics' digunakan melalui empat tahap bagi mencipta jualan. Kementerian Kesihatan pun menggunakan kaedah ini dalam iklan jualan 'mesej kesihatan' mereka. Cuma jika caranya tidak betul, pelanggan akan lumpuh? Teknik telah didedahkan secara diam-diam di sini. Klik di sini. Retail Therapy adalah cara memenuhi mood dengan membeli belah. Perkataan ini digunakan pada tahun 1980-an. Pembelian dalam situasi 'retail therapy' bertujuan mahu mengisi emosi. Pengiklan mengenalpasti hal ini dan menggunakan kaedah Ego Morphing. Kami mendapati pengiklanan Jus Tok Guru juga memenuhi kaedah Ego Morphing pembeli. Teknik telah didedahkan secara diam-diam di sini. Klik di sini. British Airways dan Air Asia menggunakan kaedah "Satu gerabak satu suar...

Kata kati katu (2)

Himpunan kata-kata kawan, Nabi, Quran dan sendiri. Kata kati katu Pertama kali orang memberikan sebotol minyak wangi kasturi selepas solat di Amcorp Mall. Katanya, "Saya menghadiahkan sebotol minyak wangi bagi orang yang mengimamkan solat saya." Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada beliau. Kata kati katu Kuliah | Orang yang berusaha tanpa tawakal adalah sombong. Orang yang bertawakal tanpa usaha adalah pemalas. [via Celcom SMS] Kata kati katu Agenda Malaysia ialah agenda ke arah malas sifar, bukan miskin sifar. [via Celcom SMS] Kata kati katu Tip mentor | Dikenali orang awam dan dikenali rakan industri. Adalah dua perkara berbeza. Dua hasil berbeza. [via Celcom SMS] Kata kati katu Tip Mentor | Dari aspek bisnes, menyertai kursus adalah pelaburan yang menyelamatkan wang hangus kerana tidak tahu. Dari aspek peribadi, memasuki kursus kerana terikut-ikut, takut-takut jadi peleburan. Jadi berkursus itu hasil akhirnya adalah buat. Kata kati katu Aktiviti | Mempari-parikan kebaikan d...

Jika kita seorang peniaga, siapa yang kita jual?

Jam 5.23 petang. Sebentar tadi seorang peserta datang meninjau tempat. Datang jauh dari Alor Setar, Kedah bagi menghadiri bengkel ini. Semoga Allah permudahkan usaha dan urusan beliau esok. Puan Sapura bersama produk yang bertahan 17 tahun. Foto dari Facebook beliau. Subhanallah. Pagi tadi kami dipertemukan dengan peserta 3M yang sudah menjalankan bisnes selama 17 tahun dalam penghasilan air berkarbonat di Kedah. Bisnes beliau jauh lebih besar daripada kami bersama sembilan bisnes yang serupa di Kedah. Membekalkan air karbonat jenama Lemenette ke semua kedai harian. Lebih menarik, pekedai semua membayar tunai. Tidak ada hutang. Insya Allah, senarai borang, checklist dan laporan akan diemelkan oleh Tuan Mazlan Mohamad ke emel para peserta. Ia adalah emel lampiran 'confidential' Kisah bengkel 3M lalu. Klik di sini Menggaji pekerja memang mudah tetapi sedikit kesilapan dalam menggaji pekerja akan menjadi menjadi mimpi ngeri kepada bisnes anda. Pekerja adalah aset, ketahui bagaiman...