Langkau ke kandungan utama

Jika kita seorang peniaga, siapa yang kita jual?



Jam 5.23 petang. Sebentar tadi seorang peserta datang meninjau tempat. Datang jauh dari Alor Setar, Kedah bagi menghadiri bengkel ini. Semoga Allah permudahkan usaha dan urusan beliau esok.

Puan Sapura bersama produk yang bertahan 17 tahun. Foto dari Facebook beliau.

Subhanallah. Pagi tadi kami dipertemukan dengan peserta 3M yang sudah menjalankan bisnes selama 17 tahun dalam penghasilan air berkarbonat di Kedah. Bisnes beliau jauh lebih besar daripada kami bersama sembilan bisnes yang serupa di Kedah. Membekalkan air karbonat jenama Lemenette ke semua kedai harian.

Lebih menarik, pekedai semua membayar tunai. Tidak ada hutang.


Insya Allah, senarai borang, checklist dan laporan akan diemelkan oleh Tuan Mazlan Mohamad ke emel para peserta. Ia adalah emel lampiran 'confidential'

Kisah bengkel 3M lalu. Klik di sini

  • Menggaji pekerja memang mudah tetapi sedikit kesilapan dalam menggaji pekerja akan menjadi menjadi mimpi ngeri kepada bisnes anda. Pekerja adalah aset, ketahui bagaimana menambah nilai perniagaan melalui kaedah 3M ini. Dibongkarkan oleh penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia, Tuan Mazlan Mohamad
  • Adakah tahun 2011 menunjukkan peningkatan majikan wanita? Borang pendaftaran kami sehingga jam 11 pagi tadi bagi Mini Seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja majoriti mendaftar adalah usahanita.
  • Daripada Tuan Mazlan Mohamad, "Pekerja adalah aset bisnes. Oleh itu, ambil hanya yang terbaik, hantar mereka menghadiri kursus latihan yang akan meningkatkan kemahiran mereka, sediakan peluang untuk karier mereka berkembang. Iktiraf pencapaian kerja mereka yang baik."
  • Sediakan deksripsi tugas yang tepat, padat dan realistik untuk setiap pekerja. Sentiasa bincangkannya bersama dengan mereka agar mereka memahaminya. Pastikan mereka tahu apa yang diharapkan dari mereka dan tetapkan piawai yang tinggi untuk etika dan pencapaian.
  • Mendokumentasi proses kerja dalam sebuah organisasi mesti bermula sementara ia masih kecil. Ini memudahkan tugas melatih kakitangan baru dan mempercepatkan proses kerja dalam perniagaan itu sendiri.
  • Semua majikan perlu mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja separuh masa selagi jumlah masa bekerja mereka adalah antara 30 hingga 70 peratus berbanding pekerja tetap.
  • Dalam erti kata lain jika tempoh bekerja sehari adalah lapan jam, mereka yang bekerja antara 2.5 jam sehingga 5.5 jam layak menerima caruman tersebut.

Apa yang berlaku pada bengkel lalu dan akan datang?


  • Nota 'hitam' ini mempunyai jawapan kenapa pekerja sekarang banyak melarikan diri daripada organisasi. Peserta akan diberitahu maklumat 'confidential'


  • Ditunjukkan tanda tanda majikan membayar under paid dan over paid. Teknik menanda gaji pekerja sedang ditunjukkan. Termasuk kaedah naik gaji.
  • Sedang ditunjukkan sebab mengapa majikan bisnes pasti kalah apabila pekerja membuat aduan rasmi.
  • Ditunjukkan cara mencari 'pekerja setempat'.
  • Ciri ciri asas iklan mencari pekerja ditunjukkan.
  • Teknik tapis pekerja menggunakan kaedah 'lapisan' diketengahkan.
  • Fail Hitam pertama, rujukan lengkap cara meletakkan tangga gaji pekerja untuk bisnes di Malaysia. Diberikan kepada para peserta mini seminar.
  • Kes pekerja yang baru bekerja tiga bulan berjaya mendapat tuntutan RM10,000 daripada majikan. Ditambah lagi, majikan didenda RM15,000 hanya kerana tidak mencarum KWSP untuk pekerja. Pekerja sambilan, kontrak dan tetap ketiga-tiganya ada potensi mendedahkan majikan bisnes kepada situasi ini.
  • Ada sepuluh cuti yang diwartakan. Empat wajib kepada pekerja mendapat cuti itu. Enam jenis cuti warta boleh dipilih dan diberi kepada pekerja.
  • Ketika ini teknik mengira gaji bulanan, berkerja pada hari cuti dan bekerja lebih masa ditunjukkan formulanya.
  • Selepas mengikuti pembentangan kajian di bengkel mini 3M Mencari Menggaji, dan Mengekalkan Pekerja Pertama untuk Bisnes Kecil . Sah! dalam berbelas-belas ciri gen Y, salah satunya ialah kecenderungan yang tinggi keluar daripada organisasi apabila tidak nampak cara yang jelas memetakan karier ke peringkat lebih tinggi dalam organisasi.
  • Alhamdulillah, program ini mendapat respon yang baik. Kini mereka tahu 'lubang-lubang' yang menyelamatkan duit majikan daripada disedut daripada pekerja yang 'genius'. Tarikh seterusnya 26 Februari.

------

Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung denganlatihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...