Langkau ke kandungan utama

Syura itu rasa kebersamaan aku, kamu dan kita


Belajar tentang syura dari beberapa bacaan ringkas.

Salah satu hikmah syura dalam apa jua keputusan adalah menimbulkan rasa kebersamaan.

Dalam keadaan keputusan baik dan buruk, masing-masing sama-sama menguruskan keputusan itu sama ada menambah baik dan memperbaiki.

Ia menutup pintu menyalahkan orang lain. Rasulullah kerap berbincang dengan sahabat dalam membuat keputusan.

Adab syura mencapai keputusan apa jua hal dicadangkan berikut;
  • Mulakan dengan tilawah Qur’an
  • Tadabbur Al-Qur’an yakni melihat apa yang dibincangkan dari kaca mata Quran.
  • Taujihat mas’ul (nasihat dan kata-kata perangsang daripada penasihat)
  • Akhiri dengan doa.


-------


Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan melalui Perpustakaan ATM (MAF Library) kini mempunyai buku siri Streetsmart berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Tulisan saya dan Ahmad Yahya Fadzli Jusoh. Maklumat mengenai lokasi buku berkenaan adalah seperti berikut.

Accession Number dan Call No

  • 0275366 303.69 ZAM 2009 Lokasi di KEMENTAH
  • 0275994 303.69 ZAM 2009 Lokasi di Pusat Kepimpinan TLDM
Terima kasih kepada Kementerian Pertahanan melalui Perpustakaan ATM atas kepercayaan dan penerimaan daripada organisasi ini sehingga menjadikan buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart sebagai bahan bacaan kepada kakitangan organisasi ini.

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart yang kini mudah didapati di seluruh kedai-kedai buku rangkaian seluruh negara seperti MPH dan Popular atau melalui kedai buku online.

------

Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...